Monday, October 22, 2012

Ibu menyusu perlu ambil supplement..

Pernah kah anda terfikir, kenapa bila mengandung hospital / klinik bekalkan kita (suplemen) vitamin-vitamin untuk membantu ibu dan bayi dalam kandungan sihat..




Tapi kenapa apabila menyusukan anak, kita langsung x disarankan oleh pihak berwajib untuk mengambil suplemen.. Malah ada sesetengah yang menentang keras pengambilan suplemen dan mengatakan cukup dengan pengambilan makanan seimbang sahaja.

PELIK kan?? padahal nutrisi - kalori dan tenaga yang diperlukan oleh ibu menyusu lebih daripada ibu hamil dan wanita biasa. Dan pulak, bayi yang menyusu susu ibu secara EKSLUSIF bergantung sepenuhnya kepada susu ibu..

Mengapakah ibu hamil dibekalkan dengan pil vitamin tapi tidak ibu yang menyusukan?
Ini adalah kerana target pihak kesihatan sedunia untuk mengelakkan/mengurangkan risiko semasa hamil dan kelahiran, terutama yang melibatkan bayi dan ibu tersebut. Ibu hamil yang tidak cukup nutrisi terdedah kepada banyak risiko kesihatan, misalnya anemia. Dan ia boleh memberi kesan kepada bayi yang dikandung. Terdapat kajian yang menyatakan, kekurangan nutrisi semasa kehamilan mendedahkan bayi tersebut kepada risiko penyakit kronik apabila dewasa kelak.

Begitu juga dengan saat-saat menghadapi kelahiran. Ibu memerlukan nutrisi yang cukup bagi mengelakkan risiko semasa kelahiran misalnya tumpah darah yang boleh menyebabkan maut. Jadi nutrisi tambahan adalah penting untuk ibu hamil. Saban tahun di kawasan penduduk miskin di negara-negara seperti India, di mana kesedaran tentang nutrisi tambahan adalah kurang, bilangan kematian ibu dan bayi kian meningkat. Malah di India, amalan pemberian madu lebah kepada bayi baru lahir meningkatkan risiko kematian bayi.

Berbeza dengan individu lain, sekalipun ibu yang menyusukan kerana ia tidak lagi melibatkan risiko seperti di atas. Tidak ada doktor yang menyuruh pesakitnya mengambil vitamin, melainkan pesakitnya menunjukkan ciri-ciri kekurangan vitamin, ataupun doktor tersebut adalah ejen/penjual vitamin. Jadi, selain dalam keadaan sakit dan berisiko, pengambilan vitamin tambahan adalah pilihan.

Namun, ternyata pilihan mengambil vitamin tambahan adalah yang terbaik, kerana:
  • Pengambilan antioksidan memusnahkan radikal bebas dalam badan – mengurangkan risiko terkena kanser dan penuaan pramatang.
  • Memberi nutrisi yang cukup demi menampung keperluan vitamin dan mineral harian.
  • Membina dan memulihkan sel-sel yang rosak akibat pemakanan yang tidak sihat, pencemaran alam sekitar seperti asap rokok dan kenderaan, stress dan sebagainya.
  • Memulihkan tenaga terutama bagi mereka yang sibuk.
  • Memberi makanan kepada sel, bukan sekadar makanan perut untuk kenyang sahaja.
  • Banyaknya kemusnahan yang berlaku pada sumber vitamin dari bahan makanan asli.
  • Makanan yang diproses, meskipan pada asalnya berkhasiat, namun pengawet atau bahan lain yang dicampur mengurangkan khasiatnya.
  • Memerlukan 25% lebih kalori dari orang lain.
  • Memerlukan lebih kalsium.
  • Memerlukan zat besi, vitamin B, dan mineral-mineral lain.

Bagi Muslim, menjaga kesihatan termasuk dalam 5 perkara : Sihat sebelum sakit. Orang Islam perlu berada dalam keadaan sihat dan sentiasa bersedia bagi memudahkan urusan ibadah dan sebagainya. Sebelum mengalami kekurangan vitamin, atasinya dengan mengambil pemakanan tambahan agar badan kita terpelihara dari sebarang gejala kekurangan vitamin.

Bagi ibu yang menyusukan anak, benar tanpa pengambilan vitamin, susu badan tetap berkualiti. Namun sebagai individu yang istimewa, seorang ibu menyusu memerlukan lebih nutrient dari orang lain.

Ibu yang mengalami malnutrition (tidak cukup nutrisi) masih mampu menghasilkan susu yang banyak, bergantung kepada keperluan bayi dan kekerapan ibu membuat stimulasi kepada payudaranya. Namun untuk memastikan kesihatan ibu berada di tahap optimum, yang mana dalam beberapa kes, nutrisi dalam badan ibu diserap ke dalam susu, misalnya vitamin B, menyebabkan ibu menghadapi kekurangan vitamin tersebut. Tidak hairanlah ibu menyusu lebih cepat kepenatan dan lesu.

Namu itu tidak bermakna, ibu yang kurang nutrisi patut memberhentikan penyusuan, tidak sama sekali. Walau bagaimana kurang nutrisi yang dihadapi oleh seorang ibu itu, susu badan adalah yang terbaik bagi bayinya.

Jadi, terpulanglah kepada diri sendiri. Pengambilan vitamin tambahan bukan perkara wajib, namun bagi menjaga kesihatan, ia adalah perlu. Ramai tokoh negarawan dan orang terkenal yang kelihatan sihat, cantik, gagah dan cerdas adalah pengamal vitamin tambahan termasuk Tun Mahathir (bekas Perdana Menteri), Aunty Nani Rostam (bekas model, ibu kepada Hanis Zalikha) dan ramai lagi. credit

---------------------
Di Shaklee, kami menawarkan pelbagai jenis vitamin yang sesuai untuk membantu ibu kekal sihat dan cergas, dan pada masa yang sama membantu penghasilan susu lebih baik.
Antara vitamin yang sangat sesuai diambil oleh ibu yang menyusukan anak ialah Vitamin C, B complex, Vitalea, Alfalfa, Ostematrix dan Energizing Soy Protein.


Nak tahu lebih lanjut tentang set penyusuan Shaklee?
Nak dapatkan TIPS EKSLUSIF?
SMS/WhatsApp: 019-6591541 
Facebook: Norhafizah Abd Halim.
Email: purplepipery@yahoo.com

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment