Sunday, August 10, 2014

INFO KESIHATAN - SAKIT GIGI KETIKA HAMIL..?



Bolehkah wanita hamil mencabut gigi yang rosak.? Ibu hamil dikatakan tidak boleh melakukan prosedur mencabut gigi. Mitos atau kenyataan?

Kenyataannya, walaupun seorang wanita itu sedang hamil, mereka boleh menjalani rutin pemeriksaan berkala dan rawatan gigi, namun pastikan ia tidak membabitkan prosedur agresif.

Bakal ibu dinasihatkan supaya mengelakkan sebarang rawatan seperti cabutan membabitkan suntikan pelalian terutama pada tiga bulan terawal dan tiga bulan terakhir kehamilan.

Trimester pertama dan ketiga adalah waktu penting kehamilan, yang mana janin sedang berkembang. Justeru, sebarang rawatan membabitkan suntikan yang terus masuk ke dalam darah perlu dielakkan begitu juga dengan pengambilan ubat antibiotik, tahan sakit serta imbasan X.

Bagaimanapun, jangan salah faham sehingga tidak bertemu doktor walaupun mengalami masalah gigi serius kerana mencuci plak atau tampalan boleh dilakukan seperti biasa. Malah, jika masalah gigi serius sehingga perlukan suntikan, dos rendah akan dikenakan.

Ketika hamil, gusi juga mudah bengkak dan mendapat jangkitan berpunca daripada perubahan hormon yang menyebabkan bertambahnya pengaliran darah di dalam badan.

Kebiasaannya, ibu mengandung mengalami sedikit pendarahan pada gusi mereka dan ia biasanya berlaku ketika memberus atau melakukan flos di celah gigi.

Gusi bengkak atau gingivitis jika dibiar boleh menyebabkan penyakit gusi kronik atau pun dipanggil periodontal disease yang akhirnya menjejaskan bayi dalam kandungan. Kesannya, ibu mungkin bersalin awal atau bayi tidak cukup berat ketika lahir.

Doktor juga tidak akan mengambil risiko membuat rawatan jika ibu hamil mengalami bengkak gusi kerana bimbang berlaku pendarahan yang banyak dan boleh memberi risiko kepada ibu.

Justeru ibu hamil dinasihatkan berjumpa doktor gigi jika mengalami sebarang ketidakselesaan terhadap gigi mereka sepanjang tempoh kehamilan.

Selain daripada masalah gusi, kerosakan gigi adalah masalah kedua sering dialami ibu hamil. Ia biasanya berlaku kerana mulut cenderung berasid dan air liur juga kering.

Oleh sebab kebanyakan wanita hamil mengalami morning sickness dan ketika muntah, jus gastrik bersifat asid dari perut akan termasuk ke dalam mulut yang akhirnya boleh menghakis permukaan gigi.

Pakar pergigian memberitahu kaedah terbaik yang perlu dilakukan iaitu sentiasa amalkan berkumur dengan air kosong atau menggunakan ubat kumur bagi meneutralkan kembali mulut.

Apa pun seeloknya ibu dinasihatkan menjalani rawatan rutin pergigian sebelum hamil atau sebelum merancang untuk hamil.

sumber//PA&MA/karangkraf

Thursday, June 26, 2014

Sharing is Caring - Testimoni Set Kehamilan Shaklee

Assalamualaikum dan salam Jumaat pada anda semua.. :) :) :)

Entri kali ni nak share pengalaman Puan Azeni yang consume Set Kehamilan Shaklee untuk 2nd pregnancy beliau.. Jom sama-sama kita tengok dan baca tentang pengalaman dan perbezaan yang Puan Azeni ni perolehi sepanjang mengamalkan Set Kehamilan dari Shaklee ni..

======================================================================

Set Hamil Shaklee: Testimonial Diri Sendiri

Pada entri kali nie, saya ingin berkongsi pengalaman saya mengandung untuk anak kedua dengan menggunakan produk Shaklee sepenuhnya. Tanpa vitamin daripada klinik ataupun hospital.


Dulu masa mengandung anak yang pertama, Aqil Thaqif dalam tiga tahun lepas memang sepenuhnya ambik vitamin daripada klinik. Tak penah kenal Shaklee pun. Dan untuk kandungan kali kedua ini yang hampir memasuki 8 bulan, alhamduillah terasa sangat perbezaannya. Ye la kan dah bekerja seharian lagi balik rumah terpaksa uruskan hal-hal rumah memang agak memenatkan. So Set Hamil Shaklee memang membantu.


Inilah Set Hamil Shaklee yang saya gunakan sepanjang mengandung iaitu Vitalea, Bcompleks, Vitamin C, Ostematrix, ESP dan Omega Guard.





Antara perbezaannya yang saya rasai masa mengandung menggunakan Set Hamil Shaklee ialah:

1. Berat Badan

Berat badan naik tidak mendadak berbanding terdahulu. Berat normal saya adalah 55kg. dulu semasa dalam trimester ketiga, berat saya mencecah hampir 80kg dan ke atas. Warrghh bayangkan macamna saya berjalan perut yang sangat besar ke depan tapi same time nak jatuh ke belakang.. hehehehe… Sekarang ini dah hampir 8 bulan berat dalam 70 kg je. Sekarang saya ambik ESP untuk minum pagi dan malam. So takda tengah-tengah malam mencari makanan je.


2. Kaki tak bengkak

Dulu kaki saya bengkak macam kaki gajah. Takut nak tengok apatah lagi nak jalan pun lenguh dan sakit. Kandungan kedua alhamduillah boleh sarung lagi sandal cantek. Hehehe. Kaki bengkak disebabkan perjalanan darah tidak sempurna ke seluruh anggota badan dan Bcompleks memang membantu lancarkan perjalanan darah. Selain itu, posisi tidur perlu mengiring di sebelah kiri yea untuk memastikan organ dalaman kita berfungsi dengan baik.


3. Tidur malam selesa

Normal bagi ibu mengandung apabila tengah malam ataupun tengah pagi mesti urat kaki tertarik. Saya memanggilnya tarik mengkarung. Fuhh memang sakit kan. Ostematrix memang banyak bantu saya untuk kurangkan sakit mengkarung tue. Tambahan pulak bangun pagi memang badan segar bugar je.


4. Kulit tak kering

Kandungan yang pertama dulu, kulit sangat kering sampai bersisik la. Kalau digaru akan tinggal kesan putih. Tapi dengan ESP, Vitalea (multivitamin) dan Vitamin C, masalah kulit kering dapat diatasi dan masih kekal bertenaga walaupun memboyot kan. Selain itu, saya perasan muka saya tak sembab dan ramai jugak yang menegur terutamanya teman office la.


5. Stretch Mark

Igauan bagi semua ibu-ibu yang mengandung. Stretch mark pada sekeliling kulit perut dan juga pada paha. Disebabkan masa kandungan pertama dulu, memang saya banyak sangat kulit-kulit pecah ini. Tapi apa kan daya kan. Ingatkan adalah perkara biasa je. Rupanya boleh dielakkan dengan pengambilan vitamin yang betul dan sesuai. Sekarang stretch mark masih ada disebabkan kandungan pertama dulu tapi tidak la ketara sangat la. Memang banyak membantu ESP. saya sangat suka.


6. Bekas-bekas hitam

Dulu masa kandungan pertama, memang banyak sangat kesan-kesan hitam di kawasan celah-celah ketiak dan paha. Tapi kandungan ini masih ada tetapi tidak terlalu banyak berbanding dulu. Menurut doktor, ini disebabkan perubahan hormon dalam badan semasa mengandung.

Menurut Puan Azelin lagi, Banyak kelebihan menggunakan Set Hamil Shaklee ini. Sebab bukan sahaja boleh digunakan semasa mengandung malah boleh digunakan semasa berpantang cuma add on Alfalfa dan Zink sahaja. Saya rasa berbaloi sangat melabur dengan set hamil ini kerana ia membantu saya untuk menghadapi moment 9 bulan yang lebih indah kan. Hehehe…

Credit

Okay itu serba sedikit pengalaman yang telah di sahre oleh Puan Azeni yang hamil dengan menggunakan vitamin daripada Shaklee.. Sekiranya anda berminat untuk mencuba boleh dapatkan free consultation dari saya ya.. Jangan malu-malu dan jangan segan-segan.. Saya sedia membantu anda..


Untuk Info & Order:

Norhafizah Abd Halim
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 881731
Email: purplepipery@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 019 659 1541

Sharing is Caring - Testimoni Set Kehamilan & Berpantang Shaklee..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Kali ni nak share pengalaman Puan Zahra yang mengamalkan Shaklee semasa hamil dan seterusnya hingga berpantang..

