Monday, September 30, 2013

20 Sebab Kenapa Perlu Ambil Supplemen / Vitamin

Assalamualaikum..
Kenapa agak-agaknya kita memerlukan supplemen? Jom kita tengok sebab-sebab kita memerlukan supplemen..


  1. Tidak mengikut piramid makanan atau makanan seimbang.
  2. Masalah Penghadaman. Penghadaman yang tak efisien boleh membataskan penyerapan vitamin oleh tubuh. Contohnya jika mengunyah makanan dengan kurang sempurna atau terlalu cepat. Ini menghasilkan saiz partikel makanan yang lebih besar dari normal iaitu terlalu besar bagi tindakan lengkap oleh enzim-enzim penghadaman. Mereka yang menggunakan gigi palsu juga boleh menjejaskan penyerapan vitamin akibat pengunyahan kurang efisien.
  3. Kopi, Teh Panas & Rempah Tabiat meminum air yang terlalu panas atau pengambilan terlalu banyak kopi, teh, jeruk dan rempah boleh menyebabkan inflamasi atau keradangan pada lapisan saluran pencernaan. Ini mengakibatkan kurangnya rembesan cecair penghadaman serta penyerapan vitamin dan mineral menjadi kurang.
  4. Pengambilan alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan pada hati dan pankreas iaitu organ yang penting dalam proses penghadaman dan metabolisma. Pengambilan alkohol yang kerap dan banyak menyebabkan badan memerlukan lebih banyak Vitamin B terutamanya thiamine, niacin, pyridoxine, asid folik, Vitamin B12, Vitamin A, Vitamin C, zink, magnesium dan juga kalsium.
  5. Amalan merokok boleh menyebabkan iritasi pada saluran penghadaman dan meningkatkan keperluan badan terhadap Vitamin C yang juga penting dalam fungsi sistem imun.
  6. Julap / ubat sembelit / ubat kurus. Penggunaan julap secara berlebihan boleh mengakibatkan kurangnya penyerapan vitamin dan mineral daripada makanan. Paraffin dan lain-lain minyak mineral meningkatkan kehilangan vitamin larut lemak seperti Vitamin A, D, E dan K. Penggunaan julap yang banyak juga boleh menyebabkan kehilangan mineral seperti potassium, sodium dan magnesium.
  7. Fad Diet. Diet ganjil yang tidak mengandungi semua kumpulan makanan berkemungkinan kurang mengandungi vitamin. Paling popular, diet kurang lemak, jika diamalkan secara ekstrem boleh mengakibatkan kekurangan Vitamin A, D, E dan K. Diet vegetarian yang tidak mengambil daging dan sumber haiwan lain pula perlu dirancang dengan baik supaya tidak kekurangan Vitamin B12 yang boleh mengakibatkan anemia.
  8. Makanan Terlebih Masak. Memasak terlalu lama atau memanaskan semula daging dan sayuran boleh memusnahkan Vitamin B, C dan E.
  9. Makanan Diproses (dalam tin). Pemprosesan makanan yang bertujuan meningkatkan jangkamasa penyimpanan boleh menyebabkan kandungan nutrien berkurangan atau hilang sama sekali.
  10. Makanan segera yang tinggi kandungan karbohidrat, gula dan garam meningkatkan keperluan badan terhadap Vitamin B bagi memproses makanan tersebut.
  11. Antibiotik. Sesetengah antibiotik walaupun berguna bagi menghapuskan kuman yang menyebabkan jangkitan boleh menghapuskan sekali bakteria-bakteria baik dalam perut dan usus.
  12. Alahan Makanan. Mereka yang alah terhadap gluten atau laktosa boleh mengalami kekurangan sumber nutrisi diet yang penting seperti thiamine, riboflavin dan kalsium. 
  13. Kehilangan Nutrien Tanaman. Sumber makanan daripada tanaman seperti sayuran dan buah-buahan boleh kekurangan nutrien akibat pengurusan tanah yang lemah.
  14. Kemalangan dan Penyakit. Luka terbakar menyebabkan kehilangan protein, vitamin dan mineral. Pembedahan pula meningkatkan keperluan terhadap zink, Vitamin E dan nutrien yang terbabit dalam proses pembaikan sel.
  15. Tekanan atau Stress. Tekanan fizikal, emosi dan pencemaran boleh meningkatkan keperluan tubuh terhadap Vitamin B2, B5, B6 dan Vitamin C.
  16. Sindrom pra haid. Penyelidikan sains telah membuktikan bahawa 60% wanita yang mengalami masalah sindrom pra haid boleh mendapat manfaat dengan pengambilan suplemen Vitamin B6.
  17. Remaja. Proses tumbesaran yang pesat dari segi fizikal, emosi dan biokimia sewaktu usia remaja menyebabkan golongan remaja terutama perempuan memerlukan lebih banyak nutrien berbanding orang dewasa.
  18. Wanita Hamil. Kehamilan menyebabkan keperluan nutrien lebih banyak bagi memastikan proses tumbesaran yang sihat bagi ibu dan juga bayi.
  19. Pil Perancang. Pil perancang boleh mengurangkan penyerapan asid folik dan meningkatkan keperluan tubuh terhadap Vitamin B6, Vitamin C, zink dan juga riboflavin.
  20. Warga Emas. Peningkatan usia sering dikaitkan dengan pengambilan vitamin dan mineral khususnya zat besi dan kalsium yang berkurangan.

