Wednesday, April 10, 2013

Testimonial Vivix : Perokok tegar berhenti merokok..

" Salam...selamat pagi semua...nak share satu story..

Mmmm...segan dan agak malu bila ibu kita seorang perokok tegar kan...mak saya memang perokok tegar dari usia belasan tahun lagi...bukannya rokok daun..tapi rokok Dunhill... Dulu memang rasa segan dengan kawan2...dengan keluarga bakal suami..tapi tu la...bila kita nasihat...orang tua ni bukannya nak dengar...keraplah mak sakit perut yang teruk,mungkin sebab organ dalaman dia dah x berapa elok kot sebab sekarang umo dia dah 63tahun...tapi alhamdulillah...awal minggu lepas saya poskan VIVIX kat mak saya...tup tup mak call saya..jeng..jeng..jeng...dia kata ubat apa yang saya bagi dia minum tu??? saya tanya kenapa? Dia kata rokok terasa PAHIT MACAM HEMPEDU!!.dia langsung xleh hisap rokok tu....saya kata itula ubat yang saya cari selama ni untuk dia...alhamdulillah...dah seminggu dia x beli dan x sentuh langsung rokok...dia cakap selera makan dia pun makin bertambah...ramai dah yang tegur cakap dia nampak berisi..alhamdulillah,syukur pada allah..akhirnya saya jumpa supplement yang betul2 sesuai untuk ibu saya...xpela kuar duit banyak sikit pu..IBU KITA SEORANG JE...selagi dia masih ada memang nak tengok dia sihat...

P/S...ada satu lagi cerita tentang testimoni VIVIX iaitu bapa mentua yang menderita Kencing manis...pun ada perubahan yang ketara.
. "  - Izan Rizal


Untuk Info & Order:

Norhafizah Abd Halim
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 881731
Email: purplepipery@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 019 659 1541

Vivix™





Revolusi Terbaru dari Shaklee

Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.

Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Bakal dipatenkan tidak lama lagi. Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk Shaklee.

Kod Produk 10320 (150ml)


Testimonial CarotoMax : Mata semakin baik dan boleh menjahit semula..

" Syukur ke at Ilahi.... MIL dah lame mengalami masalah saraf mata.. Doctor ade cakap xleh nak wat ape dah... lame2 mata akan lebih kabur dan tidak akan nampak...akan merebak ke mata sebelah lagi...
Since saya amik Shaklee untuk milk boost.. MIL tanye, ade tak vitamin untk mata? saya xsure.. tanye2 pada kak Miera Sixtybiz... CarotoMax adalah jawapannye... last mth mase cuti x'mas jumpe MIL.. terus bg MIL...today tghari MIL call, just to inform me that die dah blh mengaji lbh lame dr seblm ni.. yg lagi wat teruja, die dah blh menjahit semula...(sbb mata jadi mcm tu byk menjahit mase muda.. tailor) syukur sgt... Harap mak terus sihat... 

I suggest any one have problem with Saraf boleh la consume CarotoMax... " - 
Puan Ezanin Binti Mohd Iqbal.


Untuk Info & Order:

Norhafizah Abd Halim
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 881731
Email: purplepipery@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 019 659 1541

CarotoMax





Terdiri daripada Enam Karotenoid Terbaik

CAROTOMAX merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap. Bahkan, anda tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan itu sahaja.

CAROTOMAX menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk:

• Memelihara kesihatan yang baik. *
• Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan pertumbuhan tisu. *
• Membantu dalam memelihara kesihatan kulit dan selaput lendir. *

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Kod Produk 10113 (30 kapsul)


Testimonial Meal Shakes: Ibu Gembira Kesihatan Anak-anak Bertambah Baik. Tidak Lagi Selalu Perlu ke Klinik


"Sangat gumbira dan puas hati dengan tahap kesihatan Nisha dan Rafiq sekarang.

Kalau dulu dalam sebulan, 2-3 kali pergi klinik. Spent RM200++ sebulan untuk kos klinik.