Jom sama-sama kita tngok pengalaman yang beliau perolehi semasa mengamalkan Shaklee ni ya..



" Saya ambil ESP, Vit C, Omega, Bcomplex. Berpantang saya tambah alfalfa dan vitalea. Alhamdulillah bermula dari awal pregnant sampai dah sarat saya masih mampu berjalan kaki ke pejabat, lebih kurang 10 min je, tapi dah sarat jadi 20 min, bonceng motor ke KK bila check up (husbnd keje shift), orang tegur cergas macam tak pregnant, alhamdulillah.

Oh ye berat naik dengan stabil sampai 20kg, masa tu memang risau kalau tak dapat berat asal nanti. HB sy turun bila masuk kandungan 7 bulan, saya amik vit c, naik balik cantik je balik.

Then after delivered, teruskan set berpantang, susu alhamdulillah meriah smpai sekarang, luka sembuh cepat, orang datang ziarah masa dalam 20 hari, tegur nampak sihat xmacam dalam pantang dah. Paling best ada mak cik tu cakap dah mcm anak dara balik!

Lepas pantang berat dah turun ke 50 kg, anak 3 bulan dah tinggal 47kg, mungkin sebab BF, berat cepat turun. Alhamdulillah semua dengan izin Allah. Just sharing.." - Puan Zahra.

Haa tu pengalaman dari Puan Zahra.. Gambar juga jelas menunjukkan yang Puan Zahra berjaya menurunkan berat badannya kan..

Sekiranya anda berminat untuk mencuba Set Kehamilan dan Berpantang dari Shaklee ni jangan segan-segan ya.. Boleh tanya saya dan saya akan berikan free consultation..


Untuk Info & Order:

Norhafizah Abd Halim
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 881731
Email: purplepipery@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 019 659 1541

Monday, June 16, 2014

[ INFO SIHAT : CARA DUDUK YANG BETUL SEMASA BREASTFEED ]

Assalamualaikum dan dalam sejahtera semua :)..

Kali ni saya nak share tentang cara duduk yang betul semasa menyusukan anak..

Kebanyakan dari ibu2 yang menyusukan anak kurang mengambil perhatian mengenai kedudukan yang betul semasa menyusukan anak..

Selalu sakit belakang after breastfeed baby???

Jom tengok ni.. 

Photo: [ INFO KESIHATAN : BREASTFEED ]

Kebanyakan dari ibu2 yang menyusukan anak kurang mengambil perhatian mengenai kedudukan yang betul semasa menyusukan anak..

Selalu sakit belakang after breastfeed baby??? 

Jom tengok ni.. 

Kedudukan kaki kena betul baru lah belakang x sakit dan lenguh..

Saya pun pernah rasa.. Jom ubah cara kedudukan kita semasa breastfeeding baby jom..

Norhafizah Abd Halim | 019 - 659 1541
Ambil OsteMatrix untuk elakkan sakit & lenguh belakang


Cara duduk yang salah boleh menyebabkan sakit belakang dan lenguh belakang.. 

Bila sakit dan lenguh mula la rasa macam nak give up dan tak nak menyusukan anak kan..

Jangan macam tu ya kengkawan.. Cer check cara kedudukan kita semasa menyusukan anak..

Saya pun masih lagi belajar tentang breastfeed walaupun nak masuk anak yang kedua.. :) Kedudukan kaki kena betul baru lah belakang x sakit dan lenguh..

Saya pun pernah rasa.. Jom ubah cara kedudukan kita semasa breastfeeding baby jom..

Jika masih lagi sakit belakang boleh try OsteMatrix dari Shaklee..

Saya start ambil masa Haziq berusia 5 bulan.. Sebelum consume OsteMatrix ni saya mengaku ater menyusukan Haziq memang lenguh dan sakit sangat belakang rasa... Kadang-kadang terpaksa ubah pelbagai kedudukan untuk elakkan sakit belakang..

Alhamdulillah sejak amalkan OsteMatrix saya tidak lagi mengalami masalah yang sama...


Norhafizah Abd Halim
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 881731
Email: purplepipery@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 019 659 1541

Saturday, June 14, 2014

Shaklee ni HALAL ke???

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Isu sama ada produk Shaklee ni HALAL atau tidak memang menjadi isu hangat sekarang ni kan..

Nak tahu HALAL ke tak meh tengok sini..



Islamic Services of America (ISA) tersenarai sebagai salah satu Badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM. Boleh klik direct link di sini: Senarai Badan Islam yang Diiktiraf JAKIM dan di sini: Halal Accreditation (ISA).
Alhamdulillah ternyata Shaklee ni HALAL dan SELAMAT digunakan.. Kalo tak halal saya pun xnak guna dan tak kan jual kan..

 Gunakan TANPA WAS-WAS!!!

Wednesday, June 11, 2014

BREASTFEEDING INFO - “Blocked ducts”

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang masih lagi sudi singgah di blog saya ni.. Syukur Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk bernafas dan diberi kesempatan untuk mncorekan sepatah dua kata khusus untuk anda semua..

Okay hari ni saya nak share tentang  “Blocked ducts”.. Amenda la pulak “Blocked ducts” ni kan.. Okay ni la yang saya dapat hasil pencarian saya mengenai breastfeeding tadi.. Walaupun saya dah berjaya menyusukan anak yang sulung lebih dari 2 tahun namun bagi saya ilmu tu still lagi kita kena cari dan belajar kan..



Apa itu “Blocked ducts” 

“Blocked ducts” atau dalam bahasa dipanggil “duktus (saliran) tersumbat ” selalunya disebabkan oleh payudara yang tidak “diperah” dengan efektif oleh bayi anda semasa dia menyusu. Jika payudara tidak dikosongkan dengan sempurna, susu terus “terkumpul” kerana ia dihasilkan lebih cepat daripada ia disalirkan keluar. Susu itu akhirnya dipaksa keluar ke dalam tisu sekeliling, di mana ia menyebabkan keradangan, lalu menjadikan ia merah, panas dan sakit. Di kawasan susu terkumpul inilah anda akan merasa ketulan-ketulan keras dan memang terasa sakit sehingga boleh membuatkan anda merasa seperti mahu demam jika tidak dirawat dengan cepat. Berita baiknya adalah duktus tersumbat boleh dirawat sendiri.


Bagaimana “Blocked ducts” boleh terjadi? 

Ada pelbagai punca, berikut adalah 3 punca utama yang seringkali membuatkan “Blocked ducts” terjadi :
  1. Tidak menyusui bayi / mengepam susu dengan kerap dan tidak teratur terutamanya jika usia bayi anda masih di bawah 6 bulan. Jarak di antara sesi menyusu / mengepam susu terlalu jauh (lebih daripada 6 jam)
  2. Memakai coli yang ketat atau kurang sesuai yang menghalang pengaliran susu.
  3. Mempunyai bekalan susu yang terlalu banyak dan payudara berikut tidak dikosongkan dengan kerap dan konsisten.

Apa yang anda boleh lakukan jika “Blocked ducts” terjadi? 

Tanpa rawatan, “Blocked ducts”  boleh membawa kepada jangkitan payudara, maka ambillah langkah-langkah berikut untuk memulihkan pengaliran susu yang tersekat:
  • Kosongkan payudara. Beri bayi anda menyusu melalui payudara yang tersumbat dahulu (jika itu terlalu menyakitkan, anda boleh mula dengan yang lain) dan pastikan payudara dikosongkan sepenuhnya pada setiap sesi menyusu. Jika bayi anda tidak dapat mengosongkan payudara anda dengan sempurna, anda boleh mengepam sehingga susu tiada lagi keluar.
  • Longgarkan coli sedikit. Kadang-kadang saliran tersumbat disebabkan oleh tekanan dari luaran. Pastikan coli anda adalah selesa tetapi tidak mengikat (seeloknya elakkan “underwired bra” pada masa masih menyusu badan. Jika mahu dipakai juga atau coli terlalu ketat, pastikan cangkuk coli dibuka semasa menyusu / mengepam bagi memudahkan pengaliran susu tanpa halangan).
  • Mempelbagaikan kedudukan penyusuan boleh membantu bayi anda melekap dengan lebih baik. Menukar kedudukan penyusuan (dari “cradle hold” ke “football hold” atau sebaliknya, lihat contoh di bawah) dapat merangsang semua saliran susu dan sangat berkesan untuk memulihkan saliran yang tersumbat.
http://pumponthejob.com

  • Letakkan kain yang hangat pada payudara yang terjejas sebelum setiap penyusuan / sesi mengepam kerana ia dapat membantu memulihkan pengaliran susu dengan baik.
  • Urut payudara. Mengurut sambil memberikan tekanan yang lembut ke atas ketulan di mana duktus tersumbat terjadi sebelum dan semasa menyusu / mengepam boleh membantu “melonggarkan” saliran yang tersumbat.