Untuk Info & Order:

Norhafizah Abd Halim
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 881731
Email: purplepipery@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 019 659 1541

Vitamin C : Fungsi dan Kelebihannya..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua :)..

Entry saya kali ni adalah berkenaan dengan Vitamin C.. Sekarang ni ramai yang mengamalkan pengambilan Vitamin C untuk kelihatan cantik dan juga mencantikkan kulit.. Betul ke Vitamin C ni betul-betul dapat mencantikkan kulit???

Vitamin C adalah vitamin larut air juga di kenali sebagai Ascorbic Acid. Ia amat diperlukan oleh badan manusia kerana ia tidak boleh dibina secara semulajadi oleh badan manusia, oleh itu ia perlu diambil secara oral atau suntikan .

Vitamin C dari sumber semulajadi ( dari makanan ) ataupun yang di sintesis (L – Ascorbic Acid) adalah sama secara kimianya dari segi fungsi didalam tubuh badan manusia untuk keperluan fungsi biokimia badan.

Kekurangan vitamin C didalam badan akan menyebabkan penyakit yang dinamakan SCURVI yang banyak dihidapi oleh pelaut-pelaut pada masa dahulu kerana pemakanan mereka yang tidak mengandungi vitamin C.

Sejarah Vitamin C :

Pada tahun 1747, Dr James Lind, seorang doktor telah membuat kajian bahawa pelaut yang diberi makan buah oren dan lemon tidak akan mendapat penyakit skurvi ini. Hasil kajian beliau ditulis di dalam bukunya ‘The Treatise of the Scurvy’ pada tahun 1753. Seperti biasa nasihat beliau tidak diperdulikan sehinggalah beliau meninggal dunia.Hanya pada tahun 1795 barulah angkatan laut British mewajibkan pelaut-pelautnya memakan buah oren dan lemon untuk mencegah skurvi sehinggakan mereka di gelar ‘limey’. Mereka yang engkar boleh dikenakan hukuman yang berat.

Dalam tahun-tahun yang berikutnya vitamin C semakin menjadi tumpuan ahli sains kerana penonjolan yang dibuat oleh seorang saintis yang amat terkenal iaitu Professor Dr Linus Pauling. Beliau telah memenangi hadiah nobel sebanyak dua kali (yang pertama dalam bidang biokimia dan keduanya untuk keamanan/peace). Oleh sebab itu beliau amat terkenal dalam dunia sains. Beliau telah menulis buku yang bertajuk ‘Vitamin C and the Common Cold’ .

Dalam dua dekad yang terkini fungsi vitamin C sebagai anti oksida lebih banyak dikaji dan hasil kajian menunjukkan kehebatan vitamin C sebagai antioksidan. Selain dari itu vitamin C juga mempunyai lebih dari 200 fungsi-fungsi lain dalam proses biokimia tubuh manusia. Prof. Dr Linus Pauling yang telah meninggal dunia pada tahun 1994 pada usia 93 tahun.

Beliau juga telah menulis buku bertajuk ‘Cancer and Vitamin C’ berdasarkan kajian yang dilakukan bersama dengan Dr Ewan Cameron, ahli perubatan dari Scotland. Di dalam bukunya beliau menerangkan kaedah merawat pesakit kanser tahap akhir dengan megados vitamin C setelah terapi dengan cara lain gagal tetapi tidaklah menolak sepenuhnya kaedah rawatan kanser yang biasa dengan kaedah kimoterapi atau radioterapi.