Ada yang cakap, "Alah, resit klinik boleh claim kat company, dapat duit." Betul lah, tapi aku lebih memilih beli benda ni untuk anak-anak kesayanganku walaupun resit Shaklee tak dapat claim semula di ofisku. Hehe :p




Gambar:
Susu: Bekalan sebungkus ni confirm takkan cukup untuk seminggu ★
Meal Shakes: Bekalan Nisha & Rafiq cukup utk 2 bln★★
Nisha & Rafiq: Bekalan Ibu & Ayah dunia akhirat." - Puan Lastri Hamdan


Sangat setuju dengan pendapat Puan Lastri. Memanglah boleh claim resit klinik tu kalau anak-anak sakit, tapi Takkan lah kita nak tengok anak selalu tidak sihat dan tidak bermaya? Mencegah adalah jauh lebih baik dari merawat. Pilihan di tangan kita sebagai ibu bapa :)


Untuk Info & Order: 

Norhafizah Abd Halim
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 881731
Email: purplepipery@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 019 659 1541

Testimonial Meal Shakes: Masalah Sembelit Anak Sudah Tiada Lagi



"Ini Qayyim. Umurnya 3 tahun Mei ini.

Before this Qayyim ada masalah sembelit. Susah sangat nak buang air besar. Setiap kali nak buang air besar, mesti menangis dan berpeluh-peluh dibuatnya. Najisnya tak payah cakaplah, berketul-ketul. Kadang-kadang ada darah. Memang kasihan.

Dah macam-macam cara cuba. Kurangkan scoop susu nya, beri makan buah, ubat masuk bontot, semua tak menjadi. Sekejap je jadi, lepastu sembelit balik. Qayyim ni memang tak suka sayur, itu salah satu punca menyebabkan dia susah nak buang air besar.

Selepas Eyda kenal dengan Shaklee ni, Eyda cuba beri Meal Shakes kat anak Eyda. Eyda masukkan 1 sudu kecil dalam susunya.

Alhamdulillah dengan izinNya, masalah sembelit tiada lagi. Buang air besar setiap hari. Berbanding sebelum ni, 3-4 hari baru buang air besar. Dan yang paling memeranjatkan Eyda, Qayyim yang sememangnya anti sayur, tiba-tiba minta nak makan sayur! Haha. Bagus bukan? Selera makan pun bertambah. Qayyim aktif, memang memerlukan tenaga yang banyak!

Sekarang Eyda sangat gembira. Tiada lagi sembelit, tiada lagi menangis-nangis ketika membuang air besar. Perut dia pun sihat! Hihi."
- Puan Eyda Sukiman

♥Anak sehat,ibu pasti bahagia!!" - Puan Eyda Sukiman

Sumber: http://mummyhealthyvitastore.blogspot.com/2013/04/tiada-lagi-masalah-sembelit.html


Alhamdulillah ada Meal Shakes, yang mengandungi multivitamin, protein dan juga fiber. Cuma 1 sudu kecil sehari. Bukan sahaja untuk masalah sembelit, tetapi juga untuk kesihatan keseluruhan anak kita :)

Untuk Info & Order: 

Norhafizah Abd Halim
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 881731
Email: purplepipery@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 019 659 1541

Testimonial Meal Shakes: Anak Sudah Bebas Dari Food Allergies, Asthma Semakin Pulih

"Sedikit pengalaman yang ingin dikongsi.

Anak saya "bongsu" saya sejak lahir punya masalah dgn kulit juga ada Asthma. Dia terpaksa guna product gluten-free, segala sabun mandi, sabun basuh baju semua kena pakai yang khas. Payah. Dia amat sukakan susu, cheese dan makanan laut, udang especially. Malangnya tu semua jadi musuh buat dia.

Sekali ambil, maka bersiap sedialah saya dengan inhaler dan segala jenis antihistamine ubat. Terpaksalah standby utk Emergency Leave atau MC atau habiskan cuti tahunan.

Kemudian saya dikenalkan produk best ni oleh sahabat lama yang merupakan pengguna tegar SHAKLEE. Dengan hati berdebar-debar, saya cuba produk ni. Kesannnya sebulan selepas ambil, saya tengok kulit beliau semakin lembap dan berminyak.

Cubaan pertama, saya beli cheese dan udang untuk diberikan pada anak. Alhamdullilah! Ilman tak gatal, Astma pun tak ada. Saya tak perlu standby chamber untuk inhaler dia. Rasa macam..WOW! Syukur sangat. Dan dia boleh habiskan satu paket cheese dengan jayanya.

Dan katanya, "Umi, I want udang and cheese and milk and kacang" (bear in mind: dia memang akan semput kalau makan kacang).

