Thursday, April 24, 2014

Pengalaman saya bersama Shaklee..

Assalamualaikum dan salam Jumaat semua.. :) :) :)

Apa khabar korang semua?? Harap sihat-siaht hendaknya.. Dan semoga hari Jumaat yang penuh barakah ni kita lalui dengan tenang dan gembira.. Dan yang paling penting semoga hari ini lebih baik dari semalam ya..

Okay, ingat lagi tak entry saya tentang macam mana saya boleh terjebak dengan Shaklee ni.. Kalo tak ingat jom tengok sini.. So kali ni saya nak share la pulak macam mana pengalaman dan apa yang saya rasa sejak consume Shaklee ni..

Mula-mula dulu memang ambil Shaklee ni semata-mata untuk Haziq.. Nak banyakkan susu dan dalam masa yang sama nak bagi khasiat sepenuhnya pada Haziq.. Sebab saya memang tahu yang kadang-kadang makanan yang saya ambil tidak memenuhi keperluan nutrient yang sepatutnya.. Ye la pengalaman anak pertama ni orang kata lain dari orang yang dah ramai anak kan.. Masa tu belum mahir nak menguruskan masa.. Masa nak handle anak, masa nak urus suami, nak urus rumah, nak masak, nak itu, nak ini, macam-macam lagi lah..

So, minggu pertama consume Shaklee tu memang dah rasa lain dah.. Perkara pertama yang saya rasa badan lebih bertenaga dan cergas.. Kalo kita penat dan lesu mesti emosi agak terganggu kan.. So bila emosi terganggu mula la nak marah-marah tak tentu pasal.. Bila dah marah sedikit sebanyak akan mengganggu penghasilan susu badan.. Apa yang menyebabkan saya rasa lebih bertenaga??

Saya ambil set untuk ibu menyusu yang basic.. Dalam set menyusu yang basic ni ada Vita-Lea, B Complex, Vitamin C dan Alfalfa.. Vita-Lea dan B Comlex ni banyak membantu dalam untuk memberi tenaga dan mampu menangani stress especially B Complex la kan.. So sejak saya amalkan vitamin-vitamin ni saya dah boleh uruskan segala-galanya dengan lebih bertenaga..

Jika nak dibandingkan sebelum ambil Shaklee dengan selepas memang banyak sangat la perbezaan yang saya rasa.. Teringat masa pergi hospital jumpa Dr Intan selepas sebulan lahirkan Haziq.. Doktor cakap saya nampak sangat pucat.. Doktor cakap " awak dah stop ambil vitamin masa pregnant dulu ke? Walaupun dah bersalin vitamin tu tetap kena ambil".. Masa tu memang tak tahu pun yang kene teruskan vitamin tu semua.. Ingatkan masa pregnant je kene ambil vitamin tu semua..

So memang kadang-kadang je makan vitamin hospital tu sebab dah tak lalu rasa nak telan ubat hospital tu.. Mana nak makan jamu lagi kan.. Memang terus terang cakap la ubat tu memang makan sambil lewa je.. Bila rasa nak makan baru makan.. Kalo tak memang takkan makan la ubat tu..hihi.. So memang badan selalu rasa tak bermaya je la.. Nak buat kerja rumah pun malas nya rasa..

Tapiiii Alhamdulillah lepas consume Shaklee memang tak rasa la semua tu.. Badan lebih bertenaga dan yang paling best boleh menyusukan Haziq macam biasa.. Selalu rasa membengkak menandakan susu bertambah banyak dari sebelum consume Shaklee.. Yang paling amazing sekali boleh buat stok lagi.. Ingatkan stok susu tu nak bagi Haziq time berjalan kat mall ke kan tapi dia xbrapa suke susu perah tu.. Lebih suka yang fresh.. So susu perh tu buat makanan dia je la.. Campur dalam puri..

Masa puasa pun takde pape masalah.. Boleh menyusukan Haziq macam biasa.. Badan pun bertenaga walaupun puasa dan menyusukan Haziq.. Alhamdulillah.. Dengar orang cakap kalo puasa kebanyakan tak larat sebab penat dan rasa tak bermaya.. nak- nak kalo menyuskan anak kan.. Macam saya cakap la saya boleh puasa macam biasa dan puasa saya penuh bulan tu.. Tak payah nak ganti-ganti pun.. Syukur sangat..

Syukurrr sangat sebab dipertemukan dengan Shaklee ni.. Selain dari set menyusu tu ada lagi vitamin lain yang saya ambil.. Dan sekarang ni bukan saya sahaja yang consume Shaklee ni tapi suami dan anak saya Haziq pun sama-sama consume Shaklee.. Pendek kata kami sekeluarga pengguna tegar Shaklee.. Nak tahu apa vitamin yang suami san anak saya ambil?? tu nanti kita sambung pada entry yang lain pulak ya..

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk singgah dan baca entry saya ni.. Semoga kita berjumpa lagi.. Wasalam..

No comments:

Post a Comment