Biasanya tanda awal berlaku buasir adalah sewaktu menean terutama apabila sembelit membuang air besar sehingga menyebabkan sel bengkak melapisi saluran dubur. Sembelit boleh berlaku akibat jangkitan kuman dalam usus termasuk gastrik, mereka yang mengalami sembelit sejak dari kecil, diet kurang fiber, kanser usus dan penyakit luar biasa usus besar.
Terdapat dua jenis buasir:
- Buasir luar biasanya berlaku di bawah kulit, betul-betul di luar pembukaan dubur. Ia menyebabkan sakit dan gatal, terutamanya semasa pembuangan air besar. Buasir jenis ini agak lembut (jika dipegang dengan tangan). Ia selalunya berbentuk bulat, berwarna gelap atau ungu.
- Buasir dalam biasanya berlaku di bahagian dalam dubur. Selalunya buasir jenis ini tidak sakit. Penderita buasir jenis ini hanya akan menyedari masalah yang menimpanya apabila terdapat darah yang keluar bersama-sama najisnya.
Buasir terdapat dalam empat fasa:
- Fasa 1 - Peringkat awal atau masih di peringkat dalam tetapi hanya berdarah tetapi tidak sakit. Ini menunjukkan terdapat masalah berkaitan usus atau buasir.
- Fasa 2 - Buasir terkeluar, kadangkala ada darah atau tidak tetapi bole dimasukkan balik.
- Fasa 3 - Buasir terkeluar, tisu elastik hilang dan tidak bole masuk sendiri tetapi boleh dimasukkan kembali.
- Fasa 4 - Buasir terkeluar, bengkak tidak bole dimasukkan kembali, tidak boleh duduk dan memerlukan pembedahan. Biasanya buasir akan berdarah dan bernanah akibat jangkitan dan akan berlaku selama dua hingga tiga hari.
Faktor penyebab buasir
- Regangan terlampau semasa pergerakan usus atau dalam bahasa mudahnya sakit memulas.
- Cirit birit kronik apabila selalu keluar masuk tandas.
- Kurangnya pengambilan makanan berserat dalam diet harian seperti sayur dan buah-buahan.
- Tekanan apabila saluran darah di anus dan rektum sangat sensitif terhadap tekanan. Pertambahan tekanan ini boleh menyebabkan buasir. Tekanan di dalam perut yang menyebabkan pertambahan tekanan di dubur adalah faktor utama berlaku buasir.
- Duduk atau berdiri dalam jangka masa yang terlalu lama.
- Sembelit disebabkan najis yang besar dan kering memerlukan pesakit meneran dengan kuat. Ini menyebabkan tekanan meningkat pada saluran darah dubur menyebabkannya membengkak.
- Berat badan berlebihan memberikan tekanan yang lebih kepada saluran darah.
- Hamil adalah penyebab utama buasir kepada wanita muda kerana tekanan meningkat akibat rahim membesar.
Simptom Buasir
- Rasa sakit berdenyut-denyut dan rasa gatal pada lubang dubur.
- Pendarahan selepas dan sebelum membuang air besar dan rasa kepanasan di situ.
- Sukar untuk membuang air besar dan rasa tidak selesa pada bahagian dubur apabila berdiri lama atau mencangkung.
- Kesakitan pada bahagian dubur menyebabkan pesakit mengalami perubahan di dalam corak membuang air besar.
- Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.
- Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit boleh mengalami kurang darah.
Tq, info y sgt berguna bagi saya y alaminya ..
ReplyDeleteSharing is caring..
DeleteHarap dapat membantu..