Friday, April 25, 2014

Vitamin yang TIDAK BOLEH diambli oleh Ibu Hamil..

Assalamualaikum dan salam Jumaat semua.. :) :) :)

Entry kali ni saya nak share dengan anda semua tentang Vitamin yang TIDAK BOLEH di ambil oleh Ibu Hamil.. Seperti mana yang kita tahu, Shaklee merupakan vitamin or supplement kan, namn untuk memastikan anda dan kandungan anda sentiasa selamat dan sihat, maka nda hendaklah alert tentang beberapa vitamin yang tidak sesuai di ambil semasa anda hamil.. Jika anda hendak ambil vitamin tersebut, anda kenalah bersabar sehingga anda selamat melahirkan bayi yang anda kandung.. :) :)

Sila elakkan diri anda daripada mengambil vitamin-vitamin seperti di bawah:


  • Alfalfa Complex
  • DTX Complex
  • Collagen Powder
  • Carotomax
  • Garlic Complex
  • Herblax
  • Vitamin E Complex
  • GLA Complex
  • Vivix
  • Cinch 
*Pengecualian untuk teruskan pengambilan hanya jika anda mendapat saranan doktor.

Okay sekarang kita tengok kenapa ibu hamil tak boleh ambil vitamin-vitamin yang saya dah senaraikan tadi.. Cinch tidak boleh di ambil kerana ia sangat rendah kalori dan mungkin menjejaskan nutrisi yang diperlukan bayi.. Vit E, vivix, GLA dan Carotomax tidak digalakkan diambil di awal kandungan kerana dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran kerana vitamin-vitamin ini merupakan vitamin yang mempunyai tahap antioksidan yang tinggi.. 

Alfalfa yang boleh merangsang pengecutan rahim anda. Biasanya pada awal kehamilan, antibodi si ibu menurun bagi memberi laluan untuk janin membesar dalam rahim ibunya. Pengambilan vitamin yang tinggi antioksida akan membantu meningkatkan sistem imun si ibu, seterusnya tubuh ibu akan melihat janin tadi sebagai “bendasing” yang perlu disingkir keluar lalu boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.

Thursday, April 24, 2014

Pengalaman saya bersama Shaklee..

Assalamualaikum dan salam Jumaat semua.. :) :) :)

Apa khabar korang semua?? Harap sihat-siaht hendaknya.. Dan semoga hari Jumaat yang penuh barakah ni kita lalui dengan tenang dan gembira.. Dan yang paling penting semoga hari ini lebih baik dari semalam ya..

Okay, ingat lagi tak entry saya tentang macam mana saya boleh terjebak dengan Shaklee ni.. Kalo tak ingat jom tengok sini.. So kali ni saya nak share la pulak macam mana pengalaman dan apa yang saya rasa sejak consume Shaklee ni..

Mula-mula dulu memang ambil Shaklee ni semata-mata untuk Haziq.. Nak banyakkan susu dan dalam masa yang sama nak bagi khasiat sepenuhnya pada Haziq.. Sebab saya memang tahu yang kadang-kadang makanan yang saya ambil tidak memenuhi keperluan nutrient yang sepatutnya.. Ye la pengalaman anak pertama ni orang kata lain dari orang yang dah ramai anak kan.. Masa tu belum mahir nak menguruskan masa.. Masa nak handle anak, masa nak urus suami, nak urus rumah, nak masak, nak itu, nak ini, macam-macam lagi lah..

So, minggu pertama consume Shaklee tu memang dah rasa lain dah.. Perkara pertama yang saya rasa badan lebih bertenaga dan cergas.. Kalo kita penat dan lesu mesti emosi agak terganggu kan.. So bila emosi terganggu mula la nak marah-marah tak tentu pasal.. Bila dah marah sedikit sebanyak akan mengganggu penghasilan susu badan.. Apa yang menyebabkan saya rasa lebih bertenaga??

Saya ambil set untuk ibu menyusu yang basic.. Dalam set menyusu yang basic ni ada Vita-Lea, B Complex, Vitamin C dan Alfalfa.. Vita-Lea dan B Comlex ni banyak membantu dalam untuk memberi tenaga dan mampu menangani stress especially B Complex la kan.. So sejak saya amalkan vitamin-vitamin ni saya dah boleh uruskan segala-galanya dengan lebih bertenaga..

Jika nak dibandingkan sebelum ambil Shaklee dengan selepas memang banyak sangat la perbezaan yang saya rasa.. Teringat masa pergi hospital jumpa Dr Intan selepas sebulan lahirkan Haziq.. Doktor cakap saya nampak sangat pucat.. Doktor cakap " awak dah stop ambil vitamin masa pregnant dulu ke? Walaupun dah bersalin vitamin tu tetap kena ambil".. Masa tu memang tak tahu pun yang kene teruskan vitamin tu semua.. Ingatkan masa pregnant je kene ambil vitamin tu semua..

So memang kadang-kadang je makan vitamin hospital tu sebab dah tak lalu rasa nak telan ubat hospital tu.. Mana nak makan jamu lagi kan.. Memang terus terang cakap la ubat tu memang makan sambil lewa je.. Bila rasa nak makan baru makan.. Kalo tak memang takkan makan la ubat tu..hihi.. So memang badan selalu rasa tak bermaya je la.. Nak buat kerja rumah pun malas nya rasa..

Tapiiii Alhamdulillah lepas consume Shaklee memang tak rasa la semua tu.. Badan lebih bertenaga dan yang paling best boleh menyusukan Haziq macam biasa.. Selalu rasa membengkak menandakan susu bertambah banyak dari sebelum consume Shaklee.. Yang paling amazing sekali boleh buat stok lagi.. Ingatkan stok susu tu nak bagi Haziq time berjalan kat mall ke kan tapi dia xbrapa suke susu perah tu.. Lebih suka yang fresh.. So susu perh tu buat makanan dia je la.. Campur dalam puri..