Fungsi Vitamin C :
  1. Diperlukan dalam penghasilan Kolagen (Collagen) semulajadi badan, di mana kolagen ini amat penting sebagai struktur utama komponen dalam saluran darah, tendon, ligaments, tulang, gigi, rambut dan kulit.
  2. Penting untuk penghasilan bahan neurotransmitter & hormone norepinephrine, di mana bahan-bahan ini amat kritikal didalam fungsi otak & saraf manusia.
  3. Sebagai bahan ANTIOKSIDAN di dalam tubuh yang berfungsi untuk melawan dan melindungi sel-sel tubuh dari kerosakan oleh radikal bebas yang menyebabkan penyakit-penyakit kronik seperti darah tinggi, sakit jantung, stroke , barah dan sebagainya. Radikal bebas ini terhasil secara semulajadi di dalam tubuh kerana proses-proses biokimia di dalam badan dan juga disebabkan oleh faktor luaran seperti pencemaran (air, udara, makanan), stress, toxin, pancaran sinar ultra ungu (UV light) dari matahari dan sebagainya.
  4. Membantu untuk mengaktifkan agen-agen antioksida yang lain didalam tubuh seperti Vitamin E, Glutathione dan sebagainya.
  5. Untuk sintesis bahan yang dipanggil L-Carnitine yang bertanggungjawab memindahkan molekul lemak kedalam sel-sel yang lain untuk menjana tenaga tubuh dan pembinaan otot –otot badan.
  6. Membantu dalam metabolisme kolesterol di dalam badan untuk membentuk asid hempedu (Bile Acids). Oleh itu ia membantu mengurangkan kandungan kolesterol dalam darah dan mencegah batu karang di dalam pundi hempedu (Gall Stone)
  7. Sebagai coenzyme didalam tubuh badan yang membantu dalam proses biokimia menjadikan bahan proline dan lysine kepada Hydroxyproline dan Hydroxylysine sebagai struktur asas untuk pembinaan kolagen.

Diantara fungsi lain Vitamin C (secara ringkasnya) :

(a) Sebagai Anti Oksidan yang penting.

(b) Pemulihan luka dan melecur.

(c) Pembinaan colagen dalam badan.

(d) Membantu tumbesaran tisu tubuh manusia.

(e) Membantu penghasilan hormon.

(f) Membantu penghasilan protin untuk sistem immuniti tubuh.

(g) Membantu dalam pencegahan kanser, strok, sakit jantung koronari, jangkitan kuman yang teruk.

(h) Membantu mengurangkan kolesterol darah LDL dan menambah kolesterol HDL (baik).

(i) Membantu mencegah atherosclerosis (mendapan kolesterol pada dinding saluran darah).

(j) Mencegah lebam (bruises) dan pendarahan dari gusi atau hidung tanpa sebab.

(k) Membantu memelihara kulit yang sihat dan cerah.

(l) Mencegah penyakit katarak (cataract) mata.

(m) Membantu mengawal tekanan darah tinggi.

(n) Membantu mengawal dan mengurangkan selsema.


Sumber yang kaya dengan Vitamin C :


(a) Buah-buahan seperti jambu batu, belimbing, limau, betik, nenas, mangga, buah beri, strawberri, kiwi dan sebagainya

(b) Sayur-sayuran seperti bayam, kangkung, asparagus, brokoli, sawi, tomato dan sebagainya


Faedah-faedah kesihatan Vitamin C :
  1. Mengekalkan integrity tisu badan seperti kulit , lapisan mukosa oleh itu membuatkan kulit menjadi lebih licin, tegang , cerah & berseri , membantu menghilangkan kesan –kesan jeragat dan bintik hitam pada kulit disebabkan terdedah pada cahaya matahari.
  2. Membantu dalam proses penyembuhan luka pada kulit dan lapisan mukosa tubuh (mulut, paru-paru & system gastrousus )
  3. Menjaga keutuhan sistem saluran darah dan mencegah pegerasan saluran darah oleh itu membantu mencegah penyakit seperti darah tinggi, sakit jantung koronari ,stroke (angin ahmar), kerosakan buah pinggang dan sebagainya
  4. Membantu mengurangkan kadar kolesterol dalam darah oleh itu mencegah penyakit seperti sakit jantung koronari , darah tinggi , stroke dsbg
  5. Membantu dalam mencegah penyakit barah dengan fungsinya sebagai bahan antioksida yang meneutralkan radikal bebas & mencegah kerosakan sel-sel tubuh yang boleh menyebabkan kanser.
  6. Membantu dalam proses detoksifikasi bahan-bahan pencemar di dalam badan seperti bahan logam berat ( Plumbum,raksa & arsenic)
  7. Meningkat tenaga & mencegah rasa keletihan yang melampau disebabkan Stress , Pemakanan , Pencemaran persekitaran
  8. Mencegah penyakit SCURVI & membantu mengurangkan tahap penyakit(severity) demam ,batuk & seisema ( Upper Respiratory tract infection)

Jumlah kadar Cadangan Harian ( RDA) Vitamin C :
Vitamin C 120mg hingga 250mg sehari – pil
Dos sehingga 1000mg adalah selamat tetapi tidak dicadangkan untuk setiap hari.