Perlukan anda berhenti menyusu dari payudara yang salirannya tersumbat? 

Sudah pasti tidak! Mengelakkan atau menghadkan penyusuan di payudara yang tersumbat sebenarnya boleh memburukkan lagi keadaan, di mana ia menyebabkan lebih banyak susu terkumpul di saliran yang tersumbat. Ingat, rawatan yang terbaik untuk  “Blocked ducts” adalah dengan mendapatkan susu yang mengalir lagi tanpa halangan. Jika tidak dirawat dengan cepat, bekalan susu juga akan terjejas serta membawa ke peringkat “mastitis” yang akan ambil lebih masa untuk dirawat. Jadi, rawatilah “blocked ducts” dengan segera.


Okay itu serba sedikit info yang saya perolehi tadi.. Diharap dapat membantu kalian semua sekiranya ada di kalangan anda yang menghadapi masalah ini.. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk singgah di blog saya ini..


Norhafizah Abd Halim
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 881731
Email: purplepipery@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 019 659 1541

Tuesday, June 3, 2014

Apa itu G6PD???

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Terima kasih kerana masih lagi sudi berkunjung ke blog comel saya ni.. Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk mencoretkan sesuatu di dalam blog ni.. Kali ni saya nak share tentang G6PD di kalangan bayi.. Sebelum-sebelum ni memang ada dengar tentang penyakit ni..

Okay jom kita kenali dengan lebih lanjut apa itu G6PD.. Maklumat ni saya perolehi daripada sini..


Pengenalan

G6PD ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase, yang terdapat di dalam sel darah merah. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan.

Diagnosa

Kekurangan enzim G6PD sangat ketara di kalangan masyarakat Asia. Di negara kita, semua bayi baru lahir akan disaring untuk kekurangan enzim G6PD dengan menggunakan darah daripada tali pusat.

Kekurangan enzim ini adalah keadaan yang diwarisi melalui keturunan. Ia ditentukan oleh bahan baka yang dibawa oleh kromosom X. Oleh itu kebanyakan mereka yang mempunyai kekurangan enzim G6PD adalah kaum lelaki, manakala kaum perempuan biasanya adalah pembawa.

Ujian untuk mengesan kehadiran enzim ini adalah ujian darah yang mudah dilakukan. Pastikan anda tahu status enzim anda dan keluarga anda.

Gejala/Tanda-tanda

Kebanyakan mereka yang kekurangan enzim G6PD ini tidak mempunyai tanda-tanda khusus. Bayi baru lahir perlu diperhatikan di dalam wad untuk suatu jangka masa kerana mereka boleh mendapat penyakit kuning (jaundis) yang tinggi dengan cepat, akibat daripada hemolisis berlebihan. Bayi yang kuning (jaundice) perlu diletakkan di bawah lampu (fototerapi) untuk menurunkan tahap bilirubin dalam darah.

Tanda-tanda yang terjadi sekiranya sel darah merah pecah (hemolisis) termasuk :

Akibat daripada kekurangan darah
  • kelihatan pucat
  • tidak bermaya (atau keletihan yang teramat)
  • pening
  • degupan jantung yang laju
  • sukar bernafas
  • sakit dada

Akibat daripada hemolisis
  • jaundis (kekuningan)- boleh dilihat pada mata putih atau kulit, warna air kencing seperti air teh O atau Coca-Cola.

Jika ini berlaku, dapatkan rawatan hospital dengan segera.

Kekurangan enzim G6PD adalah untuk seumur hidup. Walaupun tiada rawatan yang boleh menghilangkannya, ia tidak membawa kesan negatif yang ketara dan tidak menjejaskan perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak.


Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang patut dielakkan

Bagi kanak- kanak dan orang dewasa yang kekurangan enzim G6PD, mereka perlu tahu secara mendalam mengenai keadaan ini agar dapat memahaminya dengan lebih jelas. Mereka perlu jauhi daripada terdedah kepada ubat-ubat serta bahan-bahan tertentu yang boleh menyebabkan hemolisis..

Hemolisis juga akan berlaku jika mereka termakan kacang parang atau menggunakan ubat gegat pada pakaian. Bahan-bahan ini patut dijauhi.

Ibu-ibu yang menyusu bayi yang kekurangan enzim G6PD digalakkan meneruskan penyusuan tetapi mereka perlu mengelakkan bahan-bahan/ubat-ubat seperti di Rajah 1 agar tidak termasuk di dalam susu ibu.

Jangkitan kuman juga boleh menyebabkan hemolisis berlaku.

Pastikan anda memaklumkan doktor anda sekiranya anda/anak anda mempunyai kekurangan enzim G6PD untuk memastikan ubat yang diterima selamat untuk anda dan tidak akan menyebabkan hemolisis berlebihan.


Makanan dan herba yang perlu dielakkan

Makanan dan herba yang perlu dielakkan
Ubat yang boleh diberi dalam dos terapeutik
  • Kacang parang (fava beans)
  • Ubat China
    • Chuen Lin
    • San Chi
    • 13 herbs
    • 12 herbs
  • Ubat tradisi lain (dapatkan nasihat doktor)
Bahan lain yang mesti dielakkan
  • Ubat gegat (moth balls)
  • Ubat nyamuk yang mengandungi pyrethium
Ubat yang mesti dielakkan
  • Acetanilide
  • Doxorubicin
  • Furazolidene
  • Methylene Blue
  • Nalidixic acid
  • Niridazole
  • Nitrofurantoin
  • Phenozopyridine
  • Primaquine
  • Sulfamethoxazole
  • Bactrim
  • Paracetamol
  • Ascorbic acid
  • Aspirin
  • Chloramphenicol
  • Chloroquine
  • Colchicine
  • Diphenhydramine
  • Isoniazid
  • Phenacetin
  • Phenylbutazone
  • Phenytoin
  • Probenecid
  • Procainamide
  • Pyrimethamine
  • Quinidine
  • Streptomycin
  • Sulfisoxazole
  • Trimethoprim
  • Tripelennamine
  • Vitamin K
  • Mefloquine

My Real Story : GLA Complex

Assalamualaikum dan selamat tengahari.. Sambil-sambil tunggu waktu Zohor ni nak story sket pasal GLA ni..

Kenapa saya suka GLA??? 



After bersalin Haziq period jadi tak tentu hala sampaikan ambil masa yang sangat lama.. So decide ambil GLA untuk stabilkan balik hormon dan betulkan balik period yang dah tak menentu..

After 2 bulan consume period dah mula stabil.. Bulan pertama lambat period.. Cuak jugak takut pregnant ke sebab GLA ni vitamin kesuburan jugak kan.. Bulan kedua dan seterusnya period dah mula okay dan datang on time..

Alhamdulillah semuanya kuasa dari Allah kan.. GLA ni hanya membantu memulihkan apa yang tak betul.. Bukan setakat untuk kesuburan je tapi banyak khasiat lain antaranya untuk kulit.. Sebab dalam GLA ni pun ada Vitamin E jugak..

Selain tu, GLA jugak membantu saya pregnant untuk anak kedua ni.. Kalo sebelum ni ambil masa tiga tahun lebih nak tunggu pregnantkan Haziq.. Ramai yang mengalami masalah sukar mendapatkan anak kedua kan.. Mula-mula dulu memang ada terdetik macam mana kalo nak dapat yang no 2 pun kene tunggu lama.. Tapi Alhamdulillah mungkin GLA ni banyak membantu saya..

So kalo nak try bole ambil GLA ni.. Saya mencadangkan GLA ni bukan suka-suka tapi saya sendiri dah rasa.. Saya sendiri jatuh cinta dengan GLA ni.. Tapi sekarang ni stop dulu sebab tengah pregnant kan.. Nanti lepas bersalin In Shaa Allah saya akan sambung balik GLA ni..


Untuk Info & Order:

Norhafizah Abd Halim
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 881731
Email: purplepipery@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 019 659 1541

Saturday, May 31, 2014

Sharing is Caring - Testimoni penggunaan Kolagen Shaklee..

Assalamualaikum dan dan salam sejahtera semua.. Selamat berhujung minggu diucapkan kepada semua pengunjung blog Miracle Of Haziq.. Syukur Alhamdulillah pagi ni masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas dan bersama dengan keluarga tersayang.. Hargailah keluarga anda sebaiknya sementara diberi peluang ni.. 

