Sunday, December 16, 2012

50 Perkara Menandakan Anak Anda Cerdas

Mempunyai anak yang pintar dan cerdas adalah impian semua ibu bapa. Kita sebenarnya boleh melatih kecerdasan anak-anak sejak dari mereka kecil melalui aktiviti seharian ketika bersama mereka. Berikut saya senaraikan 50 perkara dan aktiviti yang menandakan anak anda seorang yang cerdas. Artikel ini dipetik dari Majalah Pa&Ma 2011 atas tujuan ingin berkongsi ilmu berguna:

1. Kenal Wajah Anda – Dia merenung anda sambil dan memegang wajah anda. Dia sebenarnya sedang membina memorinya.

2. Berbual dengannya – Dia menunjukkan reaksi apabila anda berbual dengannya. Dia akan melihat anda seakan memahami apa yang anda cakapkan.

3. Memberi senyuman – Anda senyum kepadanya dan dia pun akan tersenyum kepada anda. Sudah mulai menunjukkan perkembangan emosinya.

4. Bertindak balas kepada permainan kesukaan – Asyik bermain dengan permainan kesukaannya. Cuba anda ambil barang itu, dia pasti akan menjerit.

5. Tahu apabila namanya dipanggil – Anda memanggil namanya dan dia memandang ke arah anda. Panggillah nama yang biasa anda ucapkan setiap hari.

6. Mencapai objek – Kemahiran motor kasarnya semakin baik. Dia boleh mencapai dengan tangan objek permainan dengan mudah.

7. Berminat objek yang terang – Warna terang seperti merah, hijau, oren dan kuning adalah warna kegemaran si manja. Letaklah objek atau permainan yang berwarna seumpama ini, dia akan pantas mencapainya.

8. Suka merenyukkan objek lembut – Ia adalah perkembangan positif buat si manja apabila suka memegang dan meramas objek atau permainan kain yang mengeluarkan bunyi seakan plastik.

9. Ketawa bersama – Si manja suka anda menggeletek badannya, bahkan menciumnya. Dia akan ketawa apabila anda berbuat demikian.

10. Boleh membuka dan menutup genggaman tangan – Cubalah permainan seperti ‘cak cekur’ sambil menunjukkan cara bagaimana tangan digenggam dan dibuka. Dia akan melakukan bila-bila masa dia berasa selesa, bahkan semasa minum susu.

11. Bergerak dengan yakin – Masih belum boleh merangkak, tetapi sudah mula menunjukkan usaha untuk mencapai objek yang disukai dengan hanya mengesot. Si manja sudah mula menunujkkan sikap terujanya.

12. Tepuk tangan – Bersama si manja menyanyi dan menepuk tangan sambil mengerakkan badannya ke kanan dan kiri. Dia akan tersenyum gembira dengan aktiviti ini.

13. Tidur dengan lena – Si manja tidur dengan lena dalam tempoh yang lama antara 2 hingga 3 jam. Selepas bangun tidur, si manja dibiarkan bermain sendirian dan dia tidak merengek.

14. Suka mandi – Sayang jom mandi! Suka menyentuh air semasa mandi dan tersenyum gembira. Begitu juga selepas mandi semasa memakainya pakaian.

15. Urutan – Bayi suka badannya diurut. Lakukan secara rutin. Urut bahagian kaki, badan, tangan dan mukanya. Jika dilakukan secara rutin, si manja mudah tidur dengan lena.

16. Suapan sayang – Si manja dengan mudah makan makanan pejalnya apabila anda memujuknya seperti “vroom, vroom, kereta nak masuk gua, aaa buka mulut sayang!”. Pastinya si manja membuka mulut.

17. Aksi spontan – Cara santai untuk bermain dengan si manja dengan meniup perut, muka dan lehernya perlahan-lahan. Cuba lihat tindak balasnya. Pastinya dia akan ketawa!.

18. Mari berdansa – Peluk dan dukung bayi mengikut irama muzik yang rancak. Pasti si manja teruja dan ketawa.

19. Kenalkan buku – Duduk bersamanya membaca buku. Baca buku berulang kali. Pakar mendapati bahawa bayi seawal lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca berulang kali.


