Tuesday, May 13, 2014

Resipi Donut Meal Shakes..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Entry saya kali ni adalah berkenaan dengan resipi donut yang ditambah dengan Meal Shakes.. Bagi ibu-ibu yang gemar memasak untuk anak-anak pasti teruja bila nampak resipi ni kan.. Tiada apa yang lebih bahagia bagi seorang ibu apabila dapat menghasilkan makanan daripada tangannya sendiri..

Jom kita tengok apa agaknya bahan-bahan yang diperlukan serta bagaimana cara penyediaannya..

Bahan-bahan :
  • 500gram tepung gandum, kalau guna tepung high Protein pun boleh
  • 2 sudu majerin <--cda guna daisy, rasanya lebih lemak
  • 1 sudu teh garam (larutkan dengan sedikit air suam)
  • 3 sudu MEAL SHAKES
  • 3 sudu gula pasir.
  • 11gram mauripan (1 bungkus)
  • sedikit air sejuk yang disimpan dalam peti ais (guna apabila adunan belum lembut)
  • 10sudu gula halus (jika tiada gunakan saja gula kasar n lumatkan menggunakan lesung) 

Cara Menyediakan:
  • Kembangkan mauripan guna 1 cawan air suam. Biarkan. 
  • Masukkan Tepung ke dalam magkuk dan buat bulatan di tengah-tengah tepung dan masukkan gula, susu dan majerin. Adun mesra kesemua bahan.
  • Tuang mauripan kedalam adunan. Uli kesemuanya hingga menjadi doh. Masukkan garam yang sudah dilarutkan dalam air suam.
  • Uli adunan sehingga doh lembut, jika belum lembut masukkan air simpanan dalam peti ais dan uli
  • Setelah Adunan doh yang siap diuli, ratakan doh menggunakan penggelek & Terus terap pada acuan.
  • 5 minit kemudian donut akan berkembang dengan jaya. Masa ini korang dah boleh panaskan api kuali, gunakan minyak yang banyak supaya dan gunakan api yang perlahan.

Tips dari saya :
  • Gunakan api yang sederhana supaya donut masak sehingga bahagian dalam.
  • Gunakan minyak yang banyak supaya donut anda tenggelam
  • Taburkan Gula halus semasa donut panas supaya gula lebih melekat
  • Kalau nak frozenkan donut, cukuplah hanya matikan yis dengan memasak donut sekejap sahaja.

Selamat mencuba.. Mudah - mudahaan usaha kecil kita untuk membuat sarapan yang sihat untuk anak-anak & suami berhasil... :)

Buat yang belum memiliki Meal shakes yang serbaguna ni, boleh dapatkan sekarang..


Untuk Info & Order:

Norhafizah Abd Halim
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 881731
Email: purplepipery@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 019 659 1541

No comments:

Post a Comment