Okay kali ni saya nak share beberapa testimoni pengguna yang telah menggunakan Kolagen Shaklee.. Kesemua mereka ternyata amat berpuas hati dengan Kolagen Shaklee ni.. Memandangkan tak lama lagi dah nak puasa dan raya kan so apa kata kite buat persiapan awal.. Dijemput untuk semua pengunjung cuci-cuci mata sambil tengok testimoni yang saya sertakan ni ya..







Untuk Info & Order:

Norhafizah Abd Halim
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 881731
Email: purplepipery@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 019 659 1541

Wednesday, May 28, 2014

Sharing is Caring - Testimoni Hamil,Pantang,Menyusu anak ke-3

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Kali ni nak share testimoni dari kawan sendiri.. Geng Shaklee jugak.. Pengalaman kawan saya ni iaitu Puan Ieda yang menggunakan Shaklee sejak pregnant, hinggalah ke berpantang dan seterusnya menyusukan baby yang ketiga.. Jom kita sama-sama tengok pengalaman kawan saya ni..

Assalamuaikum semua
Harini nak share my own testimonial consuming Shaklee sepanjang tempoh hamil,berpantang & menyusu anak yg ke3..

Asalnya consuming Full set Hamil Shaklee.. tapi dapat pula bonus lain rezekii hehe

Sepanjang tempoh hamil Eyda memang konsisten consume Set Hamil Shaklee.Ini yang Eyda ambil :

-Vitalea
-Bcomplex
-Vita c SR
-ESP
-Ostematrix
-Omega Guard (Bulan ke5 Hamil)


Alhamdulillah sangat2 best consume Set Kehamilan ni..apa yang best?

-Rasa Bertenaga
-Sembelit memang langsung xde..Lawas je
-Berat tak naik mendadak
-Hb alhamdulillah ok(sekali je drop) tp lepastu dah ok balik.
-Kaki xcramp malam2


After dah bersalin (23/4/2014) Eyda teruskan lagi pengambilan supplement2 di atas..cuma add on :

-Zinc Complex(terus ambil after bersalin)
-Alfalfa complex (Hari ke7 pantang start ambil)
-Lecithin (Hari ke15 pantang)


Yang ni part paling BEST! Pantang tapi tak rasa macam berpantang.

-Sejurus after bersalin eyda ambil Esp + Ostematrix nak kasi hilang lenguh2 badan + tambah tenaga(memang berkesan)
-Luka cepat sembuh(hari ke7 pantang nurse datang cek luka dah kering)
-BABY GEBU + PUTIH(Sampaikan nurse & doctor pun tegur)
-Susu badan banyak
-Baby langsung xkena jaundis
-Badan rasa segar
-Takde sakit urat
-Rahim cepat mengecut(bidan yang cakap masa datang urut)
-langsung tak sembelit (lawas sokmo)
-Cergas sokmo sebab rasa sihat tak macam lepas bersalin


+ dapat bonus lain Ramai yang tegur kulit muka nampak cerah + flawless (saya memang jenis xsuke makeup..memang natural face gituje :)) Mule2 tak caya orang cakap sampailah che suami tegur 2,3hari lepas cakap nampak lain muka

Alhamdulillah..rezki Allah beri pada saya masa mengandungkan ank ke3 ini dapat consume Shaklee..Now memang ternyata Shaklee memang BERKESAN

Tq Allah Tq Shaklee

Baby Shaklee Puan Eyda

Okay tu dia pengalaman Puan Eyda.. Saya sendiri pun tak sabar nak tunggu baby Shaklee saya pulak keluar.. Macam mana la agaknya rupa baby Shaklee saya ni.. Ramai cakap kalo ambil Shaklee masa preggy baby putih dan gebu.. Haziq dulu pun putih dan gebu jugak.. Tapi masa tu belum kenal pun lagi dengan Shaklee ni.. Adakah baby kali ni akan lebih putih dan gebu dari Haziq??? Jeng jeng jeng.. Sama-sama kita tunggu kemunculan baby Shaklee saya nanti..hihi


Untuk Info & Order:

Norhafizah Abd Halim
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 881731
Email: purplepipery@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 019 659 1541

My Real Story : Bercuti di Sunway Lagoon..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. :) :) :)

Lama sangat rasa tak update blog ni kan.. Almaklum la hari tu balik Seremban pastu pergi Bandar Sunway sebab ada Family Day anjuran tempat kerja suami.. So bila dah bercuti camtu memang takde harapan la nak update blog.. Nak2 pulak kat hotel tempat kitorng duduk tu xde wifi.. Lepas tu bila dah balik rumah nak kene hadap baju kotor yang tersangatlah banyaknya..hihi.. So hari ni baru betul2 rasa free nak ngadap laptop..

Malas nak panjang2 cerita enty kali ni sebenarnya saya nak share pengalaman semasa bercuti hari tu.. Aktiviti tu actually start Sabtu malam.. Tapi hari Jumaat kitorang dah gerak ke Seremban sebab planning belah siang tu nak g berjalan.. Mula-mula plan nak pergi GM Klang pastu abang tukar plan ajak pergi IOI Mall pulak.. So berjalan lakitorang dalam mall tu sampai ke tengahari.. Dalam pukul 3 petang baru keluar dari IOI Mall tu sebab bilik boleh check in pukul 3 petang..

Dalam pukul 3.30 petang sampai la kat hotel sebelah Sunway Pyramid tu.. Tak ingat apa nama hotel tu tapi memang hotel tu betul2 duduk sebelah Sunway Pyramid.. Naik bilik duk rehat-rehat jap lepas tu semayang lepas tu turun bawah g Sunway Pyramid pulak.. Besar jugak Sunway Pyramid ni.. Kalo tau besar dan best memang terus datang jalan-jalan kat Sunway je.. Lepas jalan-jalan siket-siket naik atas balik, tukar baju untuk dinner pulak..

Banyak betul makanan dan yang paling best banyak betul saya makan.. Tak pernah rasa makan banyak macam tu.. Risau gak takut nanti pergi check up naik berat melampau-lampau pulak kan.. Tapi bila pikir xpela kan lepas ni masa dalam pantang nanti kita telan Lecithn banyak-banyak supaya bole slim melim balik..hihi.. Dinner habis lebih kurang pukul 11 malam sebab nak tunggu acara cabutan bertuah tapi kitorang tak berapa nak bertuah malam tu.. So naik bilik dengan tangan kosong je la..

Kami berempat..

Esok pagi nya baru acara kemuncak.. Lepas breakfast terus bole masuk kat Sunway Lagoon.. Haziq lah yang paling excited sebab dapat main air.. Saya hanya menjadi pemerhati dan tukang jaga barang..hihi.. Haziq main air bersungguh-sungguh sampai orang ajak naik pun tak nak.. Bila dah lapar baru la dia nak naik.. Lepastu bagi minum air dan belikan fries kat Burger King.. Lepas makan fries pergi ambil makanan tengahri pulak.. Tak lalu lagi nak makan sebab perut dah kenyang minum air..


Nampak tak betapa excitednya Haziq




Lepas ambil makanan tu Haziq ajak turun lagi main air.. Siap ajak ayahnya pergi tempat dalam tu yang tak tahan.. Dah la dengan tak pakai pelampungnya.. Bila air beralun kene kat muka cuak pulak..hihi.. Kelakar betul tengok tapi itulah Haziq.. Selalu suka buat benda yang diluar jangkaan kita.. Masa tengok-tengok Haziq main air tu ada orang tanya.. Dah berapa bulan pregnant? Bila bagitau dah 8bulan orang tu terkejut sebab tengok saya masih lagi kuat berdiri dan berjalan-jalan.. Alhamdulillah mungkin tu penangan sebab saya consume Shaklee dari start pregnant lagi..

Lepas tu abang mintak tolong tengok dan jagakan Haziq sebab dia nak pergi main benda-benda extreme.. Benda yang dia nak sangat main, ape lagi kalo bukan Vuvuzela tu.. Yelah alang-alang dah dapat tiket free kan baik main apa yang ada.. Nak beli tiket sendiri memang takde la kot.. Lama jugak dia tinggalkan saya dengan Haziq.. Haziq pulak siap tarik-tarik tangan ajak pergi kat tempat main air.. Puas pujuk dan cakap tunggu ayah tapi dia nak jugak pergi main air tu.. Pujuk punya pujuk lst2 Haziq mintak menyusu.. Agaknya badan dah letih dan nak tido..