Masa puasa pun takde pape masalah.. Boleh menyusukan Haziq macam biasa.. Badan pun bertenaga walaupun puasa dan menyusukan Haziq.. Alhamdulillah.. Dengar orang cakap kalo puasa kebanyakan tak larat sebab penat dan rasa tak bermaya.. nak- nak kalo menyuskan anak kan.. Macam saya cakap la saya boleh puasa macam biasa dan puasa saya penuh bulan tu.. Tak payah nak ganti-ganti pun.. Syukur sangat..

Syukurrr sangat sebab dipertemukan dengan Shaklee ni.. Selain dari set menyusu tu ada lagi vitamin lain yang saya ambil.. Dan sekarang ni bukan saya sahaja yang consume Shaklee ni tapi suami dan anak saya Haziq pun sama-sama consume Shaklee.. Pendek kata kami sekeluarga pengguna tegar Shaklee.. Nak tahu apa vitamin yang suami san anak saya ambil?? tu nanti kita sambung pada entry yang lain pulak ya..

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk singgah dan baca entry saya ni.. Semoga kita berjumpa lagi.. Wasalam..

14 "KEMULIAAN" WANITA MUSLIMAH YANG SEDANG HAMIL’ :





1. Apabila seorang perempuan mengandung dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

2. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin atau melahirkan, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang berjihad di jalan Allah SWT.

3. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, hilanglah dosa²nya seperti keadaan ia baru dilahirkan.

4. Apabila telah lahir anaknya lalu disusuinya, maka bagi ibu itu setiap setegukan dari pada susunya diberi 1 kebajikan.

5. Apabila semalaman si ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT
memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama
Allah SWT.

6. Rakaat shalat wanita yang sedang hamil adalah lebih baik dari pada 80 rakaat shalat wanita yang
tidak hamil.

7. Wanita yang memberi minum air susu (ASI) kepada anaknya dari dirinya sendiri akan mendapat 1 pahala pada tiap² tetes susu yang diberikannya.

8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah SWT seluruh dosanya dan bila ia menghibur hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.

9. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus berpuasa pada siang hari.

10. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus beribadah pada malam hari.

11. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun shalat dan puasa, serta setiap kesakitan
pada 1 uratnya Allah SWT mengkurniakan 1 pahala haji.

12. Sekiranya wanita mati di masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.

13. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2,5 tahun), maka malaikat² dilangit akan
kabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.

14. Jika wanita memberi susu dirinya pada anaknya yang menangis, Allah SWT akan memberi
pahala 1 tahun shalat dan berpuasa.

► Subhanallah...

► Betapa mulianya "status" wanita hamil, tentunya dengan jalan kehamilan yang diridhai oleh Allah
SWT, bukan dengan cara/jalan kehamilan yang tidak di sukai-Nya....

Credit to: AKU DAN HATIKU

Wednesday, April 23, 2014

Macam mana boleh terjebak dengan Shaklee..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :) :) :) ...

Apa khabar anda semua hari ni?? Harap-harap sentiasa dalam keadaan sihat dan sentiasa berada di bawah lindungan Dari-Nya.. Okay lah entry saya kali ni lain sket dari yang lain sebab saya nak share pengalaman saya bersama Shaklee.. Macam mana saya boleh terjebak dengan Shaklee ni..

Kisahnya bermula masa bulan Julai 2012.. Masa tu umur anakanda tercinta saya 5 bulan.. Alkisahnya masa tu bawak la Haziq ni pergi klinik pakar kanak-kanak.. Masa tu Haziq tak sakit pun tapi bawak pergi klinik sebab nak cucuk imunisasi 5 bulan.. Masa pergi klinik tu doktor cakap berat Haziq sangat tak menepati berat yang sepatutnya..

Doktor tu siap suruh saya topup susu formula supaya berat Haziq naik lagi.. Doktor tu pun cakap kemungkinan susu saya tak banyak.. Saya syok-syok sendiri anggap susu saya banyak.. Sebab tu berat Haziq naik agak slow.. Saya memang dah tekad tak nak bagi Haziq susu formula.. Memang nak fully breastfeed Haziq..

Masa doktor cakap tu tuhan saja yang tahu macam mana sedihnya perasaan saya masa tu.. Dalam diam saya menangis sebab duk memikir betul ke susu saya tak cukup.. Semasa dalam kereta saya tanya suami saya patut ke bagi Haziq susu formula.. Suami saya cakap kalau boleh breastfeed je tak payah bagi susu formula..

Sampai je kat rumah saya terus ambil pam dan perah susu saya.. bile perah tu banyak gak susu yang saya dapat.. Saya tak puas hati malam tu try pam lagi dan memang susu saya banyak.. Saya pun terkilan jugak sebab kebanyakan baby yang fully breastfeed ni montel-montel badannya tapi tidak pada Haziq.. So saya try mintak kawan saya no tel pakar laktasi yang dia kenal..

Bila berborak tu kawan laktasi tu cakap ada je baby yang fully breastfeed badan tak montel.. Ikut pada keturunan.. Saya rasa apa yang dia cakap tu betul juga sebab saya masa baby pun bukan jenis montel.. Mungkin Haziq ikut macam saya masa saya baby dulu.. Borak punya borak rupanya kawan laktasi nai jual Shaklee..

Sebelum tu memang ada dengar-dengar dah kawan-kawan duk cerita pasal Shaklee tapi saya tak ambil port sangat.. Yela ingatkan benda biasa-biasa je.. So saya try la tanya kawan laktasi tu tentang Shaklee.. Dia cakap boleh kalo nak try.. Sebab mungkin badan saya kekurangan nutrient, sebab tu Haziq tak montel.. Masa tu kalo ikutkan hati memang nak amik set lengkap tu tapi belum mampu sebab saya pun bukannya bekerja.. Harap duit suami la kalo nak beli pun..

