Thursday, June 26, 2014

Sharing is Caring - Testimoni Set Kehamilan Shaklee

Assalamualaikum dan salam Jumaat pada anda semua.. :) :) :)

Entri kali ni nak share pengalaman Puan Azeni yang consume Set Kehamilan Shaklee untuk 2nd pregnancy beliau.. Jom sama-sama kita tengok dan baca tentang pengalaman dan perbezaan yang Puan Azeni ni perolehi sepanjang mengamalkan Set Kehamilan dari Shaklee ni..

======================================================================

Set Hamil Shaklee: Testimonial Diri Sendiri

Pada entri kali nie, saya ingin berkongsi pengalaman saya mengandung untuk anak kedua dengan menggunakan produk Shaklee sepenuhnya. Tanpa vitamin daripada klinik ataupun hospital.


Dulu masa mengandung anak yang pertama, Aqil Thaqif dalam tiga tahun lepas memang sepenuhnya ambik vitamin daripada klinik. Tak penah kenal Shaklee pun. Dan untuk kandungan kali kedua ini yang hampir memasuki 8 bulan, alhamduillah terasa sangat perbezaannya. Ye la kan dah bekerja seharian lagi balik rumah terpaksa uruskan hal-hal rumah memang agak memenatkan. So Set Hamil Shaklee memang membantu.


Inilah Set Hamil Shaklee yang saya gunakan sepanjang mengandung iaitu Vitalea, Bcompleks, Vitamin C, Ostematrix, ESP dan Omega Guard.





Antara perbezaannya yang saya rasai masa mengandung menggunakan Set Hamil Shaklee ialah:

1. Berat Badan

Berat badan naik tidak mendadak berbanding terdahulu. Berat normal saya adalah 55kg. dulu semasa dalam trimester ketiga, berat saya mencecah hampir 80kg dan ke atas. Warrghh bayangkan macamna saya berjalan perut yang sangat besar ke depan tapi same time nak jatuh ke belakang.. hehehehe… Sekarang ini dah hampir 8 bulan berat dalam 70 kg je. Sekarang saya ambik ESP untuk minum pagi dan malam. So takda tengah-tengah malam mencari makanan je.


2. Kaki tak bengkak

Dulu kaki saya bengkak macam kaki gajah. Takut nak tengok apatah lagi nak jalan pun lenguh dan sakit. Kandungan kedua alhamduillah boleh sarung lagi sandal cantek. Hehehe. Kaki bengkak disebabkan perjalanan darah tidak sempurna ke seluruh anggota badan dan Bcompleks memang membantu lancarkan perjalanan darah. Selain itu, posisi tidur perlu mengiring di sebelah kiri yea untuk memastikan organ dalaman kita berfungsi dengan baik.


3. Tidur malam selesa

Normal bagi ibu mengandung apabila tengah malam ataupun tengah pagi mesti urat kaki tertarik. Saya memanggilnya tarik mengkarung. Fuhh memang sakit kan. Ostematrix memang banyak bantu saya untuk kurangkan sakit mengkarung tue. Tambahan pulak bangun pagi memang badan segar bugar je.


4. Kulit tak kering

Kandungan yang pertama dulu, kulit sangat kering sampai bersisik la. Kalau digaru akan tinggal kesan putih. Tapi dengan ESP, Vitalea (multivitamin) dan Vitamin C, masalah kulit kering dapat diatasi dan masih kekal bertenaga walaupun memboyot kan. Selain itu, saya perasan muka saya tak sembab dan ramai jugak yang menegur terutamanya teman office la.


5. Stretch Mark

Igauan bagi semua ibu-ibu yang mengandung. Stretch mark pada sekeliling kulit perut dan juga pada paha. Disebabkan masa kandungan pertama dulu, memang saya banyak sangat kulit-kulit pecah ini. Tapi apa kan daya kan. Ingatkan adalah perkara biasa je. Rupanya boleh dielakkan dengan pengambilan vitamin yang betul dan sesuai. Sekarang stretch mark masih ada disebabkan kandungan pertama dulu tapi tidak la ketara sangat la. Memang banyak membantu ESP. saya sangat suka.


6. Bekas-bekas hitam

Dulu masa kandungan pertama, memang banyak sangat kesan-kesan hitam di kawasan celah-celah ketiak dan paha. Tapi kandungan ini masih ada tetapi tidak terlalu banyak berbanding dulu. Menurut doktor, ini disebabkan perubahan hormon dalam badan semasa mengandung.