Menyusukan la Haziq macam biasa.. Tiba-tiba member yang duduk kat sebelah tanya " Menyusu lagi? ".. Saya pun mengiyakan.. Member tu tanya " Ada susu lagi eh.. Berapa bulan dah pregnant eh? " ( Sambil buat muka terkejut + pelik ).. Saya jawab ada dan dah 8 bulan.. Member tu jugak bagitau yang masa sebulan pregnant susu dia dah kering dan nasib baik dia memang dah bagi anak dia susu botol.. Dia pun tengah pregnant anak yang kedua.. Member tu tanya lagi umur Haziq dan saya jawab 2 tahun 3 bulan.. Muka bertambah pelik sebab masih lagi menyusukan Haziq.. Masa tu nak je cakap yang saya amalkan Shaklee tapi dah dia tak tanya kan.. Saya diamkan ajelah.. Kalo dia berminat nak tahu mesti dia akan tanya lagi..

Lepas main air, makan nasik yang pergi ambik tadi.. Lepas makan nasik tukar baju sebab nak pergi berjlan kat tempat kering pulak.. Mula-mula pergi kat empat binatang.. Haziq sangat excited sebab tak pernah bawak dia pergi tengok haiwan-haiwan ni.. Lepas habis berjalan kat tempat haiwan, pergi pulak ke tempat-tempat lain.. Kalo tak silap ada 5 park semuanya.. Dan alhamdulillah saya berjaya jejak semua park tu.. Tapi kebanyakan benda saya tak boleh pun nak main sebab pregnant.. Cuma jambatan gantung je tak sempat nak naik sebab masa tu dah pukul 5 petang dan hari pun dah gelap macam nak hujan..

Dalam pukul 5.30 petang tu kitorang keluar dari Sunway Lagoon tu.. Elok-elok nak keluar hujan turun dengan selebat-lebatnya.. Nasib baik masa tu dah sampai kat tempat nak keluar.. Lepas tu terus gerak ke Bangi sebab nak pekena Nasi Dagang buatan mak mertua.. Masa dalam kereta sempat cakap dengan abang.. " Kalo la tak amalkan Shaklee rasa-rasanya tengari tadi dah collapes.. Tengahari tadi lagi memang dah ajak balik agaknya.." Syukur sangat-sangat sebab dipertemukan dengan Shaklee.. Saya sendiri dah rasa dan saya memang amat berpuas hati dengan produk Shaklee ni..

Mesti korang semua tertanya-tanya apa yang saya amalkan kan??? Saya ambil Set Lengkap Kehamilan.. Memang dari start preggy lagi dah ambil Set ni dan ternyata ianya teramatlah memuaskan hati saya.. Kepada korang-korang semua yang tengah preggy tu saya cadangkan try la amalkan Shaklee ni sebab saya bukan cakap saja-saja je tau tapi saya cakap ni melalui pengalaman saya sendiri.. Kalo korng berminat boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut ya.. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk singgah ke blog saya ni..


Untuk Info & Order:

Norhafizah Abd Halim
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 881731
Email: purplepipery@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 019 659 1541


 

Tuesday, May 20, 2014

My Real Story.. 32 weeks..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Syukur Alhamdulillah kerana saya masih lagi diberi peluang untuk bernafas dan diberi peluang untuk updaate blog saya yang comel ni..hihi.. Entry kali ni saya nak story dan share sikit tentang kejadian masa pergi check up semalam..

Sedar tak sedar kandungan saya dah pun masuk 32 minggu.. Rasa macam baru sangat pregnant.. Sedar-sedar dah 32 minggu dah rupanya.. Maknannya tinggal lebih kurang beberapa minggu saja lagi baby dalam perut ni nak keluar.. Tak sabar pun ada, Cuak pun ada.. Walaupun dah ada pengalaman tapi pengalaman yang lepas mungkin tak sama dengan apa yang bakal saya lalui untuk 2nd pregnancy ni kan..

Cerita semalam masa pergi check up.. Minggu ni terpaksa pergi klinik sebelh malam sebab hujung minggu ni ada program Family Day anjuran syarikat tempat suami bekerja.. So macam mana pun kene pergi jugak alam minggu ni.. Mula-mula planning nak pergi Hospital Colombia, Seremban tapi bila call nak buat appoinment, dah full la pulak.. So kita buat check up kat sini je la dulu ya..

Macam biasa la rutin waktu check up timbang berat dan juga test urin kan.. Bila dah buat tu sume, baru tunggu giliran untuk doc panggil.. Tunggu punya tunggu akhirnya nombor kitorang dipanggil.. Bila dah masuk tu macam biasa tak sabar nak tunggu doc scan sebab nak tengok perkembangan baby dan berapa berat baby dah sekarang ni..

Syukur berat baby dah nak masuk 2kg.. Doc cakap baby akan cepat membesar bila dah masuk 9 bulan.. Doc target berat baby kali ni akan lebih 3kg sebab berat Haziq masa lahir dulu pun 2.9kg.. Hampir-hampir nak ke 3kg jugak.. Tapi sebab Haziq tak sabar nak keluar awal, tu yang berat tak sampai 3kg.. Masa scan tu nampak kaki baby macam panjang je.. Rasa baby kali ni mungkin sama macam Haziq jugak.. Tinggi..

After scan tu baru duduk balik sebelah doc dan bincang apa-apa masalah yang saya hadapi.. Alhamdulillah setakat ni takde apa-apa masalah yang saya hadapi.. Mase doc ngah tulis2 dalam buku doc ada tanye soalan..

Doc : Ade cramp2 kaki??
Me : Takde.. Setakat ni memang xpernah g kene cramp kaki..
Doc : Yela awak telan OsteMatrix 4 biji sehari kan..
Me : Haah..


Lepas tu doc bagi tarikh tuk next appointment..

Doc : Kita jumpa semula 10 Jun nanti.. Saya nak ambil darah awak nak cek hb.. Awak amik Vitalea kan.. Kite tengok camne hb awak..

Doc pun tau vitamin2 Shaklee for pregnant mom.. Terbaik la.. Yang paling best doc siap cakap good & suruh teruskan.

Alhamdulillah doc pun tahu yang Shaklee ni bagus untuk diamalkan.. In Shaa Allah saya akan amalkan Shaklee sehingga bersalin, berpantang dan seterusnya untuk menyusukan baby saya ni.. Yang paling penting saya tak sabar nak tunggu baby Shaklee saya ni keluar.. Baby kali ni memang 100% saya amalkan Shaklee sahaja.. Diharap baby akan keluar dengan selamat dan sihat..

Bagi anda yang sedang pregnant dan mencari vitamin semulajadi boleh dapatkan consultancy daripada saya.. Consultancy adalah percuma ya.. Saya akan consult anda tentang cara pemakanan dan vitamin-vitamin apa yang perlu anda ambil.. 


Untuk Info & Order:

Norhafizah Abd Halim
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 881731
Email: purplepipery@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 019 659 1541

Sunday, May 18, 2014

Rawat Gastrik dengan Supplement Shaklee..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :).. Salam hujung minggu ya..

Jika entry saya yang sebelum ni adalah berkaitan dengan gastrik, jadi entry saya pada kali ini adalah cadangan supplement Shaklee untuk masalah Gastrik ni.. Mungkin ada di antara anda yang tidak mahu terlalu bergantung kepada ubat-ubatan kan.. Maka jika anda mencari rawatan gastrik secara semulajadi, saya boleh cadangkan beberapa supplement Shaklee untuk membantu anda mengurangkan masalah gastrik anda..

Antara supplement Shaklee yang boleh merawat masalah gastrik ini adalah :


1) Energizing Soy Protein - ESP

ESP merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya yang merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan didalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung didalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat hakisan oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.

Selain ESP, terdapat juga supplement lain yang boleh anda ambil untuk menyelesaikan masalah gastrik ni.. Supplement lain yang saya maksudkan adalah OsteMatrix dan Peppermint Ginger Plus.. Jom kita tengok bagaimana dua supplement ini dapat membantu menyelesaikan masalah gastrik ni..


2) OsteMatrix

Pesakit gastrik digalakkan untuk mengambil kalsium kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid di dalam perut..



3) Peppermint Ginger Plus

Peppermint Ginger Plus ini mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa nyaman dan melegakan ketidakselesaan yang dialami perut..




Di sini, saya juga ingin sertakan beberapa testimoni pengguna yang telah menggunakan Cadangan Supplement Gastrik ini..

Testimoni



Jadi, sekiranya anda mengalami masalah gastrik dan memerlukan ubat-ubatan apa salahnya jika kita mencuba cara & alternatif lain untuk merawat penyakit gastrik ni.. Tidak salah mencuba kerana apa yang penting adalah kita berusaha mencari cara untuk merawat, yang selebihnya biar Dia yang menentukan .. 