Mealshakes ni juga saya guna untuk buat cake dan waffle sebagai gantian kepada susu tepung. Rasanya sedap bangat.

Jadinya hari ni dengan hati berbunga-bunga, ucapan terima kasih saya tuju pada Norhazimah Che Hassan sebab kenalkan saya pada SHAKLEE dan Ilman juga disahkan bebas dari food allergic. Gluten dah boleh ambil. Yeay. Alhamdullilah."
- Puan Rosmaniza Rahim



Seorang ibu akan mengorbankan masanya untuk menjaga anak yang sakit. Jika bekerja, terpaksalah ambil Emergency Leave (EL), MC, atau habiskan cuti tahunan kerana kesihatan anak adalah lebih utama. Tetapi jika kita dapat mengelakkan semua ini, alangkah baiknya, bukan?


Untuk Info & Order: 

Norhafizah Abd Halim
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 881731
Email: purplepipery@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 019 659 1541

Tanda-Tanda Sakit Di Badan = Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu!

Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenarnya sakit.


1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja

v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

iii) Bersin
  • Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
  • Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK

i) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

ii) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.

iii) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.


4. KERONGKONG

i) Kerongkong kering : Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.

ii) Sakit kerongkong : Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.


5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

i) Bibir pucat :
  • Sistem penghadaman yang lemah.
  • Perut mengandungi angin.
  • Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah : Perut mengandungi banyak bahan toksin.


6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.

ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser) : Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.

iii) Mulut berbau busuk : Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.


7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.

ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.


8. KULIT Berpeluh : 

i) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.

ii) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.


9. RUAM DAN BISUL

Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.


10. KULIT GATAL DENGAN RUAM :

Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.


11. KULIT PECAH DAN BERAIR

Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.


12. RAMBUT GUGUR : 

Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

i) Sakit Sendi
  • Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
  • Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
  • Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
ii) Kebas Tangan : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

iii) Kabas Tangan Kiri dan Lengan : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

iv) Kebas Kaki : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

v) Sakit Tapak Kaki : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

vi) Sakit Tumit Kaki : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

vii) Rasa Panas di Tapak Kaki : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

viii) Gatal di celah Jari kaki : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).


14. TANDA-TANDA DALAMAN

i) KEPALA : Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

ii) PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA : Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

iii) PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
  • Bahagian atas - Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
  • Bahagian bawah (tengkuk) - Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

iv) SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA : Menandakan penyakit migrain.

v)  BISUL TERJADI DI KEPALA : Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

vi) RASA PENING YANG MEMUSING : Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

i) LOYA/MUNTAH : Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

ii) MUNTAH DARAH
  • Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
  • Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman


18. KENCING

i) KERAP KENCING : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang

ii) AIR KENCING BERKAPUR : Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

iii) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

iv) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

v) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.



19. BUANG AIR BESAR

i) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

ii) SEMBELIT : Membersihkan toksin dari usus kecil.

iii) NAJIS BERDARAH 
  • Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus. 
  • Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
iv) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.


20. BADAN

i) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
  • Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
  • Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
  • Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
  • Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

ii) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

iii) BADAN TERASA PANAS :  Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

iv) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.


21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.


22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.


23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.


24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

i) Sistem jantung yang lemah.

ii) Sistem saraf otak yang lemah.

iii) Masalah pengaliran darah.


25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.



Sumber:

Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis.

Tuesday, April 9, 2013

Testimonials hamil dengan Shaklee

Assalamualaikum..

Kali ni nak share pasal Puan Anna Eddy yang mengamalkan produk Shaklee sepanjang tempoh kehamilan beliau.. Jom kite tengok pengalaman beliau semasa hamil bersama Shaklee ni..

" Saya baru bersalin anak ke-3... Seorang Princess yg sgt adorable..... Teringin nak berkongsi testimoni saya selepas merasai perbezaan pengalaman hamil tanpa vitamin shaklee utk 2 anak saya sebelum ini dan selepas hamil anak ke-3 dgn vitamin shaklee utk kehamilan..

