Entry saya kali ni adalah berkenaan dengan Vitamin C.. Sekarang ni ramai yang mengamalkan pengambilan Vitamin C untuk kelihatan cantik dan juga mencantikkan kulit.. Betul ke Vitamin C ni betul-betul dapat mencantikkan kulit???
Vitamin C adalah vitamin larut air juga di kenali sebagai Ascorbic Acid. Ia amat diperlukan oleh badan manusia kerana ia tidak boleh dibina secara semulajadi oleh badan manusia, oleh itu ia perlu diambil secara oral atau suntikan .
Vitamin C dari sumber semulajadi ( dari makanan ) ataupun yang di sintesis (L – Ascorbic Acid) adalah sama secara kimianya dari segi fungsi didalam tubuh badan manusia untuk keperluan fungsi biokimia badan.
Kekurangan vitamin C didalam badan akan menyebabkan penyakit yang dinamakan SCURVI yang banyak dihidapi oleh pelaut-pelaut pada masa dahulu kerana pemakanan mereka yang tidak mengandungi vitamin C.
Sejarah Vitamin C :
Pada tahun 1747, Dr James Lind, seorang doktor telah membuat kajian bahawa pelaut yang diberi makan buah oren dan lemon tidak akan mendapat penyakit skurvi ini. Hasil kajian beliau ditulis di dalam bukunya ‘The Treatise of the Scurvy’ pada tahun 1753. Seperti biasa nasihat beliau tidak diperdulikan sehinggalah beliau meninggal dunia.Hanya pada tahun 1795 barulah angkatan laut British mewajibkan pelaut-pelautnya memakan buah oren dan lemon untuk mencegah skurvi sehinggakan mereka di gelar ‘limey’. Mereka yang engkar boleh dikenakan hukuman yang berat.
Dalam tahun-tahun yang berikutnya vitamin C semakin menjadi tumpuan ahli sains kerana penonjolan yang dibuat oleh seorang saintis yang amat terkenal iaitu Professor Dr Linus Pauling. Beliau telah memenangi hadiah nobel sebanyak dua kali (yang pertama dalam bidang biokimia dan keduanya untuk keamanan/peace). Oleh sebab itu beliau amat terkenal dalam dunia sains. Beliau telah menulis buku yang bertajuk ‘Vitamin C and the Common Cold’ .
Dalam dua dekad yang terkini fungsi vitamin C sebagai anti oksida lebih banyak dikaji dan hasil kajian menunjukkan kehebatan vitamin C sebagai antioksidan. Selain dari itu vitamin C juga mempunyai lebih dari 200 fungsi-fungsi lain dalam proses biokimia tubuh manusia. Prof. Dr Linus Pauling yang telah meninggal dunia pada tahun 1994 pada usia 93 tahun.
Beliau juga telah menulis buku bertajuk ‘Cancer and Vitamin C’ berdasarkan kajian yang dilakukan bersama dengan Dr Ewan Cameron, ahli perubatan dari Scotland. Di dalam bukunya beliau menerangkan kaedah merawat pesakit kanser tahap akhir dengan megados vitamin C setelah terapi dengan cara lain gagal tetapi tidaklah menolak sepenuhnya kaedah rawatan kanser yang biasa dengan kaedah kimoterapi atau radioterapi.
Fungsi Vitamin C :
- Diperlukan dalam penghasilan Kolagen (Collagen) semulajadi badan, di mana kolagen ini amat penting sebagai struktur utama komponen dalam saluran darah, tendon, ligaments, tulang, gigi, rambut dan kulit.
- Penting untuk penghasilan bahan neurotransmitter & hormone norepinephrine, di mana bahan-bahan ini amat kritikal didalam fungsi otak & saraf manusia.
- Sebagai bahan ANTIOKSIDAN di dalam tubuh yang berfungsi untuk melawan dan melindungi sel-sel tubuh dari kerosakan oleh radikal bebas yang menyebabkan penyakit-penyakit kronik seperti darah tinggi, sakit jantung, stroke , barah dan sebagainya. Radikal bebas ini terhasil secara semulajadi di dalam tubuh kerana proses-proses biokimia di dalam badan dan juga disebabkan oleh faktor luaran seperti pencemaran (air, udara, makanan), stress, toxin, pancaran sinar ultra ungu (UV light) dari matahari dan sebagainya.