Untuk Info & Order:

Norhafizah Abd Halim
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 881731
Email: purplepipery@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 019 659 1541

Saturday, May 17, 2014

Info Penyakit : Gastrik..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Topik yang saya nak bincangkan pada kali ini adalah berkenaan dengan gastrik.. Gastrik boleh menyerang kepada sesiapa sahaja lebih-lebih lagi mereka yang mengamalkan cara pemakanan yang tidak teratur.. Sebelum saya meneruskan dengan lebih lanjut mari kita sama-sama kenali apa itu gastrik sebenarnya..

Menurut Pakar Perunding Umum Pembedahan Laparoskopi, Dr. Mohd. Faisal Jabar, gastrik adalah masalah sangat lazim dan dibahagikan kepada dua jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).

"Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).

"Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH1 hingga pH2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terhakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik,"

Tambah Dr. Mohd. Faisal, pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah).

Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

"Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.

Secara umumnya, tanda gastrik mudah dikesan kerana gastrik menyebabkan ketidakselesaan pada perut.

"Antara tanda utama adalah sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen), senak, berangin atau pedih, tidak selesa, kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan, rasa mual (loya) dan muntah, hilang selera makan dan berat badan turun (pada peringkat teruk)," katanya.

Tambah Dr. Mohd Faisal, pada peringkat gastrik kronik, pesakit boleh mengalami ulser perut yang menyebabkan pendarahan dan boleh dilihat dalam dua bentuk iaitu najis menjadi hitam seperti tar serta muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi.


Punca punca Gastrik :

Ada beberapa pemakanan dan minuman yang boleh menyebabkan atau merangsang penghasilan jus usus untuk dirembeskan dengan banyak. Jus itu melebihi jumlah makanan yang perlu dicerna menyebabkan jus ini menghakis dinding lapisan dalam perut.

Dr. Mohd Faisal menjelaskan, makanan mengandungi kafein seperti kopi, minuman berkarbonat, makanan pedas, berlemak, kari dan minuman keras antara stimulus untuk jus usus dirembeskan dengan banyak.

"Asap rokok sama ada perokok atau perokok pasif dan stres boleh juga menjadi penyebab selain ubat tahan sakit. Adalah amat penting untuk merawat gastrik ini ketika masih di peringkat awal," ujarnya.

Siapa berisiko :

Gastrik adalah masalah sangat lazim dan boleh berlaku pada sesiapa saja. Secara umumnya lebih ramai lelaki mengalami masalah ini dengan nisbah 1.5 hingga dua kali ganda berbanding wanita. Kebiasaannya individu-individu berikut berisiko menghidap gastrik.
  1. Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)
  2. Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)
  3. Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa melalui dua cara iaitu :
  • Bakteria H pilori menghasilkan enzim urase yang memecah atau menguraikan urea kepada ammonia. Ammonia ini bahan toksik yang boleh menjejaskan lapisan mukosa. Kehadiran banyak ammonia melemahkan lapisan pertahanan yang menyebabkan asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan mengakibatkan keradangan
  • Bakteria H pilori mempunyai bentuk berpilin (berlingkar). Jadi ia boleh membuat lubang pada lapisan mukosa (seperti lubang cacing) yang akhirnya melemahkan lapisan pertahanan ini

    4. Individu yang banyak mengalami tekanan atau stres sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau           mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik.

Rawatan :

Lazimnya, boleh dikawal dengan ubat gastrik terutama ubat yang boleh mengurangkan rembesan jus usus selain ubat yang boleh meneutralkan jus usus yang sedia ada dalam perut.

Masalahnya, ramai pesakit yang salah anggap kerana tidak mengambil ubat tetapi menggantikannya dengan makanan.

Pesakit seperti ini menganggap apabila mereka tiba-tiba diserang gastrik, mereka perlu makan. Seharusnya, mereka mendapatkan rawatan termasuk pengambilan ubat gastrik seperti yang disarankan oleh pakar.

Oleh itu, Dr. Mohd. Faisal menasihatkan, jika simptom terutamanya sakit menjadi teruk atau muntah semakin kerap, adalah lebih baik jika rawatan lanjut diberikan di wad kecemasan dan seterusnya dirujuk kepada pakar.

"Beberapa ujian pemeriksaan perlu dijalankan seperti OGDS atau endoskopi. Prosedur ini dilakukan dengan memasukkan satu kamera kecil melalui mulut dan melalui kamera itu dinding usus dapat diperhatikan dengan jelas dan mengenal pasti berapa banyak kawasan yang terjejas," ujarnya.



Okay, itu antara serba sedikit info mengenai penyakit Gastrik ni.. Selepas ni saya akan share supplement apa yang boleh membantu merawat masalah gastrik ni.. Jika ada umur yang panjang kita akan berjumpa pada entry saya lain ya..

Friday, May 16, 2014

SHARING IS CARING - TESTIMONI MEAL SHAKES & OMEGA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. :) :) :)

Entry kali ni nak share testimoni Meal Shakes & Omega Shaklee.. 

" Aisy stop menyusu badan dalam umur 1y and half... Lepas tu die kerap sangat demam, batuk & selsema... kadang-kadang sampai muntah2 teruk. Masa menyusu badan dulu ada jugak demam tapi xderla teruk sangat and jarang2. Ni sampai berkali2 pulak dlm sebulan... Ibu mane yang tak risau? Saya ada bagi Aisy meal shakes tp x konsisten. Omega guard pun same tapi bile die dah kena amik darah bagai sebab demam berpanjang x elok2 lepas p klinik, so saya mula bg die mealshakes campur dlm susu die. If batuk sy campur Omegaguard dlm susunya jugak ~ sbb susah nak handle die sorang kalau bg terus. Alhamdulillah nampak perubahan yang ketara dengan die.

1) selera makan die bertambah! Sebelum ni die akan geleng kepala kalau kite tanya die nak makan ke tidak apatah lg disuap tapi sekarang kalau nampak KFC @ kedai makan je mesti sebut 'dash' maknanya nasik. Adakalanya makan berulang2. Syukur Alhamdulillah...

2) Die tak lagi kerap demam macam selalu. Kalau demam pun alhamdulillah taklah seteruk dulu & tak sekerap dulu. Macam semalam die demam, lemah tak bermaya je.. makan pun jadi tak selera. Terus tambahkan mealshake dlm susu & bagi die... Pagi tadi tengok die bangun awal and kembali aktif macam biasa walaupun selsema x hilang lg ~ dulu pandai mintak vitamin c chewablenye sendiri skg xmo pulak die...
" PUAN F

Photo: SHARING IS CARING - TESTIMONI MEAL SHAKES & OMEGA
======================================

" Aisy stop menyusu badan dalam umur 1y and half... Lepas tu die kerap sangat demam, batuk & selsema... kadang-kadang sampai muntah2 teruk. Masa menyusu badan dulu ada jugak demam tapi xderla teruk sangat and jarang2. Ni sampai berkali2 pulak dlm sebulan... Ibu mane yang tak risau? Saya ada bagi Aisy meal shakes tp x konsisten. Omega guard pun same tapi bile die dah kena amik darah bagai sebab demam berpanjang x elok2 lepas p klinik, so saya mula bg die mealshakes campur dlm susu die. If batuk sy campur Omegaguard dlm susunya jugak ~ sbb susah nak handle die sorang kalau bg terus. Alhamdulillah nampak perubahan yang ketara dengan die.

1) selera makan die bertambah! Sebelum ni die akan geleng kepala kalau kite tanya die nak makan ke tidak apatah lg disuap tapi sekarang kalau nampak KFC @ kedai makan je mesti sebut 'dash' maknanya nasik. Adakalanya makan berulang2. Syukur Alhamdulillah...

2) Die tak lagi kerap demam macam selalu. Kalau demam pun alhamdulillah taklah seteruk dulu & tak sekerap dulu. Macam semalam die demam, lemah tak bermaya je.. makan pun jadi tak selera. Terus tambahkan mealshake dlm susu & bagi die... Pagi tadi tengok die bangun awal and kembali aktif macam biasa walaupun selsema x hilang lg ~ dulu pandai mintak vitamin c chewablenye sendiri skg xmo pulak die... " PUAN F

Dapatkan MealShakes daripada kami sempena bulan promo ni.. Harga sebotol RM 113.75 sahaja.. Kalau nak lagi jimat bulan ni beli 6 botol terus dan dapat extra 1 botol.. Dapatkan harga yang lebih murah sekiranya anda mendaftar sebagai ahli.. 