Spjg preggy saya ambil vitalea, vit C, B Complex, Omega Guard dan Ostematrix since saya mmg x suka minum susu... Saya lebih bertenaga, tiada rasa loya, lebih cergas dan kulit saya semakin cantik tanpa pigmentation. Sampai la kesaat melahirkan.. Saya masih rasa sihat dan bertenaga.. Sehinggakan proses bersalin kali ni... sgt mudah dan cepat... Kalau sebelum ni, selepas keluar tanda..sakit kontraksi memakan masa 2 hari dgn bukaan serviks baru 2cm.. Tapi kali ini.. Sakit kontraksi berlaku sgt sekejap.. Sejurus smpai ke hospital.. Doc cek bukaan serviks dah 7cm.. Diusung terus ke Labour Room.. Sedang nurse & Doc buat persiapan utk sambut baby.. Saya terus saya nk meneran.. Doc cuba cek bukaan serviks.. Mmg dh 10cm.. Dgn 2X push je.. Sy selamat melahirkan baby girl yg sgt comel.. kulit baby sgt halus mulus... putih merah.. Doc pun puji.. uri cantik, luka perinium sgt minimal dan proses jahitan sgt mudah...

Baby pun sgt baik....disbbkan susu badan saya dh mula mengalir sejurus melahirkan... baby terus tido kekenyangan... " -
Puan Anna Eddy.

Ini antara vitamin yang beliau ambil dan amalkan sepanjang tempoh kehamilan beliau..

1. Vita-Lea® Iron Formula


2. Vita-C


3. B-Complex


4. OsteMatrix™


5. OmegaGuard™



Untuk Info & Order:
Norhafizah Abd Halim
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 881731
Email: purplepipery@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 019 659 1541

Variasi resipi cara bancuh ESP

Memandangkan ESP ni one of our best seller.. maka dibwh ni disenaraikan cadangan beberapa cth resipi cara bancuh yg anda boleh cuba..

  • ESP + Air suam
  • ESP+ Fresh Milk (sama ada susu kotak atau susu tepung)
  • ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP)
  • ESP + SusuAnmum
  • ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
  • ESP + Nesvita 3in1
  • ESP + jus twister tropicana
  • ESP + Ribena
  • ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)
  • ESP + Milo/Horlicks
  • ESP + sirap bandung
  • ESP + fresh milk + 1sudu madu + 1sudu oat + 1sudu serbuk koko (blend) *boleh mix setengah sudu kecikserbuk Shaklee fiber (jika ada)
  • ESP + KOKO + OAT
  • ESP + Milo/Serbuk Coklat Cadbury + SUSU HL 
  • ESP + kurma + oat+ susu tepung + madu + air msk (blend)
  • ESP + kurma + kismis + badam + fresh milk <<<<-- blend
  • ESP + meal shakes + MILO<<<<--- sejukkan SEDAP.
  • ESP + Nestle Bliss (sejuk2 dari peti ais)
  • ESP + Kurma + nestum (bukan 3 in 1) + mealshakes + susu tepung <-- blend, pastu letak ketul ais, sedap n kenyang
  • ESP + kurma + badam + avocado + ais(blend sekali) -->hasil? sgt mengujakan!!
*boleh tambah list ini ikut pengalaman anda

sumber: http://www.mamafaiz.com/2010/11/bagaimana-nak-bancuh-esp-shaklee.html


Dan ini pula resipi smoothies

Bahan2:
  • Segelas fresh milk
  • 1-2sudu besar natural plain yogurt
  • fresh fruits (saya guna banana pagi ni... potong kecik2.. then frozenkan sebentar)
  • Suplemen (sy add sesudu ESP, sesudu Mealshake dan sepeket Collagen powder.. sbb tu resipi namanya awet muda kekal langsing.. haha)
  • 1 sudu kecik madu

Serbuk koko (optional)

Cara2 : Blend semua bahan2 di atas ....kemudian apa lagi.. minummmm

sumber: http://www.mamafaiz.com/2012/08/resepi-smoothies-awet-muda-kekal.html


NOTES:
JANGAN BANCUH protin dengan AIR PANAS kerana kandungan zat protein mudah musnah pada suhu yang tinggi.
Jangan ambil lebih dari 3sudu besar sehari ..(berat utk buah pinggang proses protin yg berlebihan)

Testimonials Meal Shakes

Assalamualaikum ..

Hari ni nak share pasal Meal Shakes lagi.. Puan Ummi Darwish memberikan anaknya Meal Shakes kerana anak beliau menghidap asma dan selalu terkena demam, selsema dan batuk.. Jom kita tengok apa perubahan yang dialami oleh anak beliau setelah mengamalkan Meal Shakes ni..

