Wednesday, May 28, 2014

My Real Story : Bercuti di Sunway Lagoon..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. :) :) :)

Lama sangat rasa tak update blog ni kan.. Almaklum la hari tu balik Seremban pastu pergi Bandar Sunway sebab ada Family Day anjuran tempat kerja suami.. So bila dah bercuti camtu memang takde harapan la nak update blog.. Nak2 pulak kat hotel tempat kitorng duduk tu xde wifi.. Lepas tu bila dah balik rumah nak kene hadap baju kotor yang tersangatlah banyaknya..hihi.. So hari ni baru betul2 rasa free nak ngadap laptop..

Malas nak panjang2 cerita enty kali ni sebenarnya saya nak share pengalaman semasa bercuti hari tu.. Aktiviti tu actually start Sabtu malam.. Tapi hari Jumaat kitorang dah gerak ke Seremban sebab planning belah siang tu nak g berjalan.. Mula-mula plan nak pergi GM Klang pastu abang tukar plan ajak pergi IOI Mall pulak.. So berjalan lakitorang dalam mall tu sampai ke tengahari.. Dalam pukul 3 petang baru keluar dari IOI Mall tu sebab bilik boleh check in pukul 3 petang..

Dalam pukul 3.30 petang sampai la kat hotel sebelah Sunway Pyramid tu.. Tak ingat apa nama hotel tu tapi memang hotel tu betul2 duduk sebelah Sunway Pyramid.. Naik bilik duk rehat-rehat jap lepas tu semayang lepas tu turun bawah g Sunway Pyramid pulak.. Besar jugak Sunway Pyramid ni.. Kalo tau besar dan best memang terus datang jalan-jalan kat Sunway je.. Lepas jalan-jalan siket-siket naik atas balik, tukar baju untuk dinner pulak..

Banyak betul makanan dan yang paling best banyak betul saya makan.. Tak pernah rasa makan banyak macam tu.. Risau gak takut nanti pergi check up naik berat melampau-lampau pulak kan.. Tapi bila pikir xpela kan lepas ni masa dalam pantang nanti kita telan Lecithn banyak-banyak supaya bole slim melim balik..hihi.. Dinner habis lebih kurang pukul 11 malam sebab nak tunggu acara cabutan bertuah tapi kitorang tak berapa nak bertuah malam tu.. So naik bilik dengan tangan kosong je la..

Kami berempat..

Esok pagi nya baru acara kemuncak.. Lepas breakfast terus bole masuk kat Sunway Lagoon.. Haziq lah yang paling excited sebab dapat main air.. Saya hanya menjadi pemerhati dan tukang jaga barang..hihi.. Haziq main air bersungguh-sungguh sampai orang ajak naik pun tak nak.. Bila dah lapar baru la dia nak naik.. Lepastu bagi minum air dan belikan fries kat Burger King.. Lepas makan fries pergi ambil makanan tengahri pulak.. Tak lalu lagi nak makan sebab perut dah kenyang minum air..


Nampak tak betapa excitednya Haziq




Lepas ambil makanan tu Haziq ajak turun lagi main air.. Siap ajak ayahnya pergi tempat dalam tu yang tak tahan.. Dah la dengan tak pakai pelampungnya.. Bila air beralun kene kat muka cuak pulak..hihi.. Kelakar betul tengok tapi itulah Haziq.. Selalu suka buat benda yang diluar jangkaan kita.. Masa tengok-tengok Haziq main air tu ada orang tanya.. Dah berapa bulan pregnant? Bila bagitau dah 8bulan orang tu terkejut sebab tengok saya masih lagi kuat berdiri dan berjalan-jalan.. Alhamdulillah mungkin tu penangan sebab saya consume Shaklee dari start pregnant lagi..

Lepas tu abang mintak tolong tengok dan jagakan Haziq sebab dia nak pergi main benda-benda extreme.. Benda yang dia nak sangat main, ape lagi kalo bukan Vuvuzela tu.. Yelah alang-alang dah dapat tiket free kan baik main apa yang ada.. Nak beli tiket sendiri memang takde la kot.. Lama jugak dia tinggalkan saya dengan Haziq.. Haziq pulak siap tarik-tarik tangan ajak pergi kat tempat main air.. Puas pujuk dan cakap tunggu ayah tapi dia nak jugak pergi main air tu.. Pujuk punya pujuk lst2 Haziq mintak menyusu.. Agaknya badan dah letih dan nak tido..

Menyusukan la Haziq macam biasa.. Tiba-tiba member yang duduk kat sebelah tanya " Menyusu lagi? ".. Saya pun mengiyakan.. Member tu tanya " Ada susu lagi eh.. Berapa bulan dah pregnant eh? " ( Sambil buat muka terkejut + pelik ).. Saya jawab ada dan dah 8 bulan.. Member tu jugak bagitau yang masa sebulan pregnant susu dia dah kering dan nasib baik dia memang dah bagi anak dia susu botol.. Dia pun tengah pregnant anak yang kedua.. Member tu tanya lagi umur Haziq dan saya jawab 2 tahun 3 bulan.. Muka bertambah pelik sebab masih lagi menyusukan Haziq.. Masa tu nak je cakap yang saya amalkan Shaklee tapi dah dia tak tanya kan.. Saya diamkan ajelah.. Kalo dia berminat nak tahu mesti dia akan tanya lagi..

Lepas main air, makan nasik yang pergi ambik tadi.. Lepas makan nasik tukar baju sebab nak pergi berjlan kat tempat kering pulak.. Mula-mula pergi kat empat binatang.. Haziq sangat excited sebab tak pernah bawak dia pergi tengok haiwan-haiwan ni.. Lepas habis berjalan kat tempat haiwan, pergi pulak ke tempat-tempat lain.. Kalo tak silap ada 5 park semuanya.. Dan alhamdulillah saya berjaya jejak semua park tu.. Tapi kebanyakan benda saya tak boleh pun nak main sebab pregnant.. Cuma jambatan gantung je tak sempat nak naik sebab masa tu dah pukul 5 petang dan hari pun dah gelap macam nak hujan..

Dalam pukul 5.30 petang tu kitorang keluar dari Sunway Lagoon tu.. Elok-elok nak keluar hujan turun dengan selebat-lebatnya.. Nasib baik masa tu dah sampai kat tempat nak keluar.. Lepas tu terus gerak ke Bangi sebab nak pekena Nasi Dagang buatan mak mertua.. Masa dalam kereta sempat cakap dengan abang.. " Kalo la tak amalkan Shaklee rasa-rasanya tengari tadi dah collapes.. Tengahari tadi lagi memang dah ajak balik agaknya.." Syukur sangat-sangat sebab dipertemukan dengan Shaklee.. Saya sendiri dah rasa dan saya memang amat berpuas hati dengan produk Shaklee ni..

Mesti korang semua tertanya-tanya apa yang saya amalkan kan??? Saya ambil Set Lengkap Kehamilan.. Memang dari start preggy lagi dah ambil Set ni dan ternyata ianya teramatlah memuaskan hati saya.. Kepada korang-korang semua yang tengah preggy tu saya cadangkan try la amalkan Shaklee ni sebab saya bukan cakap saja-saja je tau tapi saya cakap ni melalui pengalaman saya sendiri.. Kalo korng berminat boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut ya.. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk singgah ke blog saya ni..


Untuk Info & Order:

Norhafizah Abd Halim
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 881731
Email: purplepipery@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 019 659 1541


 

No comments:

Post a Comment