Panduan Berkesan Ajar Anak Cepat Membaca

20. Bermain dengan abangnya – Biarpun masih kecil, si manja turut mempunyai perasaan ingin berkawan. Biarkan abangnya mengagahnya. Si manja ketawa apabila abangnya membuat muka lucu.

21. Permainan sorok – Sorokkan barangan permainan kesukaannya. Si manja akan seronok melihat objek yang hilang dan muncul kembali. Ia akan membuatkannya ketawa.

22. Bermain dengan makanan – Sediakan makanan dengan tekstur berbeza termasuk lobak yang direbus dan dihiris halus, bijirin, pasta atau cebisan ayam yang dikisar atau hirisan ikan. Cara ini si manja dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

23. Menonton tv – Si manja suka menonton rancangan kegemarannya. Bunyi dan warna-warni yang dilihat dalam kaca televisyen akan membuatkan dia asyik seketika.

24. Permainan tekan dan bunyi – Sediakan permainan yang mengeluarkan bunyi apabila ditekan. Si manja pasti teruja apabila dia tertekan pada permainan itu dan mengeluarkan bunyi.

25. Bergolek ke sana sini – Pantang tinggal sekejap, si manja yang belum boleh berjalan akan bergolek di merata tempat. Pastikan ruang dalam keadaan bersih dan tiada objek yang tajam supaya si manja bergerak dengan selamat.

26. Nyanyikan lagu – Nyanyilah apa sahaja lagu sama ada yang anda reka (mari kita pakai baju, pakai baju…) atau didapati di internet. Lagu membuatkan bayi semakin aktif dan ceria.

27. Sentuhan dan rasa – Sediakan satu kotak kain dengan tekstur yang berbeza-beza seperti kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.

28. Petik bunga – Sambil dukung bayi, bawalah dia ke taman bunga. Biarkan dia menghidu bau haruman bunga-bungaan. Dia akan menyukai suasana yang mendamaikan ini, lebih-lebih lagi di bawa bercuti ke kawasan peranginan.

29. Jatuh dan angkat – Bayi memang suka menjatuhkan objek yang dipegangnya dari kerusi makanannya yang tinggi. Anda angkatkan dan berikan kepadanya. Kemudian dia menjatuhnya kembali. Sebenarnya bayi sedang belajar dengan persekitarannya.

30. Membebel – kadang kala, bayi mengeluarkan suara yang tinggi dan membebel. Biarkan dia begitu. Dia sedang belajar tentang bunyi atau mungkin teruja dengan sesuatu objek.

31. Bina laluan halangan – Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, atau permainan di atas lantai. Kemudian tunjukkan kepada bayi bagaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

32. Ikut mimik muka dan bunyi – Ajak si manja anda mengikut muka mimik anda. Buat pelbagai aksi lucu atau bunyi yang bayi boleh tiru dengan mudah.

33. Aksi lucu – Kembungkan pipi dan suruh kanak-kanak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, proof! Tiupkan ke mukanya. Pasti dia suka aksi lucu ini.

34. Masa untuk bercerita – Sebelum tidur, bacalah cerita dongeng kegemarannya. Buat suara dan aksi semasa membaca cerita itu. Malah anda boleh tukarkan nama watak utama ke nama si manja supaya dia seronok.

35. Lihat diri dalam cermin – Biarkan si manja merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain.

36. Taman permainan buatan – Anda baring dan si manja akan memanjat dan merangkak di atas anda. Kemudian dia akan mencium pipi anda. Permainan yang menyeronokkan anda dan si manja.

37. Mari mengira 123… – Usia si manja hampir satu tahun. Dia boleh berjalan. Jadi mari belajar mengira dengan jumlah anak tangga dalam rumah anda. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.

38. Kenali wajah ahli keluarga – Letakkan gambar wajah ahli yang penting dalam kehidupan si manja anda. Sebutkan nama-nama wajah yang dikenalinya. Semakin si manja membesar, semakin dia mengenali orang disekelilingnya.

39. Golek bola – Golek bola dengan perlahan kepada si manja. Pilih bola jenis lembut supaya tidak mencederakannya. Si manja akan belajar untuk menangkap bola yang bergolek.


