Wednesday, April 16, 2014

Falsafah Shaklee

Dr. Forrest C Shaklee, tidak kurang seperti kebanyakan individu lain yang mempunyai matlamat dalam mencorak kehidupan masyarakat, turut mempunyai keyakinan, kegharirahan dan falsafahnya yang tersendiri.

Dr Shaklee menyedari kehebatan gabungan sains dan alam semula jadi yang mampu menjadi penawar terbaik. Namun, beliau akur yang jika alam semesta tidak dijaga dengan baik akan menimbulkan isu pemanasan global dan terbiodegradasi sebelum ianya dilaung-laungkan lagi.

Daripada prinsip ini, Dr. Shaklee telah mencipta produk pemakanan semula jadi dan pencuci yang terbaik hasil daripada proses gabungan ciptaan sains dan alam semula jadi yang mana ia menjadi asas terbentuknya sebuah syarikat yang berasaskan Mencipta Kehidupan yang Lebih Baik.

Ianya juga merupakan salah satu sebab mengapa Shaklee dipasarkan melalui cara begini. Puluhan ribu rakyat berbilang umur dan daripada segenap lapisan masyarakat di seluruh pelusuk dunia bergabung membentuk satu komuniti yang hebat untuk memasarkan produk kesihatan tersebut secara langsung. Mereka adalah insan yang mempunyai visi dan kecekalan untuk membina kehidupan yang lebih baik untuk diri mereka serta insan lain dan mereka jugalah yang telah mencipta pertubuhan dermawan seperti Shaklee Cares.

Kini, generasi baru telahpun menemui dan mengenali Perbezaan Shaklee (Shaklee Difference) dan menyertai komunitinya.

Sumber : Shaklee.com.my

No comments:

Post a Comment