Tuesday, July 2, 2013

Kepentingan Asid Folik

Assalamalaikum dan salam sejahtera..

Actually baru lepas baca Majalah Pa & Ma. Mase ngah baca tadi terjumpa pulak artikel tentang asid folik ni.. So nak share la apa yang dah dibaca tadi.

Kebanyakan wanita mengetahui tentang kewujudan supplemen asid folik hanya setelah disahkan hamil padahal pil berkenaan sangat digalakkan untuk dijadikan sebahagian daripada amalan pemakanan seharian antara tiga hingga enam bulan sebelum hamil.

Asid folik atau kadangkala disebut sebagai folat ataupun vitamin B9 sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh. Ia penting dalam pembentukan DNA baru an pada masa yang sama memperbaiki DNA yang rosak di dalam sel.

Jika seseorang wanita itu kkurangan asid folik, ketahuilah bahawa tahap kesihatan bayi yang bakal dikandungi akan terjejas. Hal ini dibuktikan menerusi kajian yang pernah dijalankan pada tahun 1960 di mana para pakar perubatan mengaitkan kekurangan asid folik di dalam tubuh wanita hamil dengan penyakit akibat asid folik yang rendah pada bayi mereka.

Asid folik sangat bermanfaat untuk bayi dalam kandungan kerana ia boleh mengurangkan risiko anda daripada menimang cahaya mata yang cacat terutamanya kecacatan saraf tunjang ( Nueral Tube Defect atau NTD ), gangguan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau langsung tidak terbentuk ( anecephaly/encephalocele ) dan masalah pembentukan saraf tunjang ( spina bifida ). Hal ini kerana pakar perubatan sangat percaya bahawa asid folik membantu dalam pembentukan sel-sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang bayi.

Selain daripada itu, ia turut mendatangkan kebaikan apabila dapat menambahkan kepekatan hemoglobin dalam darah, mengurangkan risiko keguguran, lahir mati dan lahir pramatang, serta kekurangan darah (anemia). Dalam pada itu, terdapat juga bukti yang menunjukkan bahawa pengambilan asid folik dapat membantu mengurangkan risiko bayi dilahirkan dengan mengalami masalah sumbing lelangit, kecacatan pada jantung, pembentukan kaki dan juga tangan yang tidak sama (limb reduction), dan kecacatan pada sistem pembuangan air kencing.

Dalam pada itu, kajian telah menunjukkan bahawa kecacatan-kecacatan ini boleh dikurangkan di antara 50 hingga 70 peratus. Itu antara sebabnya bahawa sangat penting untuk anda memakan asid folik sebelum hamil dan sepanjang kehamilan. Untuk makluman anda, anenchephaly adalah nama diberikan kepada bayi yang tidak mempunyai tisu otak, dan lazimnya dia akan mati sejurus selepas dilahirkan. Spina bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan bayi lumpuh, mengalami maslah usus, pundi kencing dan kecacatan otak.

Oleh sebab itulah, asid folik harus diberikan kepada wanita sebaik sahaja disahkan hamil. Bagi kehamilan yang tidak dirancang dengan teratur, wanita berkenaan akan dinasihatkan untuk mengambil supplemen asid folik setiap hari dan diteruskan sekurang-kurangnya sehingga kandungan berumur 12 minggu kerana dalam 12 minggu pertama, perkembangan otak dan sistem saraf bayi sedang berkembang pesat.

Jadi, ketahuilah bahawa supplemen asid folik sangat penting kepada semua wanita sebagai persediaan awal untuk hamil. Ini kerana ia adalah agen pertumbuhan dan pembinaan sel-sel dalam tubuh. Oleh sebab itu, ia sangat penting untuk membentuk saraf tunjang bayi pada peringkat awal kandungan. Bagi anda yang sedang berusaha untuk hamil, beringatlah bahawa pengambilan asid folik tiga hingga enam bulan sebelum hamil sangat penting! Denagn demikian tubuh anda bersedia untuk sebarang pertumbuhan atau pembentukan sel-sel baru.

Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua, pengambilan asid folik boleh dihentikan. Walaubagaimanapun, anda tetap digalakkn untuk mengambil supplemen ini sehingga bayi dilahirkan.

Kaitan dengan kesuburan

Apabila sperma yang mengalami kecacatan kromosom disenyawakan denag telur ovum, ia akan menghasilkan janin yang tidak berupaya untuk hidup lama. Oleh sebab itu, ada segelintir wanita mengalami keguguran di awal kehamilan akibat dari masalah ini.

Dipercayai, asid folik dapat membantu masalah kesuburan di kalangan lelaki dengan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma. Untuk mengurangkan risiko ini, maka golongan lelaki digalakkan mengambil asid folik di antara 700 hingga 1000mcg sehari.

Sementara itu, perlu anda maklumi bahawa asid folik merupakan bahan penting dalam membantu proses spermatogenesis. Kandungan asid folik yang mencukupi akan membantu wanita mematangkan telur ovum, membantu pembentukan plasenta dan proses pelekatan janin di dalam rahim.

Oleh kerana itu, bagi sesetengah pasangan yang sukar mendapatkan zuriat, mereka digalakkan untuk mengambil supplemen asid folik sebagai salah satu usaha untuk merawat masalah kesuburan yang dialami. Namun, harus diingat yang supplemen asid folik bukannya ubat kesuburan!

Dos berlebihan?

Suplemen asid folik perlu diambil sebiji setiap hari. Lazimnya dos yang dibekalkan adalah 5mg. Biarpun setiap wanita digalakkan untuk mengambil pil asid folik 400mcg, jangan bimbang tentang dos berlebihan. Asid folik larut dalam air. Jika pengambilan dos asid folik berlebihan, ia tidak akan disimpan di dalam pusat penyimpanan nutrien iaitu hati. Ia akan dikeluarkan melalui air kencing.

Sumber semulajadi

Asid folik semula jadi biasanya boleh ditemui di dalam sayur-sayuran hijau seperti brokoli dan bayam; sayur-sayuran berubi, buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna kuning seperti oren, pisang, jagung dan labu; bijirin, oat, gandum, barli, beras perang, kekacang, keju, susu, telur, hati ayam, daging lembu, kambing dan ayam; salmon serta tuna.

Risiko menjurus kepada...

  • Keluarga yang pernah mengalami masalah kecacatan bayi di kehamilan terdahulu.
  • Suami atau isteri itu sendiri mengalami NTD.
  • Wanita pernah hamil anak yang mengalami NTD.
  • Wanita mengambil ubat sawan ( epilepsi ).
  • Wanita menghidap kencing manis, ceoliac disease, sickle cell anemia atau thalassaemia.


No comments:

Post a Comment