Syukur Alhamdulillah.. Jun 2012 - saya mula ambil Mealshake untuk darwish .. masa tu berat darwish cuma 9.4kg. seawal umur dia setahun mmg itulah berat dia sehinggalah saya jumpa Shaklee. Darwish mengidap asma dan sgt senang terkena selsema, demam dan batuk sbb dia duk taska. sgt2 'picky eatery'.. dan berat bdn yang sering dpt teguran dr doc n nurse.. 'berat tak cukup'.. hurm.. pening memikirkan mslh nie.

Now.. setelah hampir 3 bulan ambil Mealshake secara konsisten untuk darwish. Mealshake pertama dah abis pun. kali kedua sy ambil. tiada lg demam, batuk dan selsema yg kerap.. sgt2 kuat mkn. kdg2 pilih jgk.. yang xsedap la. yang paling sy seronok, checkup hospital dia last tuesday aritu.. berat dia dah 10.3kg. sy tersenyum.. apa yang buat sy lg seronok, next appoinment.. doc ckp kalau keadaan dia 'terlebih' baik dr hari ini, dia xperlu ambil inhealer 2 kali sehari dah.. sekali sehari je. Yahoo!!! harap2 pasnie dia tak pyh pakai terus.. InsyaAllah.

Sy sgt yakin Shaklee mampu transform hidup sy sekeluarga.. Thanks a lot."
- Puan Ummi Darwish.


Untuk Info & Order:
Norhafizah Abd Halim
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 881731
Email: purplepipery@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 019 659 1541

Friday, April 5, 2013

Tingkatkan Sistem Imun Anda dengan NUTRIFERON SHAKLEE

Tinggalkan paracetamol sekarang! Tingkatkan Sistem Imun Anda dengan NUTRIFERON SHAKLEE.

Sistem imun adalah seperti tentera badan kita, yang melawan jangkitan dan penyakit-penyakit yang mengancam kesihatan dan kecergasan badan. Tanpa pertahanan ini, virus, bakteria, parasit, toksin, dan lain-lain patogen berbahaya akan menyerang badan kita, menjadikan badan kita lemah dan sakit. Tingkatkan Sistem Imun Anda dengan NUTRIFERON SHAKLEE.

Sistem imun adalah sangat kompleks dan canggih. Ia mengesan pelbagai jenis patogen berbahaya dan membezakannya daripada sel-sel dan tisu-tisu yang sihat.

Badan kita ni dicipta dengan begitu canggih sekali. Bermula dari pertahanan pertama – KULIT. Tanpa lapisan perlindungan kulit, badan kita bukan saja akan hancur, tetapi terdedah kepada toksin dan lain-lain. Kulit bertindak sebagai penghalang fizikal dan juga menyediakan halangan kimia kerana kulit menghasilkan sebum anti bakteria. Penghasilan sebum ini akan segera membunuh spora dan bakteria yang hinggap pada kulit.


Hidung, mulut, dan mata adalah ‘jalan masuk utama’ kuman dalam badan kita, jadi ia juga menyediakan sistem pertahanan.

Antara sistem pertahanan semulajadi badan:
  • Hidung – mukus hidung mengandungi enzim yang dikenali sebagai lysozyme yang memecahkan dinding sel bakteria.
  • Mulut – air liur mengandungi bahan anti bakteria.

Secara ringkasnya, badan kita dijaga oleh SISTEM IMUNITI – menahan serangan kuman, bakteria, mikrob, parasit, patogen dan toksin!

Sistem imun terdiri daripada thymus, limpa, sistem limfa, sumsum tulang, sel-sel darah putih, antibodi, dan hormon. Setiap komponen berfungsi dengan cara yang tersendiri untuk melawan penyakit dan jangkitan supaya kita sentiasa sihat.

Sistem imun kita bekerja setiap hari, 24 jam tanpa henti… dan adakalanya ia breakdown.. apakah yang boleh menyebabkan sistem imun kita tergaggu? Biasa kan orang kata “Musim hujan panas sekarang ni ramai orang demam..” Ya, perubahan cuaca dan iklim boleh memberi kesan kepada sistem imun. Begitu juga dengan faktor psikologi seperti stress.. apa lagi kalau makan benda2 merapu.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sistem imun dan kesannya pada badan, penyelidik Shaklee menjalankan kajian di Jabatan Mikrobiologi dan Imunologi, Weil Medical College, di Cornell University of Pediatrics.