Kenapa Anak Pintar Disukai Ibu Bapa?

40. Kenali rakan sebaya – masa untuk mengenali dunia luar dengan membawa dia ke rumah teman yang mempunyai anak seusia anak anda. Biarkan dia bermain bersama rakan sebayanya.

41. Menjerit – pernah mendengar si manja tiba-tiba menjerit! Ya. Ia berlaku apabila si manja begitu seronok dengan apa yang dilakukannya, walaupun hanya bermain seorang diri.

42. Berdikari – Apabila minum susu, si manja sudah boleh memegang botol susu dengan sendiri. Malah sambil menonton rancangan televisyen kegemarannya.

43. Kenali anggota badan – Masa menukar lampin pun boleh digunakan untuk belajar. Gunakan waktu itu untuk mengajar bahagian badan atau pakaian.

44. Pegang tangannya – Sentuhan amat berkesan untuk memberi keyakinan kepada si manja. Pegang tangannya sambil mengerakkan jari kemrinya. Si manja suka akan aktiviti ini.

45. Tambah perbendaharaan kata – Bawa bayi berjalan-jalan dan beritahu semua perkara yang dilihat semua perkara yang dilihat padanya. Cara itu boleh menyediakan bayi dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

46. Pelukan – pelukan akan membuatkan bayi berasa selamat. Dia akan merasa selesa dan selamat semasa dalam pelukan ibunya.

47. Bermain buai bersama – Bersama si manja bermain buaian di hadapan rumah. Duduk bersamanya sambil bercakap perkara yang menggembirakannya.

48. Segar – Sentiasa dedahkan si manja dengan udara yang segar. Elakkan membawa si manja di kawasan yang sesak dengan orang ramai dan udara yang tercemar.

49. Kesihatan yang stabil – Sentiasa memantau kesihatan si manja supaya badannya tidak mudah dijangkiti penyakit. Dengan ini, si manja akan sentiasa aktif bermain untuk merangsang mindanya.

50. Rehat – baring bersama si manja setelah seharian bermain. Baring di lantai yang bersih atau di atas tilam. Lihat aksi si manja anda. Dia sudah tentu akan meneroka apa yang yang ada berhampirannya.

Thursday, December 6, 2012

Testimonial Set Menyusu Shaklee

Salam semua.. Ok yg ni lak testimonial ibu mnyusu yang amik set mnyusu Shaklee.. Ibu mnyusu ni amik masa ank die da masuk 9bulan.. jom kite tgk apa hasilnye selepas ibu ni consume set mnyusu Shaklee ni..





" Sy nk kongsi dgn mummy2 kt luar sana. Agak lewat jgk sy br dpkenalkan dgn Shaklee. Kalu dr awal kelahiran baby sy dpekenalkan set pyusuan ni kan bagus tp xpelah blm tlewat utk sy fully bf dgn mgamalkan set pyusuan Shaklee ni.
Sy mula mgambil set ni semasa umur anak 9 bln. Sblm ini, baby selalu meragam, tidur kejap2 n masih menangis walaupun telah brestfeeding. Setelah dpenalkan oleh kwn sy ttang pyusuan ni sy pon amalkan ESP n ALFALFA.
Alhamdulillah, setelah mgamalkan set pyusuan ni anak sy cepat kenyang dan yg paling menakjubkan susu sy makin pekat(sblm ni cair). Ini mberikan kekenyangan yg lama kpd anak saya. Utk pgetahuan mummy2 kt luar, susu yg diperah sblm sy amalkan set ni x terusik n anak sy x nak langsung stok susu yg sy kumpul sblm ni.
Memang x dinafikan lg set pyusuan Shaklee ini memang mberikan penangan yg hebat buat anak sy yg hanya mahukan susu bdn shj. Buat mummy2 kt luar tu rugi kalu x cuba. Sy dah try, anda bila lg??? "


Maklumat lanjut :

Norhafizah Abd Halim
SMS / WhatsApp : 019-6591541
Facebook : Norhafizah Abd Halim

Testimonial Set Kesuburan

Salam semua arini saya nak share plak pasal testimonial customer yang amik set kesuburan dari Shaklee ni.. Setelah sebualn lebih amalkan pengambilan yg berterusan beliau disahkan hamil.. Jm kite tgk apa kata customer ni..