Suami pun cakap beli yang basic je dulu.. Masa tu ingat lagi.. Dulu-dulu set menyusu tu dikenali sebagai set B.. Dalam set B ada Vita-Lea, B Complex, Vitamin C dan Alfalfa.. OsteMatrix tak ambil pun sebab masa tu ambil kalsium yang saya beli di farmasi.. ESP suami saya cakap tunggu gaji bulan depan.. So saya pun just ambil Set B tu je dulu.. Kalo bukan sebab Haziq rasanya tak terfikir dan terdetik langsung hati nak ambil Shaklee ni.. Tapi bila memikirkan sebab anak, so saya try je ambil..

So start daripada situ la saya mula mengenali Shaklee dan pada masa yang sama terjatuh hati pada produk Shaklee ni.. Ye la kan bila ambil vitamin tu rasa berbeza la bebanding dengan sebelum saya ambil Shaklee ni.. Mula-mula tu rasa berat hati gak nak keluarkan duit dalam RM 2++ untuk beli vitamin kan.. Takut tak serasi ke apa ke.. Tapi Alhamdulillah ternyata Shaklee telah banyak merubah gaya hidup saya terutama sekali tahap kesihatan yang semakin meningkat..

Saya rasa tu je dulu buat masa ni.. Lepas ni saya akan sambung cerita apa perbezaan yang saya rasa setelah consume Shaklee ni.. Soo Tungguuuu..

Wednesday, April 16, 2014

Kenali Shaklee..

Shaklee Corporation


Shaklee Corporation merupakan sebuah syarikat nutrisi semulajadi No. 1 di Amerika Syarikat dan menjadi sejarah kebanggaan selama lebih 50 tahun sebagai peneraju dalam sejarah kesihatan dan isu-isu alam sekitar. Dr Forrest C SHAKLEE memulakan syarikat dengan komitmen terhadap produk bagi meningkatkan kesihatan tanpa mencemarkan alam sekitar dengan mengasaskan syarikatnya pada 1956. Kategori produk syarikatnya terdiri daripada suplemen, produk pembersihan rumah, udara dan air penuras serta produk kecantikan dan penjagaan kulit yang menggabungkan keaslian dan sains yang terbaik.

Selama lebih 50 tahun, Shaklee telah menjadi pembekal terunggul dari segi mutu produk, nutrisi dan produk penjagaan peribadi yang tulen, produk keperluan rumah yang mesra alam dan sistem rawatan air serta udara yang terkini. Jenama Shaklee sinonim dengan kualiti yang tinggi dan kemujaraban, mewakili satu daripada jenama terkenal dalam pemakanan tambahan dan industri-industri jualan langsung. Pelanggan dan pengedar setia telah memberi sokongan padu terhadap syarikat selama lebih 50 tahun lepas. Dengan satu portfolio produk yang kukuh, di samping lebih 48 paten dan bakal paten di seluruh dunia, Shaklee beroperasi di Kanada, Jepun, Malaysia, Mexico, China dan Amerika Syarikat dan mempunyai lebih 700,000 orang ahli di seluruh dunia. Produk Shaklee mencerminkan komitmen syarikat bagi kualiti tertinggi, perkhidmatan dan kepuasan pelanggan, disokong oleh satu jaminan iaitu Jaminan 100% Shaklee.

Shaklee mempunyai sejarah pengawasan alam sekitar dan aktivisme yang hebat. Shaklee telah aktif dalam bidang isu pemanasan global semenjak 1986 apabila syarikat itu membiayai satu projek penyelidikan terhadap Artik dengan penjelajah Will Steger untuk mengukur kesan pemanasan global pada puncak ais serta ekspidisi penyelidikan pada 1989 dan 1996 untuk mengukur pecutan meleburkan puncak ais. Komitmen kukuhnya yang berterusan bagi isu pemanasan global, maka dalam tahun 1989 Shaklee membantu Yayasan Sir Edmund Hillary’s American Himalayan menanam sebanyak satu juta pokok di Nepal. Pada tahun 2000 pula Shaklee telah mengambil langkah-langkah bagi mengimbangi pengeluaran CO², dengan objektif mempunyai impak bersih sifar pada pemanasan global. Hasilnya Shaklee menjadi syarikat pertama di Amerika Syarikat yang diiktiraf Climate Neutral™ dengan melabur dalam projek pengurangan bahan api fosil dalam merancang pengurangan jumlah CO² yang dihasilkan oleh syarikat. Pada tahun 2002 Shaklee menerima U.S. EPA’s International Climate Protection Award serta Environmental Stewardship International Award daripada Social Accountability International dalam menerajui isu pemanasan global.

Isu alam sekitar amat dititikberatkan terutama dalam pengeluaran produk keperluan rumah syarikat. Pada tahun 1960 Shaklee membangun dan memperkenalkan Pencuci Organik Pekat Basic-H®, satu daripada produk keperluan kebersihan rumah yang pertama. Pada tahun 2004, sebagai tanda Hari Bumi 2005, Shaklee menderma dari hasil jualan Basic-H kepada Green Belt Movement, iaitu sebuah akar umbi organisasi bukan kerajaan yang diasaskan pada 1977 oleh Prof. Wangari Maathai, Nobel Peace Prize Laureate 2004, yang telah bekerja dalam penjagaan alam sekitar dan pembangunan masyarakat di Kenya selama lebih 25 tahun.

Sebagai penghormatan untuk ulangtahun Shaklee yang ke-50, pada Hari Bumi 2006 Shaklee telah melancarkan kempen persekitaran sejagatnya bagi menangani isu pemanasan global - Satu Juta Pokok. Satu juta Impian™. Kecemerlangan dalam Nobel Peace Laureate Prof Wangari Maathai dan Green Belt Movement, Pengedar Shaklee merentasi Amerika Utara telah mengadakan upacara menanam pokok terancang dalam komuniti-komuniti tempatan mereka dengan menanam satu juta pokok bagi membantu menimbulkan kesedaran pemanasan global dan mengimbangi pengeluaran CO². Sebagai sebahagian daripada kempen, Shaklee menderma $100,000 untuk Pergerakan Kawasan Hijau untuk menanam satu juta pokok di Kenya.

