Saturday, November 3, 2012

Kepentingan B-Complex

Sebelum ni saya dah pernah update entry pasal Vitamin B-Complex ni kan.. Ok kali ni saya nak cerita lagi tentang vitamin B-Complex ni.. Vitamin B-Complex ni antara vitamin yang penting untuk mengekalkan kesihatan kita..



Vitamin B kompleks adalah merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut air. Komponen B kompleks terdiri daripada:

  1. B1 (thiamin)
  2. B2 (riboflovin)
  3. B3 (niacin)
  4. B5
  5. B6 (pyridoxine)
  6. B12 (cobalamine)
  7. Acid folic
  8. Asid panthothenic
  9. Biotin

Setiap komponen dalam vitamin B kompleks memiliki fungsi khusus. Vitamin ini membantu dalam fungsi sistem pertahanan tubuh dan saraf yang sihat. Ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah anemia.

Kekurangan vitamin B kompleks boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.

Selain tiu, kekurangan vitamin B kompleks juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B kompleks akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung.

KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS
  • Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
  • Mengelakkan penyakit beri-beri.
  • Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
  • Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
  • Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
  • Mencegah stress.
  • Menguatkan antibodi tubuh.
  • Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
  • Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
  • Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
  • Mencegah anemia.

KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS UNTUK KANAK-KANAK
  • Merangsang pertumbuhan.
  • Meningkatkan kemampuan berfikir.
  • Memberikan tambahan tenaga.

KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS UNTUK ORANG DEWASA
  • Menambah tenaga.
  • Mengurangkan stress.
  • Melambatkan proses uban di rambut.
  • Membantu meningkatkan konsentrasi.

KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS UNTUK IBU MENGANDUNG
  • Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
  • Mencegah anemia (tekanan darah rendah).

Hmmm tu la antara fungsi-fungsi n kelebihan yang kite akan perolehi melalui Vitamin B-Complex ni..

Untuk maklumat lanjut :

Norhafizah Abd Halim
SMS / WhatsApp : 019-6591541
Facebook : Norhafizah Abd Halim

No comments:

Post a Comment