" salam to all pengguna shaklee..1st time nk share my experience wif shaklee..1st thing 1st..syukur ya Allah, ats rezeki yg Kau kurniakn kpd ku..& many2 thanx to ummi Nur Izzati Che Jawias..knalkn shaklee pd sy..sy mncari2 set utk kesuburan..mse tu stahun 2bln dh kawen,xde rezki anak lgi(klu dgr cm xdela kritikal sgt kn sbb bru stahun kawen..huhu..tpi umur da nk msuk angka 3 kt dpn tu,bmbangla jgk)..ti suggest kt sy vit e,zinc, alfalfa & esp(xamek gla sbb sy xde aturan period sy normal n xde mslh senggugut)..sy mkn ngn hubby..alhamdulillah, dlm sbulan ++ sy mkn, finally i've got 2 line appear at pregnancy stick test..syukur yg amat, Allah s.w.t shj yg tau prasaan mse tu.ant org yg t'awal yg tau,ofkos la my shaklee advisor,Ti..tpi sy xbrani nk share kt sgl lgi mse tu sbb awl2 pregnancy de bleeding(doc bimbang rahim xkuat,tkut keguguran)..then,sy continue mkn set ibu mengandung..b comp,vit c, vitalea, esp..alhamdulillah,tuhan pnjngkn umur janin sy..da buat buku merah..n wat makes me always smile..tiap kli p appointment, mesi yg cek urin mesti kate.."bgus ea awk ni..hb tinggi je"..sy just senyum..hehe..alhamdulillah,selain hb tinggi..gula dlm drh xde..tekanan drh normal =) now,i'm 3month pregnant..smlm p scan,doc ckp baby shat..da nmpk kaki gerak2..nmpk degup jntung..1st time ibu tgk syg,nk mnitik air mate ibu..huhu..to all womens out there, dat still struggling to have babies..jgn cpt putus asa..stp org,tuhan dh tentukn mse yg terbaek utk kte,menimang cahaya mate..so,dun stress..enjoy ur life..sntiasa berdoa pd-Nya..ikhtiar,usaha kne sntiasa ada(taking shaklee's supplement is one of my effort..kne sntiasa ikhtiarkn =))..then,bru kte tawakal..b'serah pd-Nye..pnjng stori mori ni..sy cme nk share the benefits..bnde yg bgus,kte knela share..sharing is caring ♥ ..now, i'm also one of shaklee's independent distributor..sy yakin dgn shaklee..dats y nk kongsi ngn semua org..hope my share,will give benefit to others ♥ ♥ ♥ "

Alhamdulillah..sapa x happy kalo dapat berita camni kan.. Semua nye kuasa dari Allah tapi kite kene terus usaha tuk dapat apa yg kite inginkan..

Maklumat lanjut :

Norhafizah Abd Halim
SMS / WhatsApp : 019-6591541
Facebook : Norhafizah Abd Halim

Monday, December 3, 2012

KESAN PENGAMBILAN CILI BERLEBIHAN !!!


Makanan pedas atau berempah sememangnya menjadi kegemaran masyarakat di Malaysia. Tidak sah jika sesuatu jenis makanan  tidak dihidangkan dengan cili ataupun bahan yang membuatkan makanan tersebut menjadi pedas.

Ada pula yang suka memakan cili seperti memakan ulam. Amalan memakan cili ini tidak digalakkan dijadikan sebahagian daripada tabiat pemakanan harian terutamanya bagi golongan wanita.

Pakar gastroenterologist daripada India, Dr. SK Thakur berkata memakan makanan pedas boleh mengakibatkan seseorang itu mendapat beberapa penyakit yang serius.

Antara penyakit yang mungkin boleh dihidapi oleh mereka yang gemar memakan pedas berlebihan adalah seperti berikut :

Meningkatkan asid perut Rasa pedas pada cili di makanan pedas itu sebenarnya berasal dari kombinasi asam. Jika masuk dalam sistem pencernaan, dimana sebenarnya kadar asamnya pun tinggi, maka asam dalam masakan pedas akan menambah jumlah asid di perut.