Keistimewaan Shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Entry kali ni nak cerita tentang keistimewaan Shaklee ni.. Jom kita tengok apa keistimewaan dan kelebihan Shaklee itu sendiri..

Falsafah Produk Shaklee


Selama lebih 50 tahun, generasi demi generasi telah bergantung pada Shaklee kerana telah membuat sesuatu yang berbeza dari yang lain iaitu mencipta produk yang SELAMAT dan terbukti BERKESAN.

Misi kami di Shaklee ialah memberikan kehidupan yang lebih baik dan sihat kepada sesiapa sahaja. Kami membantu dengan cara mengeluarkan produk-produk kesihatan yang terunggul dan anda akan rugi sekiranya tidak berkongsi dengan rakan-rakan mengenainya. Setiap produk yang kami keluarkan telah direka cipta untuk memperbaiki taraf kesihatan tanpa kompromi dan tidak merosakkan alam sekitar.

Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI.

Sumber : Shaklee.com.my

Okay itu antara falsafah produk Shaklee kan.. Entry selepas ni saya akan terangkan tentang tiga perkara yang ada disebut di atas.. Tiga perkara yang Shaklee yakinkan pada customer bahawa produk Shaklee sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI..

Sains Shaklee

Shaklee telah melaburkan lebih daripada USD250 juta dalam pembangunan produk yang lengkap, penyelidikan dan percubaan-percubaan klinikal
Setiap tahun lebih kurang 83,000 ujian makmal dan kualiti dijalankan ke atas produk nutrisi dan bahan-bahannya sahaja.




Peneraju dalam produk kesihatan dan pemakanan sejak 1956, Shaklee terus kekal menjadi juara secara saintifik disokong oleh produk terpilih berbanding perubahan yang berisiko.

Shaklee telah melaburkan lebih daripada USD250 juta dalam penyelidikan dan pembangunan produk yang lengkap , dan percubaan-percubaan klinikal. Setiap tahun, kira-kira 83,000 ujian makmal dan ujian-ujian jaminan kualiti dilaksanakan terhadap produk nutrien dan bahan-bahan sahaja!

Produk-produk Shaklee merupakan hasil satu proses mendalam bagi kajian saintifik dan penilaian penyedlidikan pihak ketiga dan juga kajian klinikal bebas oleh kumpulan Pakar Sains Kesihatan kami. Shaklee juga merujuk kepada Lembaga Penasihat Saintifik, satu kumpulan kebangsaan yang merupakan ahli sains yang diiktiraf oleh peneraju dalam Institusi akademi dan perubatan.

Setiap hasil yang dikeluarkan perlu menjalani taraf kecemerlangan. Setiap produk mesti memberikan dos bahan-bahan yang tepat berdasarkan kajian klinikal. Setiap produk juga perlu dihasilkan oleh bahan-bahan yang tulen dan diformulasi untuk menghasilkan produk yang konsisten.

Shaklee menggabungkan bahan sumber alam dan aplikasi sains terbaik dan tidak menggunakan jalan pintas.

Sumber : Shaklee.com.my

Falsafah Shaklee

Dr. Forrest C Shaklee, tidak kurang seperti kebanyakan individu lain yang mempunyai matlamat dalam mencorak kehidupan masyarakat, turut mempunyai keyakinan, kegharirahan dan falsafahnya yang tersendiri.

Dr Shaklee menyedari kehebatan gabungan sains dan alam semula jadi yang mampu menjadi penawar terbaik. Namun, beliau akur yang jika alam semesta tidak dijaga dengan baik akan menimbulkan isu pemanasan global dan terbiodegradasi sebelum ianya dilaung-laungkan lagi.

Daripada prinsip ini, Dr. Shaklee telah mencipta produk pemakanan semula jadi dan pencuci yang terbaik hasil daripada proses gabungan ciptaan sains dan alam semula jadi yang mana ia menjadi asas terbentuknya sebuah syarikat yang berasaskan Mencipta Kehidupan yang Lebih Baik.

Ianya juga merupakan salah satu sebab mengapa Shaklee dipasarkan melalui cara begini. Puluhan ribu rakyat berbilang umur dan daripada segenap lapisan masyarakat di seluruh pelusuk dunia bergabung membentuk satu komuniti yang hebat untuk memasarkan produk kesihatan tersebut secara langsung. Mereka adalah insan yang mempunyai visi dan kecekalan untuk membina kehidupan yang lebih baik untuk diri mereka serta insan lain dan mereka jugalah yang telah mencipta pertubuhan dermawan seperti Shaklee Cares.

Kini, generasi baru telahpun menemui dan mengenali Perbezaan Shaklee (Shaklee Difference) dan menyertai komunitinya.

Sumber : Shaklee.com.my

Kenali Shaklee..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :) :) :)

Apa khabar semua? Harap sihat hendaknya.. Alhamdulillah saya sihat dan semakin cergas.. Ceeewaahhh.. Okay entry saya kali ni adalah berkenaan dengan sejarah atau kisah Dr. Shaklee.. Siapa dia Dr. Shaklee ni?? Haa ni yang nak cerita ni.. Jom sama-sama kita tengok kisah beliau..

Kisah Dr. Shaklee


Sr Dr Forrest C Shaklee, muncul di tengah-tengah bandar Amerika,lahir pada tahun1894 di sebuah ladang di dalam Carlisle, Iowa. Beliau memberi seluruh jiwa raganya kepada negaranya, yang mana falsafahnya telah memberi inspirasi kepada jutaan kehidupan. Melalui falsafahnya dan syarikat yang diciptanya, beliau telah merubah kehidupan, kesihatan dan nasib masyarakat seluruh dunia.

Dengan menggunakan pengetahuan dalam kepentingan nutirisi dalam memcipta kesihatan yang dikutip sepanjang hayatnya, Dr. Shaklee telah mengasaskan Produk Shaklee dalam tahun 1956 dengan anak lelakinya Forrest, jr. dan Raleigh bagi mengeluarkan dan menjual pemakanan suplemen. Manakala, rancangan jualan syarikat secara kukuh berdasarkan prinsip utama dan falsafah Dr Shaklee "Thoughtsmanship."