Kredit : Dr Norman Mohd Norawi (MBBS)

Sunday, September 29, 2013

7 sebab kenapa kita perlu ambil vitamin

Assalamualaikum dan selamat pagi semua :) :) :)

Alhamdulillah cuaca pagi ni sejuk dan tenang kerana semalam hujan turun agak lebat.. kalau tak silap dah lama juga tak hujan.. So pagi ni saya nak share kenapa kita memerlukan vitamin..

1. Badan memerlukan vitamin tertentu dalam dos yg tinggi

Contohnya Vitamin E yang dperolehi dari makanan memberikan kesan yang baik pada jantung juga pada kesihatan badan . Mengambil vitamin C dengan dos yang tinggi pula dapat melambatkan proses penuaan, masalah selaput mata, rheumatoid arthritis dan juga diabetis. Ini tidak dapat di perolehi dari pemakanan seharian kita.

2. Pokok buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin di tanam di atas tanah yang tidak subur.
Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin di tanam di atas tanah yang kurang subur maka hasil nya juga kurang baik jika di bandingkan dengan buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga yang di gunakan oleh peladang juga mempengaruhi kualiti buah-buahan dan sayur-sayuran yang kita makan.

3. Nutrien hilang ketika memasak
Zat makanan akan hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dn penyediaan.Vitamin-vitamin tertentu seperti Vitamin C dan enzim mudah di musnahkan oleh haba semasa dmasak. Hasilnya kita dapat kurang vitamin yang diperlukan.

4. Gangguan penyerapan nutrien
Pengambilan ubat-ubatan, merokok dan meminum minuman keras boleh menganggu penyerapan zat makanan. Pengambilan diet yg tinggi kafein, lemak, gula, kolestrol dan garam mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.

5. Makan ikut rasa hati

Kita makan mengikut rasa dan bukan kerana khasiat yang ada pada makanan tesebut contohnya setiap pagi kita makan nasi lemak dan roti canai. Kita sentiasa makan kerana lapar bukan kerana memerlukan zat makanan tersebut.

6. Makan di luar sudah menjadi kebiasaan kita
Kebanyakan kita amat gemar makan di luar berbanding makan di rumah. Makanan di luar banyak menggunakan perisa seperti monosodium glutamate ( msg) dan garam yg merbahaya pada badan.Oleh itu kita harus berhati-hati tentang risiko terhadap kesihatan kita.

7. Shaklee boleh membantu dalam program pemakanan
Berdasarkan kepakaran dan teknologi Shaklee selama lebih 50thn, produknya yang selamat, berkesan dan harmoni dengan alam sekitar, ia boleh di pilih utk memenuhi keperluan anda.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Untuk Info & Order:

Norhafizah Abd Halim
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 881731
Email: purplepipery@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 019 659 1541

Wednesday, September 25, 2013

Kelebihan Vitamin C Shaklee

Tubuh kita memerlukan pengambilan vitamin C setiap hari kerana sifat vitamin C yang mudah larut dalam air menyebabkan badan tidak boleh menyimpan vitamin C. Vitamin C hanya ada dalam darah manusia selama 12 jam dan dalam tempoh waktu tersebut Vitamin C 'bekerja' dengan sel-sel tubuh untuk meningkatkan keimunan dan juga meningkatkan fungsi-fungsi sel di bahagian tubuh yang lain.

Vitamin C amat diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu-tisu tubuh anfa yang mana vitamin C membina kolagen iaitu protein penting yang melindungi tulang rawan, tendon, ligamen dan saluran darah. Selain itu pengambilan harian vitamin C yang cukup membantu menyegerakan proses penyembuhan luka-luka, membaiki dan memelihara struktur tulang dan gigi.

Berdasarkan banyak kajian yang telah dilakukan, tubuh kita memerlukan 500mg vitamin C setiap hari untuk untuk mencapai tahap kesihatan yang baik. Kita memerlukan vitamin C setiap hari kerana sel-sel tubuh manusia tidak mempunyai enzim guluno-lacton-oxidase yang diperlukan untuk menukar glukos kepada ikatan kimia 2-keto L-Guluno-lactone untuk hasilkan vitamin C. Tambahan vitamin C sering digunakan dan mudah rosak dalam tubuh. Oleh itu, Kita memerlukan vitamin C sama ada melalui makanan ataupun supplement.