Menurut Puan Azelin lagi, Banyak kelebihan menggunakan Set Hamil Shaklee ini. Sebab bukan sahaja boleh digunakan semasa mengandung malah boleh digunakan semasa berpantang cuma add on Alfalfa dan Zink sahaja. Saya rasa berbaloi sangat melabur dengan set hamil ini kerana ia membantu saya untuk menghadapi moment 9 bulan yang lebih indah kan. Hehehe…

Credit

Okay itu serba sedikit pengalaman yang telah di sahre oleh Puan Azeni yang hamil dengan menggunakan vitamin daripada Shaklee.. Sekiranya anda berminat untuk mencuba boleh dapatkan free consultation dari saya ya.. Jangan malu-malu dan jangan segan-segan.. Saya sedia membantu anda..


Untuk Info & Order:

Norhafizah Abd Halim
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 881731
Email: purplepipery@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 019 659 1541

Sharing is Caring - Testimoni Set Kehamilan & Berpantang Shaklee..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Kali ni nak share pengalaman Puan Zahra yang mengamalkan Shaklee semasa hamil dan seterusnya hingga berpantang..

Jom sama-sama kita tngok pengalaman yang beliau perolehi semasa mengamalkan Shaklee ni ya..



" Saya ambil ESP, Vit C, Omega, Bcomplex. Berpantang saya tambah alfalfa dan vitalea. Alhamdulillah bermula dari awal pregnant sampai dah sarat saya masih mampu berjalan kaki ke pejabat, lebih kurang 10 min je, tapi dah sarat jadi 20 min, bonceng motor ke KK bila check up (husbnd keje shift), orang tegur cergas macam tak pregnant, alhamdulillah.

Oh ye berat naik dengan stabil sampai 20kg, masa tu memang risau kalau tak dapat berat asal nanti. HB sy turun bila masuk kandungan 7 bulan, saya amik vit c, naik balik cantik je balik.

Then after delivered, teruskan set berpantang, susu alhamdulillah meriah smpai sekarang, luka sembuh cepat, orang datang ziarah masa dalam 20 hari, tegur nampak sihat xmacam dalam pantang dah. Paling best ada mak cik tu cakap dah mcm anak dara balik!

Lepas pantang berat dah turun ke 50 kg, anak 3 bulan dah tinggal 47kg, mungkin sebab BF, berat cepat turun. Alhamdulillah semua dengan izin Allah. Just sharing.." - Puan Zahra.

Haa tu pengalaman dari Puan Zahra.. Gambar juga jelas menunjukkan yang Puan Zahra berjaya menurunkan berat badannya kan..

Sekiranya anda berminat untuk mencuba Set Kehamilan dan Berpantang dari Shaklee ni jangan segan-segan ya.. Boleh tanya saya dan saya akan berikan free consultation..


Untuk Info & Order:

Norhafizah Abd Halim
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 881731
Email: purplepipery@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 019 659 1541

Monday, June 16, 2014

[ INFO SIHAT : CARA DUDUK YANG BETUL SEMASA BREASTFEED ]

Assalamualaikum dan dalam sejahtera semua :)..

Kali ni saya nak share tentang cara duduk yang betul semasa menyusukan anak..

Kebanyakan dari ibu2 yang menyusukan anak kurang mengambil perhatian mengenai kedudukan yang betul semasa menyusukan anak..

Selalu sakit belakang after breastfeed baby???

Jom tengok ni.. 

Photo: [ INFO KESIHATAN : BREASTFEED ]

Kebanyakan dari ibu2 yang menyusukan anak kurang mengambil perhatian mengenai kedudukan yang betul semasa menyusukan anak..

Selalu sakit belakang after breastfeed baby??? 

Jom tengok ni.. 

Kedudukan kaki kena betul baru lah belakang x sakit dan lenguh..

Saya pun pernah rasa.. Jom ubah cara kedudukan kita semasa breastfeeding baby jom..

Norhafizah Abd Halim | 019 - 659 1541
Ambil OsteMatrix untuk elakkan sakit & lenguh belakang


Cara duduk yang salah boleh menyebabkan sakit belakang dan lenguh belakang.. 

Bila sakit dan lenguh mula la rasa macam nak give up dan tak nak menyusukan anak kan..

Jangan macam tu ya kengkawan.. Cer check cara kedudukan kita semasa menyusukan anak..

Saya pun masih lagi belajar tentang breastfeed walaupun nak masuk anak yang kedua.. :) Kedudukan kaki kena betul baru lah belakang x sakit dan lenguh..

