Sunday, April 6, 2014

My little hero Muhammad Haziq Haiqal..

7 April 2014..



Sedar x sedar hari ni usia Muhammad Haziq Haiqal 2 tahun 2 bulan.. Kejap betul rasa masa berlalu.. Rasa macam baru sangat2 lahirkan dia.. Alhamdulillah sepanjang 2 tahun 2 bulan ni Haziq jarang demam dan sakit.. Bersyukur sangat2 sebab Haziq sentiasa sihat dan ceria..

Kalau nak cerita Haziq ni memang aktif orangnya.. Yang paling xtahan tu kadang2 Haziq ni sangat lasak.. Tapi setakat ni alhamdulillah masih lagi boleh handle dan kawal.. Orang cakap budak aktif ni pandai sebab otak dia sentiasa berfikir..

Alhamdulillah Haziq dah boleh cakap sket2 walaupun agak pelat.. Pelat2 die pun at least dia tahu apa yang die sebut dan pastinya ia betul.. Kalo bawak naik keta die kenal dah lori dan bas.. Cuma nya yang masih xdapat tangkap bile lalu kat kedai keta die akan sebut "moin".. Yang tu je still lagi xfaham apa yang dia maksudkan sebenarnya..

Apa yang paling membuatkan kitorang bangga sekali adalah Haziq jenis cepat belajar dan cepat faham.. Kadang2 Haziq akan ikut kitorang solat.. Dah boleh buat sket2 cuma keadaan rukuk dan sujud tu la xbrapa betul lagi.. So maknanya xboleh tunjuk dan buat benda2 yang elok kat depan dia.. Sebabnya Haziq sangat suka ikut apa yang orang buat.. So segala tindakan yang agak kurang bijak perlu dielakkan..

Semoga Haziq membesar dengan lebih sihat ya.. Haziq dah makin tinggi.. Bak kata ayahnya mungkin cukup kalsium.. Alhamdulillah.. Semoga sihat dan menjadi anak yang soleh.. Mama n ayah sayang haziq sangat2 tau..

No comments:

Post a Comment