Monday, May 12, 2014

Saya Sayang Mak Saya..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. :) :) :)

Memandangkan semalam merupakan Hari Ibu maka kali ni saya nak bercerita la tentang ibu saya atau mak ikut pada panggilan kami adik beradik la.. Mak mesti bangga ni kalo dapat baca anaknya masukkan cerita beliau dalam blog..

Saya rasa bangga sangat sebab dikurniakan seorang mak yang sangat-sangat penyayang.. Mak saya ni memang rajin sangat masak.. Bukan setakat rajin je tapi mak memang minat sangat masak memasak ni.. Sekarang mak tengah belajar buat kuih raya..

Apa yang buat saya rasa bangga sangat dengan mak saya ni adalah kerana mak saya ni walaupun nak keluar berjalan dia akan pastikan dia masak dulu lauk untuk anak-anak nak makan kat rumah.. Dah siap masak semua baru mak akan keluar.. Kalo boleh mak memang tak nak anak-anak dia kelaparan time dia tiada di rumah..

Selain tu, kalo saya balik rumah mak dan kemudian nak balik semula ke rumah kitorang mak akan pastikan kitorang balik dengan bekal.. Memang tak penah la mak biarkan kitorang balik tanpa sebarang bekalan daripada dia.. Tu yang buat saya rasa bangga sangat dikurniakan seorang mak camni.. Saya pun sentiasa berazam untuk jadi seorang ibu macam mak..

Terima kasih sesangat mak atas segala penat dan lelah mak selama mak membesarkan orang.. Orang sayang sangat-sangat kat mak tau.. SELAMAT HARI IBU MAK!!!

No comments:

Post a Comment