================================

Sharing From Your SID,
Norhafizah Abd Halim 
019-6591541

================================

Alhamdulillah dengan izin Allah Meal Shakes & Omega Guard dari Shaklee telah mengurangkan masalah yang dihadapi oleh Puan F ni.. Kita hanya berusaha, selebihnya kita serahkan pada yang Maha Kuasa..

Dapatkan MealShakes daripada kami sempena bulan promo ni.. Harga sebotol RM 113.75 sahaja.. Kalau nak lagi jimat bulan ni beli 6 botol terus dan dapat extra 1 botol.. Dapatkan harga yang lebih murah sekiranya anda mendaftar sebagai ahli..


Untuk Info & Order:

Norhafizah Abd Halim
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 881731
Email: purplepipery@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 019 659 1541

SHARING IS CARING - TESTIMONI MEAL SHAKES

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Diharap anda semua sihat dan sentiasa mendapat kebahagiaan dari yang Maha Esa..

 Bulan May sudah pun sampai ke pertengahan bulan ya.. Seperti mana yang kita ketahui, bulan May ni merupakan promo untuk Meal Shakes kan.. So entry saya pada bulan ini akan dipenuhi dengan testimoni dari customer-customer yang rata-ratanya amat berpuas hati dengan produk Shaklee ni.. Jom kita tengok testimoni daripada Puan Maziah yang memberikan anaknya Meal Shakes ni..



" 1st time nak share testimoni anak saya. Berusia 4 tahun, sangat memilih makanan dan kurang makan. Pendek kata x suka makan lah senang. Hanya harapkan khasiat dari susu sahaja.. Apa yang saya nampak kuku dia x sihat, keras dan pecah2..
Sejak sebulan yang lalu saya campurkan meal shakes ke dlm susu dia hope dapatlah tampung kekurangan nutrient ke atas badan dia dan tingkatkan selera makan.

Setelah sebulan saya lihat tumbuh kuku baru yang sihat. Kuku yang x sihat telah ditolak keluar dan gambar ni hasilnya.. Kalau kawan perasan nmpk x kuku yang pecah di permukaan dan juga ada benjolan hasil kuku lama yang x sihat.. syukur sgt2.. Alhamdulillah.. Selera mkn dia pun dah makin bertambah. dia boleh habiskan 4 keping roti gardenia sekali harung.. "
- PUAN MAZIAH ISMAIL



Okay, itulah antara luahan hati dari Puan Maziah yang berpuas hati setelah memberikan anakandanya Meal Shakes.. Alhamdulillah Meal Shakes banyak membantu Puan Maziah kan.. Kita bileh lihat kuku anakanda Puan Maziah dah kembali normal..

Dapatkan MealShakes daripada kami sempena bulan promo ni.. Harga sebotol RM 113.75 sahaja.. Kalau nak lagi jimat bulan ni beli 6 botol terus dan dapat extra 1 botol.. Dapatkan harga yang lebih murah sekiranya anda mendaftar sebagai ahli..


Untuk Info & Order:

Norhafizah Abd Halim
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 881731
Email: purplepipery@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 019 659 1541

Wednesday, May 14, 2014

My Real Story : Perbezaan antara 1st & 2nd..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :) :) :).. Harap anda semua sihat la hendaknya.. Saya hari ni agak kurang sihat sebab selsema.. Selsema sebab berjangkit dengan anak.. Bukannya anak yang berjangkit dengan kita..hihi.. Okay entry saya pada hari ni berkaitan dengan diri saya sendiri..

Satu-satunya gambar nampak perut yang saya ada..

Kalau tengok pada tajuk " Perbezaan antara 1st & 2nd ".. Apa dia 1st & 2nd ni kan.. hihi.. Okay sebenarnya hari ni nak story la pengalaman saya pregnant sulung dan pregnant kedua ni.. Banyak sangat pengalaman dan perbezaan yang saya rasa sebelum ni dan juga sekarang ni..

Sedar xsedar kandungan saya dah pun masuk 31 minggu.. Rasa macam baru sangat pregnant tapi dah masuk 3rd trimester dah.. Maknanya tinggal beberapa minggu saja lagi baby dalam perut ni nak keluar kan.. Sekarang banyak kali cakap dengan baby nak dia keluar 7 Julai sebab bagi mama dia puasa dulu dalam seminggu.. Kalo tak nanti jenuh nak mengganti..

Okay tak nak celoteh panjang lebar sangat, so saya nak cerita la pengalaman pregnant dulu dan sekarang.. Memang pregnant kali ni banyak sangat perbezaan yang saya rasa.. Bukan sedikit tau tapi banyak.. Saya ringkaskan saja la ya..

1st Pregnant :

  • Alahan yang teruk - banyak muntah2 masa 1st trimester
  • Selalu cramp kaki waktu malam - walaupun dah letak kaki atas bantal still kene cramp kaki
  • Selalu sakit gusi - lebih2 lagi waktu malam
  • Selalu rasa ngilu kat gigi
  • Gosok gigi mesti berdarah
  • Selalu sakit belakang dan lenguh2 badan
  • Sangat tak aktif dan malas nak buat kerja rumah
  • Sembelit dan hampir2 nak jadi buasir
  • HB tak berapa cantik - around 10 - 11
  • Berat badan tak berapa maintain - pernah dapat pen kaler merah :)
  • Tak berapa boleh nak banyak bejalan - baru berjalan sket dah nak kene duduk berehat pastu baru sambung balik
  • Susah nak tido waktu malam - tido tak berapa lena


2nd Pregnant :

  • Kurang alahan- setakat loya2 je 
  • Tiada lagi cramp kaki - tak pernah langsung cramp kaki
  • Tiada masalah sakit gusi
  • Tiada rasa ngilu pada gigi
  • Tiada darah semasa memberus gigi
  • Tiada masalah sakit belakang - lenguh2 biasa tu ada tapi bangun esok pagi tu mesti hilang rasa lenguh
  • Sangat aktif - boleh uruskan keja rumah sambil jaga Haziq yang sangat lasak & aktif
  • Tiada masalah sembelit malah proses pembuangan lebih lawas dan lancar
  • HB maintain dan cantik - bacaan HB around 12 - 13
  • Berat badan maintain - tidak naik secara mendadak dan tak pernah dapat pen warna merah
  • Masih mampu menyusukan Haziq walaupun tengah pregnant
  • Boleh berjalan macam orang biasa - pernah pusing satu ekspo baby kat KLCC tanpa rasa lenguh2 kaki dan belakang
  • Boleh tido malam dan sangat lena

Okay itu antara pengalaman dan perbezaan yang saya rasa semasa pregnant.. Mesti semua tertanya-tanya kenapa saya boleh rasa perbezaan tu semua.. Ramai yang mungkin dah tahu apa rahsia saya tetapi mungkin ada juga yang masih tidah mengetahui rahsia saya ni..hihi..

Haa bagi yang belum tahu tu, pregnant kali ni memang saya amalkan Shaklee 100%.. Kalo pergi check up pun memang saya awal-awal dah bagitahu doc yang saya amalkan Shaklee.. Doc pun siap cakap good.. Alhamdulillah setakat ni memang tiada masalah pregnant kali ni.. Kalo pregnant dulu setiap kali jumpa doc macam-macam yang saya tanya doc..


Seperti dalam gambar yang saya letak ni, itu adalah antara vitamin yang saya amalkan.. In shaa Allah berpantang kali ni pun saya akan amalkan Shaklee jugak.. Yang berpantang tu nanti saya akan update pada entry yang lain ya.. Untuk dalaman saya memang dah bercadang untuk ambil Shaklee 100%.. No jamu2..

Sekian untuk kali ini ya.. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk baca dan tatap entry saya ni.. In shaa Allah banyak lagi info menarik yang akan share pada anda semua..


Untuk Info & Order:

Norhafizah Abd Halim
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 881731
Email: purplepipery@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 019 659 1541

Tuesday, May 13, 2014

Resipi Donut Meal Shakes..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Entry saya kali ni adalah berkenaan dengan resipi donut yang ditambah dengan Meal Shakes.. Bagi ibu-ibu yang gemar memasak untuk anak-anak pasti teruja bila nampak resipi ni kan.. Tiada apa yang lebih bahagia bagi seorang ibu apabila dapat menghasilkan makanan daripada tangannya sendiri..

Jom kita tengok apa agaknya bahan-bahan yang diperlukan serta bagaimana cara penyediaannya..