- Membantu untuk mengaktifkan agen-agen antioksida yang lain didalam tubuh seperti Vitamin E, Glutathione dan sebagainya.
- Untuk sintesis bahan yang dipanggil L-Carnitine yang bertanggungjawab memindahkan molekul lemak kedalam sel-sel yang lain untuk menjana tenaga tubuh dan pembinaan otot –otot badan.
- Membantu dalam metabolisme kolesterol di dalam badan untuk membentuk asid hempedu (Bile Acids). Oleh itu ia membantu mengurangkan kandungan kolesterol dalam darah dan mencegah batu karang di dalam pundi hempedu (Gall Stone)
- Sebagai coenzyme didalam tubuh badan yang membantu dalam proses biokimia menjadikan bahan proline dan lysine kepada Hydroxyproline dan Hydroxylysine sebagai struktur asas untuk pembinaan kolagen.
Diantara fungsi lain Vitamin C (secara ringkasnya) :
(a) Sebagai Anti Oksidan yang penting.
(b) Pemulihan luka dan melecur.
(c) Pembinaan colagen dalam badan.
(d) Membantu tumbesaran tisu tubuh manusia.
(e) Membantu penghasilan hormon.
(f) Membantu penghasilan protin untuk sistem immuniti tubuh.
(g) Membantu dalam pencegahan kanser, strok, sakit jantung koronari, jangkitan kuman yang teruk.
(h) Membantu mengurangkan kolesterol darah LDL dan menambah kolesterol HDL (baik).
(i) Membantu mencegah atherosclerosis (mendapan kolesterol pada dinding saluran darah).
(j) Mencegah lebam (bruises) dan pendarahan dari gusi atau hidung tanpa sebab.
(k) Membantu memelihara kulit yang sihat dan cerah.
(l) Mencegah penyakit katarak (cataract) mata.
(m) Membantu mengawal tekanan darah tinggi.
(n) Membantu mengawal dan mengurangkan selsema.
Sumber yang kaya dengan Vitamin C :
(a) Buah-buahan seperti jambu batu, belimbing, limau, betik, nenas, mangga, buah beri, strawberri, kiwi dan sebagainya
(b) Sayur-sayuran seperti bayam, kangkung, asparagus, brokoli, sawi, tomato dan sebagainya
Faedah-faedah kesihatan Vitamin C :
- Mengekalkan integrity tisu badan seperti kulit , lapisan mukosa oleh itu membuatkan kulit menjadi lebih licin, tegang , cerah & berseri , membantu menghilangkan kesan –kesan jeragat dan bintik hitam pada kulit disebabkan terdedah pada cahaya matahari.
- Membantu dalam proses penyembuhan luka pada kulit dan lapisan mukosa tubuh (mulut, paru-paru & system gastrousus )
- Menjaga keutuhan sistem saluran darah dan mencegah pegerasan saluran darah oleh itu membantu mencegah penyakit seperti darah tinggi, sakit jantung koronari ,stroke (angin ahmar), kerosakan buah pinggang dan sebagainya
- Membantu mengurangkan kadar kolesterol dalam darah oleh itu mencegah penyakit seperti sakit jantung koronari , darah tinggi , stroke dsbg
- Membantu dalam mencegah penyakit barah dengan fungsinya sebagai bahan antioksida yang meneutralkan radikal bebas & mencegah kerosakan sel-sel tubuh yang boleh menyebabkan kanser.
- Membantu dalam proses detoksifikasi bahan-bahan pencemar di dalam badan seperti bahan logam berat ( Plumbum,raksa & arsenic)
- Meningkat tenaga & mencegah rasa keletihan yang melampau disebabkan Stress , Pemakanan , Pencemaran persekitaran
- Mencegah penyakit SCURVI & membantu mengurangkan tahap penyakit(severity) demam ,batuk & seisema ( Upper Respiratory tract infection)
Jumlah kadar Cadangan Harian ( RDA) Vitamin C :
Vitamin C 120mg hingga 250mg sehari – pil
Dos sehingga 1000mg adalah selamat tetapi tidak dicadangkan untuk setiap hari.
Kredit : Dr Norman Mohd Norawi (MBBS)
Dos sehingga 1000mg adalah selamat tetapi tidak dicadangkan untuk setiap hari.
Kredit : Dr Norman Mohd Norawi (MBBS)
No comments:
Post a Comment