Kajian ini mempunyai dua matlamat. Yang pertama adalah untuk membangun dan mengesahkan cara baru untuk meneroka biologi virus dan fungsi imun dalam paru-paru manusia. Matlamat kedua adalah untuk menilai kesan campuran botani yang unik terhadap sistem imun.

Hasilnya mendapati campuran botani terpilih meningkatkan interferon dalam tubuh untuk melawan penyakit tatkala tubuh kita sedang lemah. Maka lahirlah Nutriferon.

Sumber


Nutriferon penggalak imunisasi (immune booster) ciptaan pakar imun, Dr Kojima dari Jepun. Sangat digalakkan diambil oleh mereka yang punya masalah ANTIBODI yang LEMAH, SENANG SAKIT dan sakit yang lambat recover.


Siapakah yang perlu ambil Nutriferon?
  1. Mereka yang sering sakit, selsema, demam.
  2. Ibu yang menyusukan anaknya yg mana anaknya demam atau sakit yg berpanjangan.
  3. Mereka yang mempunyai masalah imunisasi.
  4. Mereka yang sering travel dan kerap ke luar negara.
  5. Mereka yang sering stress.
  6. Mereka yang terdedah dengan bahaya penyakit.
  7. Mereka yang tak suka makan banyak vitamin antioksidan, ACE boleh gantikan dengan Nutriferon sepeket sehari.
  8. Mereka yang ada mempunyai allergi dan eczema.

Bagaimana Nutriferon bertindak?

NutriFeron MENINGKATKAN INTERFERON semulajadi badan dan sekaligus MENGUATKAN TINDAK BALAS IMUN badan. Anda kini dah tak perlu ubat2 yang banyak lagi!

Pemakanan tambahan NutriFeron ™ yang direka untuk diambil setiap hari dan merupakan adunan empat ramuan botani ini, apabila digabungkan bersama, untuk membolehkan tubuh secara semulajadi meningkatkan pengeluaran interferon tanpa menambah tekanan kepada badan :
  • Ekstrak biji labu (Cucurbita moschata), yang telah didapati dapat mendorong pengeluaran interferon;
  • Biji Plantago (Plantage asiatica) yang mengandungi bahan kimia yang dipanggil polisakarida yang diguna untuk merangsang sistem imun;
  • Bunga Safflower (Carthamus tinctorius) polisakarida, yang telah dikenalpasti dapat mendorong pembangunan makrofaj, sejenis sel darah putih;
  • Kuntuman bunga Japanese Honeysuckle (Lonicera japonica) yang digunakan dalam perubatan Asia.

6 SEBAB MENGAPA NUTRIFERON PILIHAN SAYA DAN ANDA?
  1. Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia - Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.
  2. Meningkatkan paras interferon secara semulajadi - Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.
  3. Dicipta Oleh Individu Yang Menemui Interferon - Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo.
  4. Rumusan Berpaten Yang Eksklusif - NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee.Ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.
  5. 40 tahun kajian - Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, Dr. Yasuhiko Kojima telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.Menurut kajian terbaru, NutriFeron telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi (NK) – menyokong lebih banyak perkembangan untuk sistem sains imunisasi ini.
  6. Sejak NutriFeron ™ telah dibangunkan, beberapa kajian klinikal manusia telah mendokumenkan keberkesanan makanan tambahan ini. Kajian ini, yang telah disiarkan dalam jurnal perubatan, seperti Journal Gastroenterology, Clinical Pharmacology and Therapy, dan Journal of Alternative and Complimentary Medicine,, mengetengahkan pelbagai faedah yang berkaitan dengan NutriFeron ™.

Insan disebalik kajian selama 40 tahun, DR. YASUHIKO KOJIMA:


Kredit

Untuk Info & Order:
Norhafizah Abd Halim
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 881731
Email: purplepipery@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 019 659 1541

KHAS UNTUK ENCIK SUAMI: PETUA MERAPATKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI



1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.

2. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.

3. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.

4. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.

5. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.

6. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.

7. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.

8. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.

9. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.

10. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan, himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.

11. Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari.

12. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.

13. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.

14. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.

15. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.

16. Solat bersama dan berdoa bersama.

17. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.

18. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

19. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.

20. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.

Ramai lelaki menganggap perkara penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya.

13 CARA SUAMI MELAYAN ISTERI UTK BAHAGIA



1) Jangan tidak pedulikan isteri yang sedang merajuk atau berkecil hati. Buangkan ego, minta maaf jika suami bersalah dan pujuk dengan mesra. Mungkin apa yang berlaku hari ini suami akan kata “Udah-udah la merajuk tu, buruk beno gayanya udah tua-tua pon merajuk lagi”

2) Tanamkan sifat menghormati isteri anda yang banyak menjaga minum pakai dan anak-anak anda dirumah. Bermain kayu 3 dibelakang isteri mungkin kurangnya rasa hormat dan menghargai si isteri

3) Jika isteri melakukan salah atau ada perangai yang suami tidak sukai, tegur dengan baik dan bijaksana. Pukul isteri bukan caranya.

4) Ambil berat kesihatan isteri. Segara merawat isteri yang sakit, jika serius terus bawa pergi jumpa klinik.

5) Beri perhatian ketika isteri ketika bercakap. Pandang mukanya ketika bercakap. mungkin ada luahan perasaan atau masalah untuk dikongsi dengan anda.

6) Isteri tidak suka suami bandingkan dia dengan isteri orang lain baik dari segi paras rupa mahupun masakan. Mungkin bandingkan masakan emak anda dengan masakan isteri anda juga boleh timbulkan rasa kurang senang isteri anda.

7) Ringankan kerja isteri dirumah. Buat anak sama-sama jadi jaga anak juga sama-sama. Bukan melepaskan tanggung jawab kerja rumah semuanya kepada isteri.

8) Jika anda keluar melepak dengan kawan-kawan, ingat isteri dirumah. Jadi jangan pulang lewat dan beli la sesuatu untuknya.

9) Seperti mana isteri perlu menjaga aib suami begitu la juga kepada suami. Suami perlu jaga aib isteri.

10) Elakan untuk mengutuk isteri anda. Terutamanya depan orang lain.

11) Suami jangan kedekut. Bukan barang rumah sendiri pun isteri perlu belikan. Kalau suami tak cukup duit tu lain cerita.

12) Jangan bersepah dan pengotor. Kalau anda merokok, perlu elakan dari merokok dalam rumah dan depan anak-anak.

13) Setiap keputusan yang ingin dibuat perlu berbincangan dengan isteri. Isteri pula jangan la “Ikut abang la..saya ikut aje” setiap kali suami meminta pandangan.

Sesungguhnya peribadi Rasulullah itu adalah peribadi yang paling baik untuk menjadi ikutan.. Wallahualam..

Tuesday, April 2, 2013

Cuaca Panas : Nasihat Kepada Orang Ramai

Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba.

Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:
  • Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
  • Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
  • Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
  • Penghidap penyakit sistem pernafasan.
  • Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.

Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan/ pengeringan peluh.

Gejala cuaca panas melampau adalah :
  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Lemah tumpuan
  • Pening
  • Lemah otot–otot atau kekejangan
  • Mual dan muntah
  • Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).

Cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:

Anda Perlu :
  • Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
  • Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
  • Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
  • Hadkan aktiviti luar
  • Kerap berehat
  • Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
  • Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
  • Pakai topi atau payung yang besar

Elakkan:
  • Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
  • Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
  • Bersenam dalam cuaca panas

Jika anda mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di bawah;
  • Keluar dari kawasan yang panas
  • Tanggalkan pakaian yang ketat
  • Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
  • Gunakan kipas untuk sejukkan badan
  • Minum air setiap 15 minit
  • Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

NutriFeron™

Promo bulan April.. Jangan lepaskan peluang!!!





NutriFeron™



Dicipta oleh pakar imun, Dr. Yasuhiko Kojima

Satu-satunya suplemen yang dicipta oleh pakar imun - Dr. Yasuhiko Kojima.

Lebih daripada 40 Tahun Penyelidikan
Dr. Kojima berjaya mencipta NutriferonTM selepas beberapa kali menjalankan ujikaji dan penilaian terhadap beribu-ribu sebatian dan lebih daripada 200 herba lain.

NutriferonTM mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower. Boleh didapati secara eksklusif melalui Shaklee.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Kod Produk 10250 (30 stik x 1.2 g)

Khasiat Pisang

Perhatian:

Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mood dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!