Selepas perang dunia kedua, segala pengambilan ubat-ubatan mula tertumpu kepada penjagaan kesihatan dan bukan sahaja kepada penyembuhan yang mana tradisi tersebut kekal hingga ke hari ini. Pengiktirafan pentingnya pemakanan dalam kesihatan yang baik telah diperakui dengan jelas pada masa itu dan lebih banyak disiplin saintifik terlibat dalam pemakanan. Dalam keadaan seperti ini, banyak syarikat nutrisi kecil telah mula mengorak langkah dalam penubuhannya.

Bermula dengan penubuhan yang sederhana dalam tahun 1956, diikuti dengan pertumbuhan pesat dalam tahun 1970-an hingga ke hari ini, Ia masih kekal berlandaskan falsafah yang diasaskan oleh prinsip Dr. Shaklee iaitu Mesra dengan Alam.

Dr Shaklee mengumpul banyak pingat kepujian peribadi dalam kerjayanya, termasuk pengiktirafan khas daripada California Secretary of State. Dalam tahun 1975, dia mengundurkan diri daripada kedudukannya sebagai Presiden dan Pengerusi Lembaga Shaklee Corporation dan menerima kedudukan Pengerusi Emeritus Shaklee Corporation, satu kedudukan yang disimpan sehingga kematiannya dalam 1985 ketika berusia 91. Dalam pengiktirafan yang banyak diterimanya, nama Dr Shaklee telah banyak muncul dalam beberapa penerbitan seperti Who's Who in the West, Who's Who in America, Who's Who in the World dan the International Register of Profiles.

Hari ini, Shaklee berdiri teguh sebagai sebuah tugu wawasan, kecerdikan dan keyakinan Dr Shaklee. Melalui wawasannya beliau telah meningkatkan banyak kehidupan dan memperbaiki kesihatan ribuan masyarakat di seluruh dunia. Falsafah "Thoughtsmanship"nya amat sesuai dan berkesan sejak diterbitkan dari dahulu hingga kini. Syarikat yang berdiri teguh hari ini adalah hasil titik peluh dan satu penghormatan hidup untuk seorang pemimpin yang bervisi dengan suatu falsafah luar biasa.

Sumber : Shaklee.com.my

Thursday, April 10, 2014

Testimoni Set Kesihatan Sendi



Photo: SHARING IS CARING..
==========================================

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. :) :) :)..

Malam ni nak share sket pasal Vitamin untuk kesihatan sendi.. Actually set kesihatan sendi bukan saya yang amik tapi En suami a.k.a abang yang ambil.. Start dari tahun lepas dia dah amik set ni..

Macam mana bole start ambil ni.. Ingat lagi masa tu Shaklee buat promo AJHT.. Bila studi pasal produk AJHT ni tengok cam sesuai pulak dengan dia.. So saya pun belikan AJHT tu untuk mak dan juga abang.. 

Kenapa saya belikan diorang AJHT ni??? Sebab dorg ni ada masalah yang sama iaitu sakit belakang.. Especially abang la.. Masa sekolah lu abang pernah jatuh tangga.. So sampai la sekarang ni abang memang ada masalah sakit belakang.. Ingat lagi abang tak boleh nak buat kerja berat-berat or angkat benda berat.. Bila buat kerja berat sikit dia kene baring dulu pastu baru sambung balik buat kerja tu..

lagi satu abang ni jenis tak boleh duduk lama-lama.. Kalo duduk lama-lama contoh cam dengar ceramah ke or meeting memang dia akan cepat rasa sakit dan lenguh belakang.. kalo duduk tengok tv pun tak boleh duduk biasa.. Kena sengetkan badan, kalo tak memang dia akan lenguh dan sakit belakang..

Yang selalu jadi mangsa saya la sebab kene selalu kena urut belakang dia.. Tapi tak kisah pun sebab dah memang tanggungjawab saya kan.. Kalo urut pun memang tak hilang dan baik sakit belakang dia.. Cara dia kena tido pastu bangun esok agi bau tak rasa dah sakit belakang tu..So bila ada promo AJHT masa tu terus rembat la kan.. Rugi kalo tak rembat sebab memang harga murah dari biasa..

Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah sejak abang ambil set ni sakit belakang dia dah hilang.. Sekarang dah boleh buat kerja berat-berat sampai siap.. Xpayah dah nak kene baring2 berehat baru sambung balik.. Mula-mula tu memang saya tak perasan.. Dia pun tak cakap.. Yang saya perasan dia dah jarang mintak urutkan belakang dia..

Nak dijadikan cerita kelmarin saya minta dia angkat pasu sebab nak alihkan letak kat tempat lain.. Pasu tu memang besar dan berat sebab saya pun memang tak larat nak tolak apatah lagi angkat.. Memang kena guna tenaga lelaki la kan.. Tengok dia angkat tu cam relax je.. Pastu bila dah malam tanya tak sakit ke belakang angkat pasu tadi.. Dia cakap takde.. Saya tanya sebab selalu kalo angkat benda-benda berat  camtu mesti dah mengeluh dan mengadu sakit belakang..

Masa dia cakap dah tak sakit tu rasa syukur sangat-sangat sebab selama ni mengurut dah berapa kali dah dengan tukang urut tapi tak baik-baik pun.. So saya pun suruh dia try amik set kesihatan sendi ni.. Alhamdulillah lagi sekali sebab saya dah berjaya selesaikan masalah sakit belakang dia.. Syukur sangat-sangat sebab diperkenalkan dengan Shaklee ni.. Terima kasih Shaklee..

Sori terpanjang pulak.. Hajat nak share sikit je tapi terpanjang lebar la pulak ceritanya.. Excited sangat nak share pasal set ni.. Sebab dapat tolong selesaikan masalah orang tersayang..


SHARING IS CARING..
==========================================

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. ..