Saya pun pernah rasa.. Jom ubah cara kedudukan kita semasa breastfeeding baby jom..

Jika masih lagi sakit belakang boleh try OsteMatrix dari Shaklee..

Saya start ambil masa Haziq berusia 5 bulan.. Sebelum consume OsteMatrix ni saya mengaku ater menyusukan Haziq memang lenguh dan sakit sangat belakang rasa... Kadang-kadang terpaksa ubah pelbagai kedudukan untuk elakkan sakit belakang..

Alhamdulillah sejak amalkan OsteMatrix saya tidak lagi mengalami masalah yang sama...


Norhafizah Abd Halim
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 881731
Email: purplepipery@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 019 659 1541

Saturday, June 14, 2014

Shaklee ni HALAL ke???

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Isu sama ada produk Shaklee ni HALAL atau tidak memang menjadi isu hangat sekarang ni kan..

Nak tahu HALAL ke tak meh tengok sini..



Islamic Services of America (ISA) tersenarai sebagai salah satu Badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM. Boleh klik direct link di sini: Senarai Badan Islam yang Diiktiraf JAKIM dan di sini: Halal Accreditation (ISA).
Alhamdulillah ternyata Shaklee ni HALAL dan SELAMAT digunakan.. Kalo tak halal saya pun xnak guna dan tak kan jual kan..

 Gunakan TANPA WAS-WAS!!!

Wednesday, June 11, 2014

BREASTFEEDING INFO - “Blocked ducts”

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang masih lagi sudi singgah di blog saya ni.. Syukur Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk bernafas dan diberi kesempatan untuk mncorekan sepatah dua kata khusus untuk anda semua..

Okay hari ni saya nak share tentang  “Blocked ducts”.. Amenda la pulak “Blocked ducts” ni kan.. Okay ni la yang saya dapat hasil pencarian saya mengenai breastfeeding tadi.. Walaupun saya dah berjaya menyusukan anak yang sulung lebih dari 2 tahun namun bagi saya ilmu tu still lagi kita kena cari dan belajar kan..



Apa itu “Blocked ducts” 

“Blocked ducts” atau dalam bahasa dipanggil “duktus (saliran) tersumbat ” selalunya disebabkan oleh payudara yang tidak “diperah” dengan efektif oleh bayi anda semasa dia menyusu. Jika payudara tidak dikosongkan dengan sempurna, susu terus “terkumpul” kerana ia dihasilkan lebih cepat daripada ia disalirkan keluar. Susu itu akhirnya dipaksa keluar ke dalam tisu sekeliling, di mana ia menyebabkan keradangan, lalu menjadikan ia merah, panas dan sakit. Di kawasan susu terkumpul inilah anda akan merasa ketulan-ketulan keras dan memang terasa sakit sehingga boleh membuatkan anda merasa seperti mahu demam jika tidak dirawat dengan cepat. Berita baiknya adalah duktus tersumbat boleh dirawat sendiri.


Bagaimana “Blocked ducts” boleh terjadi? 

Ada pelbagai punca, berikut adalah 3 punca utama yang seringkali membuatkan “Blocked ducts” terjadi :
  1. Tidak menyusui bayi / mengepam susu dengan kerap dan tidak teratur terutamanya jika usia bayi anda masih di bawah 6 bulan. Jarak di antara sesi menyusu / mengepam susu terlalu jauh (lebih daripada 6 jam)
  2. Memakai coli yang ketat atau kurang sesuai yang menghalang pengaliran susu.
  3. Mempunyai bekalan susu yang terlalu banyak dan payudara berikut tidak dikosongkan dengan kerap dan konsisten.

Apa yang anda boleh lakukan jika “Blocked ducts” terjadi? 

Tanpa rawatan, “Blocked ducts”  boleh membawa kepada jangkitan payudara, maka ambillah langkah-langkah berikut untuk memulihkan pengaliran susu yang tersekat:
  • Kosongkan payudara. Beri bayi anda menyusu melalui payudara yang tersumbat dahulu (jika itu terlalu menyakitkan, anda boleh mula dengan yang lain) dan pastikan payudara dikosongkan sepenuhnya pada setiap sesi menyusu. Jika bayi anda tidak dapat mengosongkan payudara anda dengan sempurna, anda boleh mengepam sehingga susu tiada lagi keluar.
  • Longgarkan coli sedikit. Kadang-kadang saliran tersumbat disebabkan oleh tekanan dari luaran. Pastikan coli anda adalah selesa tetapi tidak mengikat (seeloknya elakkan “underwired bra” pada masa masih menyusu badan. Jika mahu dipakai juga atau coli terlalu ketat, pastikan cangkuk coli dibuka semasa menyusu / mengepam bagi memudahkan pengaliran susu tanpa halangan).
  • Mempelbagaikan kedudukan penyusuan boleh membantu bayi anda melekap dengan lebih baik. Menukar kedudukan penyusuan (dari “cradle hold” ke “football hold” atau sebaliknya, lihat contoh di bawah) dapat merangsang semua saliran susu dan sangat berkesan untuk memulihkan saliran yang tersumbat.
http://pumponthejob.com