Kita boleh memperolehi 500mg vitamin C dalam diet pemakanan seharian kita, sebagai contoh:

  • Tembikai wangi, 1 cup (8 ounces): 59mg
  • Jus oren, 1 cup: 97mg
  • Broccoli, dimasak, 1 cup: 74mg
  • Cili Hijair, 1/2 cup, 60mg
  • Cili Merah , 1/2 cup, 95mg
  • Kiwi, 1 medium: 70mg
  • Juice tomato, 1 cup: 45mg. 

Atau kita boleh menikmati 7 1/2 biji oren untuk mendapatkan 500mg vitamin C setiap hari. Ya, ada di antara kita masih berkata kenapa perlukan supplement itu, supplement ini cukup la dengan makanan yang kita amik seharian. Tetapi adakah anda yakin sayuran, buah-buahan yang anda ambil itu kadar nutrien tidak berkurang?.

Adakah anda tahu, kandungan mineral dalam tanah akan menyebabkan sayuran dan buah-buah kehilangan sebilangan peratusan zat dan nutrien. Bagaimana keadaan ini terjadi?

Sebenarnya tanah telah kekurangan produktiviti dan kesuburannya disebabkan struktur tanah telah berubah di mana keadaan tanah tidak lagi kukuh, mudah jerlus, tanah mudah di bawa air hujan ke sungai-sungai (turut membawa kandungan nutrien), hilang kandungan organik, bahan-bahan kimia (racun serangga yang digunakan ketika fasa penanaman terdahulu tidak dapat diuraikan, acid asidic berlebihan menjadikan keadaan tanah bertoksik, poros dan lain-lain yang disebabkan tanah yang dikerjakan, dibajak, dituai menggunakan teknologi mesin-mesin terkini, kesan takungan dan penyerapan air dan lain-lain sebab yang dilakukan oleh manusia. Walaupun telah menggunakan pelbagai sumber dan sintetik tetap tidak mengubah keadaan tanah agar menjadi lebih subur dan produktif.

Dahulu, Nilai zat dalam sesuatu makanan adalah tinggi, kerana kurangnya pencemaran dan penggunaan racun serangga. Dulu air sungai jernih, mengalir bersih je. Sekaraaaannngg,..macam air milo je..kalau musim hujan macam teh tarik je warna sungai tu. Itu belum kes sungai penuh dengan sampah sarap.

The American Medical Association & US Department of Agriculture telah membuat kajian ke atas beberapa tanaman & mendapati keputusan yang agak mengejutkan.

Misalnya carrot yang sepatutnya mempunyai nilai provitamin A dari 10,000-20,000IU per 100g (mengikut jenis carrot) kini bernilai cuma 70-18,500 IU! 70 over 10,0000IU adalah satu julat perbezaan yang sangat besar!

Oh, itu sayuran di US... Di negara kita mungkin masih tinggi -_^

credit:lyna noh

Oleh itu, marilah kita beralih ke sayuran dan buah-buahan organik kerana dari saat pemilihan biji benih, keadaan ph tanah, penuaian semuanya di jaga rapi. Tapi, amat terhad pilihan makanan yang ditanam secara organik dan untuk memperolehi makanan, sayuran dan buah-buahan juga adalah terhad. Jadi anda pilihan lain iaitu supplement sebagai makanan tambahan anda agar anda dan keluarga beroleh tahap kesihatan yang optimum.

Chewable Vita-C Plus (100% semulajadi, halal, selamat dan berkesan) dikhaskan untuk golongan kanak-kanak atau orang dewasa yang ada masalah menelan tablet. Rasa sensasi oren aslinya (tanpa pengawet dan perasa tiruan) dapat memikat selera kanak-kanak dan golongan yang ada masalah menelan tablet ni. Chewable Vita-C Plus mengandungi 100mg vitamin c (iaitu ascorbic asid) bagi setiap biji tabletnya yang bersamaan 1 1/2 biji oren .

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Chewable Vita-C Plus membekalkan 'bioflavinoid' dalam jumlah seimbang iaitu 120mg. Bioflavinoid adalah aksesori nutrisi yang membentuk asid askorbik atau vitamin C complex. Bioflavinoid hanya boleh didapati dalam buah-buahan asli dan tidak diperolehi dalam vitamin C sintetik. Aksesori nutrisi ini membantu mengurangkan kanser, penyakit kardiovaskular, osteoporosis, dan memberi faedah-faedah kesihatan lain seperti antibakteria, antivirus, anti-radang, antioksidan dan kadang-kadang digunakan sebagai anti alergenik.