Malam ni nak share sket pasal Vitamin untuk kesihatan sendi.. Actually set kesihatan sendi bukan saya yang amik tapi En suami a.k.a abang yang ambil.. Start dari tahun lepas dia dah amik set ni..

Macam mana bole start ambil ni.. Ingat lagi masa tu Shaklee buat promo AJHT.. Bila studi pasal produk AJHT ni tengok cam sesuai pulak dengan dia.. So saya pun belikan AJHT tu untuk mak dan juga abang..

Kenapa saya belikan diorang AJHT ni??? Sebab dorg ni ada masalah yang sama iaitu sakit belakang.. Especially abang la.. Masa sekolah lu abang pernah jatuh tangga.. So sampai la sekarang ni abang memang ada masalah sakit belakang.. Ingat lagi abang tak boleh nak buat kerja berat-berat or angkat benda berat.. Bila buat kerja berat sikit dia kene baring dulu pastu baru sambung balik buat kerja tu..

lagi satu abang ni jenis tak boleh duduk lama-lama.. Kalo duduk lama-lama contoh cam dengar ceramah ke or meeting memang dia akan cepat rasa sakit dan lenguh belakang.. kalo duduk tengok tv pun tak boleh duduk biasa.. Kena sengetkan badan, kalo tak memang dia akan lenguh dan sakit belakang..

Yang selalu jadi mangsa saya la sebab kene selalu kena urut belakang dia.. Tapi tak kisah pun sebab dah memang tanggungjawab saya kan.. Kalo urut pun memang tak hilang dan baik sakit belakang dia.. Cara dia kena tido pastu bangun esok agi bau tak rasa dah sakit belakang tu..So bila ada promo AJHT masa tu terus rembat la kan.. Rugi kalo tak rembat sebab memang harga murah dari biasa..

Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah sejak abang ambil set ni sakit belakang dia dah hilang.. Sekarang dah boleh buat kerja berat-berat sampai siap.. Xpayah dah nak kene baring2 berehat baru sambung balik.. Mula-mula tu memang saya tak perasan.. Dia pun tak cakap.. Yang saya perasan dia dah jarang mintak urutkan belakang dia..

Nak dijadikan cerita kelmarin saya minta dia angkat pasu sebab nak alihkan letak kat tempat lain.. Pasu tu memang besar dan berat sebab saya pun memang tak larat nak tolak apatah lagi angkat.. Memang kena guna tenaga lelaki la kan.. Tengok dia angkat tu cam relax je.. Pastu bila dah malam tanya tak sakit ke belakang angkat pasu tadi.. Dia cakap takde.. Saya tanya sebab selalu kalo angkat benda-benda berat camtu mesti dah mengeluh dan mengadu sakit belakang..

Masa dia cakap dah tak sakit tu rasa syukur sangat-sangat sebab selama ni mengurut dah berapa kali dah dengan tukang urut tapi tak baik-baik pun.. So saya pun suruh dia try amik set kesihatan sendi ni.. Alhamdulillah lagi sekali sebab saya dah berjaya selesaikan masalah sakit belakang dia.. Syukur sangat-sangat sebab diperkenalkan dengan Shaklee ni.. Terima kasih Shaklee..

Sori terpanjang pulak.. Hajat nak share sikit je tapi terpanjang lebar la pulak ceritanya.. Excited sangat nak share pasal set ni.. Sebab dapat tolong selesaikan masalah orang tersayang..

Monday, April 7, 2014

Testimonal Ostematrix Shaklee


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Jika entry sebelum ini adalah entry berkenaan dengan khasiat OsteMatrix Shaklee.. Entry saya kali ini pula saya akan share beberapa testimonial pengguna yang telah menggunakan OsteMatrix ni.. Jom kita tengok apa pengalaman diorang selepas consume OsteMatrix Shaklee ni..

Testimoni pertama merupakan testimoni daripada mentor saya sendiri iaitu Master Nadiah Suhaidi.. Master Nadiah consume Shaklee sejak dari anak pertama beliau sehinggalah sekarang.. Yang paling best bukan Master Nadiah sahaja yang consume OsteMatix ni tapi semua ahli keluarga beliau turut consume OsteMatrix Shaklee ni..

Photo: SHARING IS CARING - TESTIMONI OSTEMATRIX
=========================================

Satu keluarga bahagia dan gembira consume OsteMatrix Shaklee.. Ternyata OsteMatrix bukan hanya untuk tulang dan gigi malah lebih dari itu.. Dari remaja hingga ke warga emas, semua boleh consume OsteMatrix Shaklee..

Dapatkan Ostematrix daripada kami sempena bulan promo ni.. Harga sebotol RM 61 sahaja.. Kalau nak lagi jimat bulan ni beli 6 botol terus dan dapat extra 1 botol.. Dengan syarat anda kena mendaftar menjadi AHLI..

=========================================

Sharing From Your SID,
Norhafizah Abd Halim 
019-6591541

=========================================


Jom kita tengok apa pengalaman beliau..

" Nad and family memang sangat sukakan Oste ni.

For me, Oste bantu Nad
-maintain susu badan
-sakit pinggang sejak remaja dah hilang!
-senang segar bila bangun pagi walaupun tak cukup tidur
-tak cramp masa pregnantkan Ziyad
-lawas
-tidur nyenyak
-sakit gigi/gusi cepat baik
-tak mudah penat walaupun tak rehat siang
-no more period pain

For husband,
-tak mudah penat
-senang bangun pagi
-tidur nyenyak
-lawas

Ummi Nad di kampung pun konsisten dengan Ostematrix
-tak mudah sakit badan
-mudah bangun pagi

Adik-adik Nad yang remaja dua orang pun konsisten jugak
-diorang nak tinggi lagi! Sebab masa remaja ni lah pengambilan kalsium sgt penting. Lepasni xleh meninggi dah."