  • Letakkan kain yang hangat pada payudara yang terjejas sebelum setiap penyusuan / sesi mengepam kerana ia dapat membantu memulihkan pengaliran susu dengan baik.
  • Urut payudara. Mengurut sambil memberikan tekanan yang lembut ke atas ketulan di mana duktus tersumbat terjadi sebelum dan semasa menyusu / mengepam boleh membantu “melonggarkan” saliran yang tersumbat.



Perlukan anda berhenti menyusu dari payudara yang salirannya tersumbat? 

Sudah pasti tidak! Mengelakkan atau menghadkan penyusuan di payudara yang tersumbat sebenarnya boleh memburukkan lagi keadaan, di mana ia menyebabkan lebih banyak susu terkumpul di saliran yang tersumbat. Ingat, rawatan yang terbaik untuk  “Blocked ducts” adalah dengan mendapatkan susu yang mengalir lagi tanpa halangan. Jika tidak dirawat dengan cepat, bekalan susu juga akan terjejas serta membawa ke peringkat “mastitis” yang akan ambil lebih masa untuk dirawat. Jadi, rawatilah “blocked ducts” dengan segera.


Okay itu serba sedikit info yang saya perolehi tadi.. Diharap dapat membantu kalian semua sekiranya ada di kalangan anda yang menghadapi masalah ini.. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk singgah di blog saya ini..


Norhafizah Abd Halim
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 881731
Email: purplepipery@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 019 659 1541

Tuesday, June 3, 2014

Apa itu G6PD???

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Terima kasih kerana masih lagi sudi berkunjung ke blog comel saya ni.. Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk mencoretkan sesuatu di dalam blog ni.. Kali ni saya nak share tentang G6PD di kalangan bayi.. Sebelum-sebelum ni memang ada dengar tentang penyakit ni..

Okay jom kita kenali dengan lebih lanjut apa itu G6PD.. Maklumat ni saya perolehi daripada sini..


Pengenalan

G6PD ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase, yang terdapat di dalam sel darah merah. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan.

Diagnosa

Kekurangan enzim G6PD sangat ketara di kalangan masyarakat Asia. Di negara kita, semua bayi baru lahir akan disaring untuk kekurangan enzim G6PD dengan menggunakan darah daripada tali pusat.

Kekurangan enzim ini adalah keadaan yang diwarisi melalui keturunan. Ia ditentukan oleh bahan baka yang dibawa oleh kromosom X. Oleh itu kebanyakan mereka yang mempunyai kekurangan enzim G6PD adalah kaum lelaki, manakala kaum perempuan biasanya adalah pembawa.

Ujian untuk mengesan kehadiran enzim ini adalah ujian darah yang mudah dilakukan. Pastikan anda tahu status enzim anda dan keluarga anda.

Gejala/Tanda-tanda

Kebanyakan mereka yang kekurangan enzim G6PD ini tidak mempunyai tanda-tanda khusus. Bayi baru lahir perlu diperhatikan di dalam wad untuk suatu jangka masa kerana mereka boleh mendapat penyakit kuning (jaundis) yang tinggi dengan cepat, akibat daripada hemolisis berlebihan. Bayi yang kuning (jaundice) perlu diletakkan di bawah lampu (fototerapi) untuk menurunkan tahap bilirubin dalam darah.

Tanda-tanda yang terjadi sekiranya sel darah merah pecah (hemolisis) termasuk :

Akibat daripada kekurangan darah
  • kelihatan pucat
  • tidak bermaya (atau keletihan yang teramat)
  • pening
  • degupan jantung yang laju
  • sukar bernafas
  • sakit dada

Akibat daripada hemolisis
  • jaundis (kekuningan)- boleh dilihat pada mata putih atau kulit, warna air kencing seperti air teh O atau Coca-Cola.

Jika ini berlaku, dapatkan rawatan hospital dengan segera.