Vitamin C Mudah Rosak disebabkan:
  • Mudah musnah oleh pencemaran udara dan air. Perokok yang merokok sekotak rokok sehari membakar 500mg vitamin C dalam tubuh.
  • Mudah musnah disebabkan stress (tekanan) - fizikal dan mental
  • Mudah termusnah oleh oksigen. Pendedahan buah-buahan dan sayuran yang telah dipotong dan dibiar terdedah terlalu lama pada udara sebelum digunakan akan mengurangkan kandungan vitamin C. Selain itu, memasak terlalu lama @ suhu tinggi juga merosakkan vitamin C dalam makanan

Keperluan Vitamin C dalam Badan:

  • Membantu meningkatkan antibodi dalam tubuh supaya sistem imun tubuh lebih tinggi
  • Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam
  • Menguatkan struktur gigi dan gusi
  • Perokok @ mereka yang bergaul dengan perokok memerlukan vitamin C
  • Membina kolagen (sebagai bahan pengikat/pelekat) dalam membinan dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan
  • Pengambilan vitamin C yang mencukupi dalam diet seharian dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
  • Membantu proses penghadaman & penyerapan zat besi
  • Individu yang sering stress (tertekan), penat, letih, lesu serta sibuk dengan urusan harian memerlukan vitamin C. Pengambilan vitamin C yang mencukupi dapat membantu mengembalikan hormon stress (hormon yang melawan stress)
  • Bertindak sebagai anti kimia yang menjadi racun dalam tubuh seperti nitrates dan nitrites
  • Memberi perlindungan terhadap penyakit jantung dan mengehadkan 'oxidation' terhadap kolestrol jahat
  • Membentuk Sel-sel darah yang baru (setiap 3 bulan darah dalam badan akan bertukar)
  • Membantu memulihkan selesema, resdung dan bersin waktu pagi.
  • Membantu dalam proses pemulihan kudis
  • Pengambilan vitamin C sebanyak 1000-5000mg sehari dapat mengurangkan risiko /melawan penyakit barah seperti kanser oral cavity, kanser kerongkong, kanser saluran penghadaman, kanser serviks, kanser usus besar (rektum), kanser payudara dan kanser paru-paru
  • Bertindak sebagai "Protector Gate" - setiap masa mesti berada dalam badan kerana sifat vitamin C adalah larut air.

Tanda-tanda Kekurangan Vitamin C:
  • Tanda-tanda lebam (bruises) atau berbekas pada tubh atau luka memar pada badan umpama bekas kena pukul
  • Gusi yang mudah berdarah setiap kali memberus gigi atau bila-bila masa sahaja

Kesan Kekurangan Vitamin C:

  • Rasa letih
  • Gigi Gugur
  • Saluran darah kecil, senang pecah,
  • Luka lambat pulih
  • Penyakit anemia (kurang darah)


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk Info & Order:

Norhafizah Abd Halim
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 881731
Email: purplepipery@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 019 659 1541

Tuesday, September 10, 2013

Vitamin B

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.. 

Hari ni saya nak share pasal Vitamin B.. 

Vitamin B adalah kumpulan vitamin larut air yang memainkan peranan penting dalam metabolisme sel. Vitamin B dianggap sebagai vitamin tunggal, yang dirujuk sebagai vitamin B (kebanyakan orang merujuk kepada vitamin C). 

Kajian menunjukkan bahawa ia adalah vitamin kimia yang berbeza yang sering wujud bersama dalam makanan. Secara umum, makanan tambahan yang mengandungi kesemua lapan dirujuk sebagai vitamin B kompleks. Secara individu Vitamin B tambahan disebut dengan nama yang khusus setiap vitamin (contohnya, B1, B2, B3 dan lain-lain)

Sekiranya kita tidak mengambil Vitamin B yang cukup dalam diet seharian kita, terdapat beberapa kesan sampingan. Berikut adalah pecahan ringkas daripada pelbagai jenis makanan dan di mana kita boleh perolehi melalui sumber makanan semula jadi

  • Vitamin B1 - Ini akan meningkatkan peredaran darah, membantu dalam pembentukan darah dan metabolisme karbohidrat , mengekalkan selera makan dan penghadaman biasa. Penting untuk sistem saraf berfungsi dengan baik serta membantu sistem jantung dan otot berfungsi dengan baik..
Found In: Bijirin, Peas, Beans, Peanuts, Yis, Badam dan kuning telur.