Photo: SHARING IS CARING 
[TESTIMONI OSTEMATRIX UNTUK MASALAH SAKIT LUTUT]

=========================================

Sakit lutut beransur baik sejak consume Ostematrix.. Alhamdulillah botol pertama dah menunjukkan kesan yang positif..

Dapatkan Ostematrix daripada kami sempena bulan promo ni.. Harga sebotol RM 61 sahaja.. Kalau nak lagi jimat bulan ni beli 6 botol terus dan dapat extra 1 botol.. 

=========================================

Sharing From Your SID,
Norhafizah Abd Halim 
019-6591541

=========================================

Testimoni kedua pula merupakan testimoni daripada emak saya sendiri.. Emak saya mengalami masalah sakit lutut.. Akibat daripada sakit lutut tu mak saya tidak boleh banyak berjalan dan yang paling sedih bila mak tidak dapat melakukan solat sunat Terawih dengan penuh sebab sakit lutut yang mak alami..

So saya cadangkan pada mak untuk try OsteMatrix Shaklee ni dan alhamdulillah sakit lutut mak dah HILANG!!! Mula-mula macam tak percaya tapi itulah kenyataan nya.. Mak mula rasa perubahan sejak dari botol yang pertama lagi.. Dan alhamdulillah mak dah boleh berjalan jauh dan boleh buat solat sunat terawih macam orang lain..


Untuk Info & Order:

Norhafizah Abd Halim
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 881731
Email: purplepipery@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 019 659 1541

Sunday, April 6, 2014

Khasiat OsteMatrix..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni mood lain macam pulak rasanya.. Excited semacam je.. Tadi baru update page di FB so sekarang ni nak update blog la pulak ya.. Mungkin ramai yang dah tahu dan mungkin juga ada yang belum tahu.. Bulan April ni promo Shaklee adalah OsteMatrix.. Ostematrix adalah supplement kalsium..

Macam biasa la promo yang Shaklee akan buat adalah BELI 6 PERCUMA 1.. Haa siapa tak nak kan bile dah ada promotion sampai camtu.. So hari ni saya nak share la serba sedikit apa kelebihan dan keistimewaan OsteMatrix dari Shaklee ni..

Photo: Khasiat yang terdapat dalam Ostematrix Shaklee..

Kalsium - Kadar penyerapan dalam tubuh lebih tinggi.
Magnesium - membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang.
Vitamin D - Memaksimumkan penyerapan kalsium dalam tubuh serta membantu regulate kalsium dalam peredaran darah.


Okay antara khasiat yang terdapat dalam OsteMatrix Shaklee ni adalah :
  • Kalsium - Kadar penyerapan dalam tubuh lebih tinggi.
  • Magnesium - membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang.
  • Vitamin D - Memaksimumkan penyerapan kalsium dalam tubuh serta membantu regulate kalsium dalam peredaran darah.
So dapat lah saya simpulkan daripada gambar di atas bahawasanya OsteMatrix Shaklee BUKAN sekadar Kalsium tetapi banyak lagi khasiat yang terdapat pada setiap hidangan.. Jika anda merupakan individu yang tidak minum susu maka OsteMatrix adalah supplement yang patut anda consume untuk anda mendapatkan khasiat yang paling penting ntuk ubuh badan anda..

Selain itu, saya nak share juga perbandingan dan perbezaan antara OsteMatrix Shaklee dengan jenama lain yang terdapat di pasarann..

Photo: Perbandingan antara Ostematrix Shaklee dengan jenama lain.. Ternyata Ostematrix Shaklee bukan sekadar kalsium tetapi banyak lagi vitamin lain yang terdapat di dalam setiap tablet Ostematrix..

Apa yang paling penting ia dihasilkan daripada BAHAN SEMULAJADI dan yang paling penting ianya mudah untuk ditelan serta mudah diserap oleh tubuh badan..

Jika anda lihat pada gambar ternyata OsteMatrix Shaklee bukan sekadar kalsium tetapi banyak lagi vitamin lain yang terdapat di dalam setiap tablet Ostematrix.. Kebanyakan vitamin kalsium yang terdapat di pasaran hanya mengandungi Kalsium dan Magnesium ataupun Kalsium dan Vitamin D..

Pilihan terletak di tangan anda.. Anda lihat dan tentukan sendiri mana satu pilihan terbaik untuk diri anda.. Apa yang paling penting ia dihasilkan daripada BAHAN SEMULAJADI dan yang paling penting ianya mudah untuk ditelan serta mudah diserap oleh tubuh badan..


Untuk Info & Order:

Norhafizah Abd Halim
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 881731
Email: purplepipery@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 019 659 1541

My little hero Muhammad Haziq Haiqal..

7 April 2014..



Sedar x sedar hari ni usia Muhammad Haziq Haiqal 2 tahun 2 bulan.. Kejap betul rasa masa berlalu.. Rasa macam baru sangat2 lahirkan dia.. Alhamdulillah sepanjang 2 tahun 2 bulan ni Haziq jarang demam dan sakit.. Bersyukur sangat2 sebab Haziq sentiasa sihat dan ceria..

Kalau nak cerita Haziq ni memang aktif orangnya.. Yang paling xtahan tu kadang2 Haziq ni sangat lasak.. Tapi setakat ni alhamdulillah masih lagi boleh handle dan kawal.. Orang cakap budak aktif ni pandai sebab otak dia sentiasa berfikir..

Alhamdulillah Haziq dah boleh cakap sket2 walaupun agak pelat.. Pelat2 die pun at least dia tahu apa yang die sebut dan pastinya ia betul.. Kalo bawak naik keta die kenal dah lori dan bas.. Cuma nya yang masih xdapat tangkap bile lalu kat kedai keta die akan sebut "moin".. Yang tu je still lagi xfaham apa yang dia maksudkan sebenarnya..

Apa yang paling membuatkan kitorang bangga sekali adalah Haziq jenis cepat belajar dan cepat faham.. Kadang2 Haziq akan ikut kitorang solat.. Dah boleh buat sket2 cuma keadaan rukuk dan sujud tu la xbrapa betul lagi.. So maknanya xboleh tunjuk dan buat benda2 yang elok kat depan dia.. Sebabnya Haziq sangat suka ikut apa yang orang buat.. So segala tindakan yang agak kurang bijak perlu dielakkan..