Gangguan perut akut
Peningkatan jumlah asid perut yang drastik, jika berlaku terus-menerus akan mencetuskan gangguan lambung akut di lambung. Gejalanya mual, muntah-muntah, demam, diare, sakit kepala dan muntah.

Peradangan
Hal ini adalah kelanjutan dari gangguan lambung akut, yang menyebabkan perut terluka. Luka parah di perut ini membuat nanah muncul dan keluar dari luka tersebut.

Sukar tidur atau insomnia
Makanan pedas meningkatkan suhu tubuh dan menyebabkan keluarnya keringat. Ini menyebabkan anda sukar tidur. Oleh itu, pengambilan makanan pedas ini disarankan adalah 3 atau 4 kali seminggu dengan kadar yang tidak terlalu tinggi.

Untuk menurunkan kadar asam lambung yang meningkat, maka pengambilan susu dan air kelapa muda akan membantu menurunkan, sehingga anda terhindar dari gangguan pencernaan

VITAMIN C – ANTIOKSIDAN UNTUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN KULIT.

Vitamin c telah digunakan sejak tahun 40'an bertujuan menyembuhkan penyakit kulit, proses penuaan adalah disebabkan oleh radikal bebas dan faktor usia, akibat dari tindak balas radikal bebas tersebut menjadikan kulit kita rosak,kusam,berkedut-kedut serta muncul pigment-pigment hitam pada kulit.

Fungsi vitamin c adalah sebagai bahan antioksidan untuk melawan radikal bebas didalam badan kita.

Vitamin c juga meningkatkan daya ketahanan dalam tubuh kita serta mempercepatkan proses pemyembuhan sekali gus meningkatkan jaringan kult menjadikan kult awet muda. Vitamin c dgn fungsi antioksidannya berperanan meremajakan kulit, mencegah penuaan akibat serangan radikal bebas serta menghalang sinaran matahari yg bole menimbulkan gangguan kulit.proses terakhirnya menjadikan kulit lebih sihat,cantik,bersih,bersinar dan cerah.

  • Vitamin c adalah sebatian organik yang diperlukan didalam tubuh setiap hari, vitamin C dapat menguatkan keupayaan tubuh kita menyembuhkan penyakit.
  • Kekurangan vitamin c menyebabkan collagen yang c lemah dah tidak sihat, menyebabkan pemulihan kulit yang lambat. kekurangan yang berpanjangan akan menyebabkan skurvi, badan kita memerlukan vitamin c yang cukup untuk kekal sihat dan cantik.
  • Tubuh kita tidak boleh menghasilkan atau membina vitamin c dengan sendirinya.
  • Vitamin c adalah sebatian yang larut air, apabila berlebihan dengan mudah dikeluarkan daripada tubuh.
  • Vitamin c mudah musnah dibawah haba, sinaran ultra ungu,aditif makanan,bahan kimia pertanian dan mudah dioksidakan jika terdedah pada udara. kebanyakkan vitamin c didalam makanan kita sudah musnah sebelum makanan dimakan disebabkan dimasak terlalu lama, disimpan terlalu lama juga terdedah pada udara.

MANFAAT VITAMIN C

  1. Membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah.
  2. Menghalang SKURVI. (SKURVI=Penyakit yg disebabkan kekurangan Vitamin C dlm makanan, ditandai oleh gusi bengkak dan berdarah, pendarahan dibawah kulit, dll)
  3. Mempertingkatkan sistem pertahanan badan.
  4. Memguatkan dinding salur darah.
  5. Menolong pembentukan tisu gentian.
  6. Membantu pembentukan kartilej, tulang dan gigi yang sihat.
  7. Mengurangkan kedut pada kulit
  8. Membaiki parut pada kulit.
  9. Mencegah penurunan payudara dan buttock
  10. Menjadikan kulit lebih cerah
  11. Menghilangkan jerawat dan pigmentasi.
  12. Menjaga kesihatan otot dan mencantikkan/menghaluskan kulit.
  13. Membantu penghasilan collagen dimana collagen dapat meningkatkan keanjalan dan keremajaan kulit.
  14. Melambatkan proses penuaan dan menghaluskan pori-pori pada kulit.