  • Vitamin B2 - Membantu badan memecahkan asid amino , mengawal tenaga, pertumbuhan , hormon dan pembentukan sel-sel darah merah. Menyokong pernafasan selular. Menghalang bibir pecah dan lidah terbakar.
Found In: Putih telur, daging tanpa lemak, ikan, gandum, badam, cendawan dan susu.

  • Vitamin B3 - Yang ini adalah penting untuk sintesis lemak , protein dan pecahan karbohidrat , pernafasan tisu, kesihatan kulit , lidah dan sistem penghadaman . Dos yang lebih tinggi boleh membantu mengurangkan kolesterol.
Found In: yis, daging tanpa lemak, ayam, ikan salmon, tuna, kekacang, bijirin gandum, kacang tanah.

  • Vitamin B5 - membantu badan memetabolismekan karbohidrat dan lemak. Ofset dermatitis yang berkaitan dengan kekurangan dan sindrom ' kaki terbakar .
Found In: Telur, ayam, avokado, kacang soya, bijirin, kacang, kentang manis, yis dan brokoli.

  • Vitamin B6 - membantu tubuh untuk menyerap dan metabolisme asid amino , untuk menggunakan lemak, dan untuk membentuk sel-sel darah merah. Vitamin B6 yang terlibat dalam metabolisme protein dan karbohidrat serta pengeluaran insulin.
Found In: Ayam, ikan, telur, beras, kacang soya, oat, gandum, kacang tanah, walnut, pisang, avokado dan lobak merah.

  • Vitamin B12 - membantu kesihatan sel darah merah, merawat anemia, digunakan dalam pengurusan neuropati. Vitamin B12 adalah perlu bagi penggunaan lemak yang betul, karbohidrat, dan protein untuk bina badan.
Found In: Daging, tuna, susu, keju, yogurt, telur, kacang soya dan produk soya.

Okay diharap anda boleh melihat betapa pentingnya mengambil Vitamin - B. Ia penting untuk memastikan kita berada di tahap yang terbaik.

Thursday, September 5, 2013

Punca Penyakit Jantung



Sebenarnya, saya yakin anda semua tahu bahawa pembunuh No-1 di malaysia adalah berpunca daripada serangan jantung. Mungkin, ramai yang tidak sedar bahawa mereka sedang mengidap penyakit jantung! Itu adalah sangat berbahaya. Adalah lebih baik jika anda mengambil tindakan utama untuk mengurangkan risiko mengidap serangan jantung. Tip dibawah ini mungkin boleh membantu anda.

Satu artikel yang sangat baik yang mengambil masa dua minit untuk membaca. “Serangan Jantung Dan Air Minuman Panas”

Ini adalah satu artikel yang sangat baik. Bukan sahaja tentang air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung. Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas dengan makanan mereka, bukannya air sejuk seperti kebanyakkan masyarakat melayu.. mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan.

Bagi mereka yang gemar minum air sejuk, artikel ini adalah terbaik untuk anda. Adalah tidak baik untuk mempunyai secawan minuman air berais selepas makan walaupun anda berasa sangat lega meminumnya. Ini kerana, air sejuk akan membekukan makanan berminyak yang anda baru sahaja dimakan. Ia akan melambatkan pencernaan. Apabila ‘ketidakcernaan’ bertindak balas dengan asid, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Tidak lama kemudian, ia akan bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah lebih terbaik untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.

Gejala Biasa Daripada Serangan Jantung

Satu nota yang serius mengenai serangan jantung – Anda perlu tahu bahawa tidaklah setiap gejala serangan jantung akan berada di sebelah kiri dada. Berhati-hati juga terhadap kesakitan sengit dalam garis rahang. Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada semasa serangan jantung. Loya dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% daripada orang-orang yang mempunyai serangan jantung ketika mereka sedang tidur dan tidak boleh bangun. Mari kita berhati-hati dan berhati-hati. Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup ..

PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang membaca post ini berkongsi kepada 10 orang lain, anda boleh yakin bahawa kami akan menyimpan sekurang-kurangnya satu nyawa. Baca & ??Hantar kepada rakan. Ia boleh menyelamatkan nyawa … Jadi, sila menjadi teman sejati dan berkongsi artikel ini kepada semua kawan-kawan anda, anda mengambil berat tentang ..

Wednesday, September 4, 2013

CoQHealth™ Plus

CoQHealth™ Plus mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik.