Semoga Haziq membesar dengan lebih sihat ya.. Haziq dah makin tinggi.. Bak kata ayahnya mungkin cukup kalsium.. Alhamdulillah.. Semoga sihat dan menjadi anak yang soleh.. Mama n ayah sayang haziq sangat2 tau..

Friday, April 4, 2014

Tips Ibu Mengandung: Mengatasi Sembelit Ketika Hamil.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :) :) :)

Salam sayang untuk semua.. Hari ini saya nak berkongsi sedikit tips yang serasa saya sangat berguna untuk ibu2 dan bakal2 ibu diluar sana.. Topik kita pada kali ini ialah Mengatasi Sembelit Ketika Hamil.


Kebiasaanya, wanita mengandung mudah mengalami sembelit. Kadang-kadang jika tidak diatasi sembelit ini ia boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih parah.Kemungkinan besar wanita hamil ini boleh menyebabkan buasir.

Kenapa mudahnya terjadi sembelit bagi wanita mengandung?


Ada banyak faktor sebenarnya. Tetapi disini kita akan membincangkan 2 faktor sahaja iaitu pemakanan dan supplement.

Bagi wanita yang hamil, perlu dielakkan untuk mengambil makanan yang pedas dan makanan yang berjenis 'fast-food'. Makanan-makanan ini semua akan menyebabkan najis menjadi keras kerana dalam makanan tersebut tiada serat yang mengandungi air. Najis yang keras inilah mencetuskan sembelit buat ibu mengandung.

Selain daripada pemakanan, terdapat juga supplement yang diambil ibu mengandung boleh menyebabkan sembelit. Contoh supplement yang menyebabkan sembelit adalah ferrous fumarate. Ferrous fumarate ini sebenarnya bertindak sebagai zat besi bagi mengatasi ibu yang mengandung mengalami kekurangan sel darah merah. Namun, disebalik kebaikan yang diberikan oleh ferrous fumarate terdapat juga kesan sampingan yang tidak diingini. Dan sembelit adalah punca atau kesan daripada pengambilan ferrous fumarate ini.

Dipetik daripada Ebook Panduan Kesihatan Ibu Hamil, untuk mengatasi masalah ini adalah ibu mengandung dinasihatkan untuk meminum air paling kurang 7 gelas sehari. Selain daripada itu, ibu mengandung juga dinasihatkan untuk mengambil buah-buahan yang mengandungi serat yang banyak seperti pisang.


Bagaimana untuk mengelak daripada berlakunya sembelit??

Preventing Constipation During Pregnancy

Progesterone is produced in high levels during pregnancy. Adequate levels of this hormone are essential for the maintenance of the womb, but excess levels can slow down the process of digestion and cause stomach muscles to relax, leading to constipation. Here are some useful tips to avoid constipation when pregnant.

Increase Fluid Intake

To ensure that women don't suffer from constipation, doctors advise expecting mothers to consume 10 to 12 glasses of drinking water. Drinking 10 to 12 glasses will help in eliminating wastes from the body and aid in smooth digestion. Doctors strongly recommend the consumption of fresh vegetable and fruit juices in order to help the digestion and make bowel movements smoother.

Change in Diet

Expecting women facing digestion problems should definitely think of changing their diet but shouldn't rush into it. It is always a good option to consult a nutritionist regarding which foods to consume and which to avoid, during pregnancy. A fiber rich diet can aid in healthy digestion.

Eating Smaller Meals

Eating large quantities of food at one time is detrimental to digestive health and might further complicate the problem of constipation. A woman's appetite increases during pregnancy, but having large meals at once will only increase digestive problems. However, eating smaller meals would avoid constipation for good and help keep problems like bloating and gas at bay.

Regular Exercise

Laziness or lack of physical activity can also lead to a constipated stomach during pregnancy. Women feel fatigued when pregnant, plus there are many physical and hormonal changes that they face. Their daily activity and exercise regimen tends to be ignored. But exercise is essential during pregnancy, for both, the woman and her baby. A daily 10 minute brisk walk is advisable.

Avoiding Large Quantities of Iron

Consuming iron supplements in excess can contribute to constipation. For maintaining adequate iron levels in the body it is advised that pregnant women follow an iron rich diet. Doctors might advise iron supplements, but if artificial, should be taken in moderate quantities only. It is best to understand the iron requirement from a doctor and follow his advice.

Using Stool Softeners
Expecting mothers are advised to check with their doctors before taking any laxatives. Laxatives can flush out important nutrients from the body. However, there's no danger in using stool softeners and most gynecologists suggest so. Stool softeners are not harmful for the growing fetus, they help in easy passing of stools, thus preventing constipation.


source : http://www.buzzle.com/articles/how-to-avoid-constipation-during-pregnancy.html

Selain daripada menjaga pemakanan dan mengawasi pengambilan supplement yang betul dan tidak memudaratkan, ibu-ibu hamil yang mengalami masalah sembelit boleh berikhtiar dengan pengambilan OSTEMATRIX Shaklee.



Ostematrix sebenarnya terdapat dalam cadangan set lengkap kehamilan. Secara umumnya, Ostematrix ini dikenali sebagai kalsium. Namun menyedari permasalahan sembelit sering menghantui ibu-ibu hamil ini, Shaklee mempertingkatkan formula Ostomatrix menjadi lebih daripada sekadar kalsium.

Ostematrix Shaklee membekalkan kalsium dan pada masa yang sama bertindak sebagai pelawas untuk memudahkan ibu-ibu hamil membuang air tanpa perlu melalui rasa sembelit.

Okay lah ya.. Sekian dahulu perkongsian saya pada kali ini..

Untuk Info & Order:

Norhafizah Abd Halim
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 881731
Email: purplepipery@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 019 659 1541