Kekurangan enzim G6PD adalah untuk seumur hidup. Walaupun tiada rawatan yang boleh menghilangkannya, ia tidak membawa kesan negatif yang ketara dan tidak menjejaskan perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak.


Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang patut dielakkan

Bagi kanak- kanak dan orang dewasa yang kekurangan enzim G6PD, mereka perlu tahu secara mendalam mengenai keadaan ini agar dapat memahaminya dengan lebih jelas. Mereka perlu jauhi daripada terdedah kepada ubat-ubat serta bahan-bahan tertentu yang boleh menyebabkan hemolisis..

Hemolisis juga akan berlaku jika mereka termakan kacang parang atau menggunakan ubat gegat pada pakaian. Bahan-bahan ini patut dijauhi.

Ibu-ibu yang menyusu bayi yang kekurangan enzim G6PD digalakkan meneruskan penyusuan tetapi mereka perlu mengelakkan bahan-bahan/ubat-ubat seperti di Rajah 1 agar tidak termasuk di dalam susu ibu.

Jangkitan kuman juga boleh menyebabkan hemolisis berlaku.

Pastikan anda memaklumkan doktor anda sekiranya anda/anak anda mempunyai kekurangan enzim G6PD untuk memastikan ubat yang diterima selamat untuk anda dan tidak akan menyebabkan hemolisis berlebihan.


Makanan dan herba yang perlu dielakkan

Makanan dan herba yang perlu dielakkan
Ubat yang boleh diberi dalam dos terapeutik
  • Kacang parang (fava beans)
  • Ubat China
    • Chuen Lin
    • San Chi
    • 13 herbs
    • 12 herbs
  • Ubat tradisi lain (dapatkan nasihat doktor)
Bahan lain yang mesti dielakkan
  • Ubat gegat (moth balls)
  • Ubat nyamuk yang mengandungi pyrethium
Ubat yang mesti dielakkan
  • Acetanilide
  • Doxorubicin
  • Furazolidene
  • Methylene Blue
  • Nalidixic acid
  • Niridazole
  • Nitrofurantoin
  • Phenozopyridine
  • Primaquine
  • Sulfamethoxazole
  • Bactrim
  • Paracetamol
  • Ascorbic acid
  • Aspirin
  • Chloramphenicol
  • Chloroquine
  • Colchicine
  • Diphenhydramine
  • Isoniazid
  • Phenacetin
  • Phenylbutazone
  • Phenytoin
  • Probenecid
  • Procainamide
  • Pyrimethamine
  • Quinidine
  • Streptomycin
  • Sulfisoxazole
  • Trimethoprim
  • Tripelennamine
  • Vitamin K
  • Mefloquine

My Real Story : GLA Complex

Assalamualaikum dan selamat tengahari.. Sambil-sambil tunggu waktu Zohor ni nak story sket pasal GLA ni..

Kenapa saya suka GLA??? 



After bersalin Haziq period jadi tak tentu hala sampaikan ambil masa yang sangat lama.. So decide ambil GLA untuk stabilkan balik hormon dan betulkan balik period yang dah tak menentu..

After 2 bulan consume period dah mula stabil.. Bulan pertama lambat period.. Cuak jugak takut pregnant ke sebab GLA ni vitamin kesuburan jugak kan.. Bulan kedua dan seterusnya period dah mula okay dan datang on time..

Alhamdulillah semuanya kuasa dari Allah kan.. GLA ni hanya membantu memulihkan apa yang tak betul.. Bukan setakat untuk kesuburan je tapi banyak khasiat lain antaranya untuk kulit.. Sebab dalam GLA ni pun ada Vitamin E jugak..

Selain tu, GLA jugak membantu saya pregnant untuk anak kedua ni.. Kalo sebelum ni ambil masa tiga tahun lebih nak tunggu pregnantkan Haziq.. Ramai yang mengalami masalah sukar mendapatkan anak kedua kan.. Mula-mula dulu memang ada terdetik macam mana kalo nak dapat yang no 2 pun kene tunggu lama.. Tapi Alhamdulillah mungkin GLA ni banyak membantu saya..

So kalo nak try bole ambil GLA ni.. Saya mencadangkan GLA ni bukan suka-suka tapi saya sendiri dah rasa.. Saya sendiri jatuh cinta dengan GLA ni.. Tapi sekarang ni stop dulu sebab tengah pregnant kan.. Nanti lepas bersalin In Shaa Allah saya akan sambung balik GLA ni..


Untuk Info & Order:

Norhafizah Abd Halim
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 881731
Email: purplepipery@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 019 659 1541