CoQ10 telah ditunjukkan dapat:

• Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
• Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
• Meningkatkan peredaran darah
• Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

PRODUCT TERBARU SHAKLEE COQHealth plus mampu menangani Masalah Pesakit Jantung/Menjaga jantung yg sihat...

Antara kebaikan:
  • Menghasilkan tenaga dalam setiap sel tubuh terutamanya sel otot jantung
  • Bertindak sebagai antioksida - melindungi arteri daripada pengoksidaan low-density lipoproteins(LDL)
  • Melindungi arteri dari kolestrol 'jahat'.
  • Membantu menggalakkan fungsi yang sihat untuk saluran darah termasuklah yang menyalurkan darah ke jantung
  • Kebaikan utama Co enzim Q10 ia dapat menangani serangan jantung. Jika kita didapati mempunyai rendah CoQ10 di dalam sel-sel otot jantung, maka jantung kita berisiko untuk gagal berfungsi dan menemui ajal. 
  • Kebaikan lain Co enzim Q10 adalah ia dapat mengurangkan simptom-simptom masalah jantung seperti sesak nafas, sukar tidur, dan bengkak. Jadi CoQ10 penting untuk meningkatkan tenaga di dalam otot jantung, juga meningkatkan kekuatan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan.

Pernah tak anda dengar cerita ketika seseorang tu bersukan, tiba-tiba dia jatuh rebah lalu meninggal dunia? Atau pernahkah anda mendengar seseorang itu meninggal dunia secara tiba-tiba atau di dalam tidur? Setelah bedah siasat dilakukan baru lah kita ketahui bahawa mangsa tersebut terkena serangan jantung. Di zaman serba moden ni penyakit jantung tak mengenal usia. Tak semestinya orang tua je boleh sakit jantung, orang muda pon dah ramai yang kena serangan jantung ni. Antara faktor-faktor serangan jantung ini adalah di sebabkan merokok, tekanan darah tinggi, kolestrol, diabetis dan sebagainya.

Atas kesedaran ini, Shaklee Malaysia telah melancarkan produk terbarunya pada 8 Jun 2013 khas untuk mereka yang mempunyai masalah jantung, masalah kolestrol, tekanan darah tinggi atau kepada mereka yang ingin mencegah masalah ini.




CoQ Health Plus ini mengandungi campuran Coenzyme Q10 (CoQ10), Vitamin E danekstrak teh hijau. 

Apa yang dimaksudkan dengan Coenzyme Q10 tu? 

CoenzymeQ10 adalah sejenis jisim yang menyerupai vitamin yang dijumpai di dalam setiap sel dalam badan kita. Para saintis berpendapat jantung kita mengandungi 10 kali lebih banyak CoQ10 dari organ lain. Ini kerana jantung kita adalah organ yang paling kuat bekerja kerana ia berdegup kira-kira 100,000 kali sehari. Degupan ini berlaku dengan adanya tenaga. Pada usia muda tubuh badan mungkin tiada masalah mengeluarkan tenaga untuk degupan jantung tetapi ia mula bermasalah ketika kurangnya pengeluaran tenaga pada usia 50-an dan seterusnya. Degupan jantung akan menjadi lemah.




Kalau anda nak tahu, CoQ10 juga boleh didapati di dalam makanan harian kita seperti daging lembu, ayam, brokoli, bunga kobis, kekacang,bayam dan soya. Oleh kerana usia kita yang semakin meningkat, adalah digalakkan untuk mengambil supplement CoQ10 ini yang setara dengan kandungan CoQ10 di dalam tubuh badan kita.

Dengan pengambilan sebiji sehari supplement CoQ Health Plus ini, ia akan membantu mengurangkan gejala-gejala masalah jantung seperti sesak nafas, sukar tidur dan bengkak. CoQ10 dapat meningkatkan pengeluaran tenaga di dalam otot jantung dan juga meningkatkan kekuatan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan.

Harga pasaran sebotol CoQ Health Plus ini RM124, jika difikir-fikirkan apalah sangat dengan harga ini jika dibandingkan dengan kos pembedahan jantung yang memakan belanja beribu-ribu ringgit ni dan dengan nikmat kesihatan yang Allah berikan kepada kita. Saya amat galakkan anda untuk mengambil produk ini kerana sudah pastinya ia semulajadi, tiada bahan sintetik, kimia atau pun dadah, Jika anda nak dapatkan harga "super special"dari saya.. Bolehlah hubungi saya segera. Tawaran ni terhad tau. Anda juga boleh hadiahkan supplement ni buat insan-insan yang anda sayangi.


Untuk Info & Order:

Norhafizah Abd Halim
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 881731
Email: purplepipery@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 019 659 1541