Bahan-bahan :
  • 500gram tepung gandum, kalau guna tepung high Protein pun boleh
  • 2 sudu majerin <--cda guna daisy, rasanya lebih lemak
  • 1 sudu teh garam (larutkan dengan sedikit air suam)
  • 3 sudu MEAL SHAKES
  • 3 sudu gula pasir.
  • 11gram mauripan (1 bungkus)
  • sedikit air sejuk yang disimpan dalam peti ais (guna apabila adunan belum lembut)
  • 10sudu gula halus (jika tiada gunakan saja gula kasar n lumatkan menggunakan lesung) 

Cara Menyediakan:
  • Kembangkan mauripan guna 1 cawan air suam. Biarkan. 
  • Masukkan Tepung ke dalam magkuk dan buat bulatan di tengah-tengah tepung dan masukkan gula, susu dan majerin. Adun mesra kesemua bahan.
  • Tuang mauripan kedalam adunan. Uli kesemuanya hingga menjadi doh. Masukkan garam yang sudah dilarutkan dalam air suam.
  • Uli adunan sehingga doh lembut, jika belum lembut masukkan air simpanan dalam peti ais dan uli
  • Setelah Adunan doh yang siap diuli, ratakan doh menggunakan penggelek & Terus terap pada acuan.
  • 5 minit kemudian donut akan berkembang dengan jaya. Masa ini korang dah boleh panaskan api kuali, gunakan minyak yang banyak supaya dan gunakan api yang perlahan.

Tips dari saya :
  • Gunakan api yang sederhana supaya donut masak sehingga bahagian dalam.
  • Gunakan minyak yang banyak supaya donut anda tenggelam
  • Taburkan Gula halus semasa donut panas supaya gula lebih melekat
  • Kalau nak frozenkan donut, cukuplah hanya matikan yis dengan memasak donut sekejap sahaja.

Selamat mencuba.. Mudah - mudahaan usaha kecil kita untuk membuat sarapan yang sihat untuk anak-anak & suami berhasil... :)

Buat yang belum memiliki Meal shakes yang serbaguna ni, boleh dapatkan sekarang..


Untuk Info & Order:

Norhafizah Abd Halim
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 881731
Email: purplepipery@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 019 659 1541

Kenapa kita memerlukan Meal Shakes???

TAHUKAH ANDA???
========================

Kenapa Meal Shakes Shaklee?

* Meal Shakes Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan harian. 
* Ia juga diperbuat daripada bahan semulajadi seperti buah-buahan, sayur sayuran, kacang soya, lactalbumin dan lain-lain.
* Meal Shakes juga pilihan bijak bagi anda yang mencari sarapan pagi yang penuh berkhasiat. Ia menyediakan nutrisi lengkap dan menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat yang diperlukan.
* Ia juga mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.

Apa itu lactalbumin?

* Ia adalah protein yang dihasilkan oleh 8 kumpulan protein. Lactalbumin adalah protein premier dalam susu ibu. Turut hadir dalam protein ini adalah kuantiti besar asid amino cysteine . Kompaun ini berfungsi untuk membantu meningkatkan sistem imun. Asid amino ini diperlukan dalam badan, tetapi badan tidak boleh menghasilkan sendiri.
* Kelebihan lactalbumin ini membantu kanak-kanak yang kurang selera makan dan menambah seleranya serta seterusnya meningkatkan berat dan perkembangan normal anak anda.

Sumber : SGL

Monday, May 12, 2014

Saya Sayang Mak Saya..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. :) :) :)

Memandangkan semalam merupakan Hari Ibu maka kali ni saya nak bercerita la tentang ibu saya atau mak ikut pada panggilan kami adik beradik la.. Mak mesti bangga ni kalo dapat baca anaknya masukkan cerita beliau dalam blog..

Saya rasa bangga sangat sebab dikurniakan seorang mak yang sangat-sangat penyayang.. Mak saya ni memang rajin sangat masak.. Bukan setakat rajin je tapi mak memang minat sangat masak memasak ni.. Sekarang mak tengah belajar buat kuih raya..

Apa yang buat saya rasa bangga sangat dengan mak saya ni adalah kerana mak saya ni walaupun nak keluar berjalan dia akan pastikan dia masak dulu lauk untuk anak-anak nak makan kat rumah.. Dah siap masak semua baru mak akan keluar.. Kalo boleh mak memang tak nak anak-anak dia kelaparan time dia tiada di rumah..

Selain tu, kalo saya balik rumah mak dan kemudian nak balik semula ke rumah kitorang mak akan pastikan kitorang balik dengan bekal.. Memang tak penah la mak biarkan kitorang balik tanpa sebarang bekalan daripada dia.. Tu yang buat saya rasa bangga sangat dikurniakan seorang mak camni.. Saya pun sentiasa berazam untuk jadi seorang ibu macam mak..

Terima kasih sesangat mak atas segala penat dan lelah mak selama mak membesarkan orang.. Orang sayang sangat-sangat kat mak tau.. SELAMAT HARI IBU MAK!!!

Thursday, May 8, 2014

My Real Story - OsteMatrix

Assalamualaikum dan salam Jumaat semua.. Apa khabar anda semua??? Harap sihat dan ceria hendaknya.. 

Entry kali ni nak share pasal OsteMatrix lagi.. Walaupun promo OsteMatrix ni dah pun berlalu tapi entah kenapa masih terigau-igau dan terbayang-bayang OsteMatrix ni..


Okay sebelum tu saya nak bagitahu la yang saya sekarang sedang pregnant anak yang kedua.. Mungkin ada yang dah tahu tapi mungkin juga ada yang belum mengetahui berita ni..hihi.. Bukan apa nak highlight la kan pregnant kali ni memang saya consume Set Lengkap Kehamilan Shaklee.. Seperti yang kita tahu salah satu vitamin yang terkandung dalam set ni adalah OsteMatrix kan..

Okay tak nak membebel panjang lebar sangat so saya nak cerita la pengalaman saya tentang OsteMatrix ni.. Minggu lepas saya dan suami balik bercuti ke Kelantan.. Masa tu cuti Hari Buruh.. Tujuan balik Kelantan sebab raya ni memang tak boleh balik dah.. Dalam pantang masa tu..

Nak dijadikan cerita masa balik Kelantan tu ada la dalam 3 hari tak membuang pagi.. Saya ni memang jenis kalo berjalan memang payah sikit nak membuang ni.. Tak tahu la kenapa tapi memang camtu.. Mungkin sebab tak biasa nak guna toilet lain selain toilet rumah sendiri..

Mula-mula tu memang dah risau dah takut lagi lama tak membuang nanti boleh jadi sembelit.. Almaklum lah kan masalah utama yang dihadapi oleh orang pregnant ni adalah masalah sembelit.. Teringat dulu masa pregnant Haziq memang tu salah satu masalah yang buat saya rasa betul-betul tak suka.. Kadang-kadang tu menangs dalm toilet..

Masuk hari Sabtu dah mula rasa sakit perut tapi macam takut je nak pergi toilet.. Makin lama ditahan makin memulas-mulas pulak rasa perut.. So nak tak nak pegi jugak la masuk toilet kan.. Syukur Alhamdulillah walaupun dah masuk 3 hari tak membuang saya dapat membuang macam biasa.. Langsung tak sakit dan tak sembelit.. Lega sangat lah rasa masa tu.. Nasib baik lawas..

Bila dah balik rumah sendiri pembuangan saya dah back to normal.. Masa hari pertama tu la satu hari sampai 2 kali masuk toilet sebab nak membuang.. Agaknya sebab dah banyak sangat benda yang nak dibuang.. Ye la masa kat Kelantan hari tu asyik makan je keje kitorang.. Macam-macam makanan dah masuk dalam perut so banyaklah benda yang nak disingkirkan..

Tu lah pengalaman saya sendiri pasal OsteMatrix ni.. Selain tu, walaupun jauh berjalan dan banyak tempat saya berjalan tapi Alhamdulillah saya still cergas.. Macam bukan orang yang sedang pregnant.. Sepanjang berada di Kelantan memang asyik berjalan je kitorang.. Memang xlekat kat rumah.. Syukur dan happy sangat sebab dipertemukan dengan Shaklee ni.. Kadang-kadang tu rasa cam menyesal pulak kenapa dari dulu tak kenal dengan Shaklee ni.. 

Tu je lah setakat ni yang saya nak share.. Lepas ni banyak lagi yang saya akan share pada anda semua.. Berdosa sangat rasanya kalo saya tak share apa yang saya dah rasa sejak consume Shaklee ni.. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk baca apa yang saya share ni..


Untuk Info & Order:

Norhafizah Abd Halim
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 881731
Email: purplepipery@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 019 659 1541