Tubuh kita memerlukan pengambilan vitamin C setiap hari kerana sifat vitamin C yang mudah larut dalam air menyebabkan badan tidak boleh menyimpan vitamin C. Vitamin C hanya ada dalam darah manusia selama 12 jam dan dalam tempoh waktu tersebut Vitamin C 'bekerja' dengan sel-sel tubuh untuk meningkatkan keimunan dan juga meningkatkan fungsi-fungsi sel di bahagian tubuh yang lain.
Vitamin C amat diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu-tisu tubuh anfa yang mana vitamin C membina kolagen iaitu protein penting yang melindungi tulang rawan, tendon, ligamen dan saluran darah. Selain itu pengambilan harian vitamin C yang cukup membantu menyegerakan proses penyembuhan luka-luka, membaiki dan memelihara struktur tulang dan gigi.
Berdasarkan banyak kajian yang telah dilakukan, tubuh kita memerlukan 500mg vitamin C setiap hari untuk untuk mencapai tahap kesihatan yang baik. Kita memerlukan vitamin C setiap hari kerana sel-sel tubuh manusia tidak mempunyai enzim guluno-lacton-oxidase yang diperlukan untuk menukar glukos kepada ikatan kimia 2-keto L-Guluno-lactone untuk hasilkan vitamin C. Tambahan vitamin C sering digunakan dan mudah rosak dalam tubuh. Oleh itu, Kita memerlukan vitamin C sama ada melalui makanan ataupun supplement.
Kita boleh memperolehi 500mg vitamin C dalam diet pemakanan seharian kita, sebagai contoh:
- Tembikai wangi, 1 cup (8 ounces): 59mg
- Jus oren, 1 cup: 97mg
- Broccoli, dimasak, 1 cup: 74mg
- Cili Hijair, 1/2 cup, 60mg
- Cili Merah , 1/2 cup, 95mg
- Kiwi, 1 medium: 70mg
- Juice tomato, 1 cup: 45mg.
Atau kita boleh menikmati 7 1/2 biji oren untuk mendapatkan 500mg vitamin C setiap hari. Ya, ada di antara kita masih berkata kenapa perlukan supplement itu, supplement ini cukup la dengan makanan yang kita amik seharian. Tetapi adakah anda yakin sayuran, buah-buahan yang anda ambil itu kadar nutrien tidak berkurang?.
Adakah anda tahu, kandungan mineral dalam tanah akan menyebabkan sayuran dan buah-buah kehilangan sebilangan peratusan zat dan nutrien. Bagaimana keadaan ini terjadi?
Sebenarnya tanah telah kekurangan produktiviti dan kesuburannya disebabkan struktur tanah telah berubah di mana keadaan tanah tidak lagi kukuh, mudah jerlus, tanah mudah di bawa air hujan ke sungai-sungai (turut membawa kandungan nutrien), hilang kandungan organik, bahan-bahan kimia (racun serangga yang digunakan ketika fasa penanaman terdahulu tidak dapat diuraikan, acid asidic berlebihan menjadikan keadaan tanah bertoksik, poros dan lain-lain yang disebabkan tanah yang dikerjakan, dibajak, dituai menggunakan teknologi mesin-mesin terkini, kesan takungan dan penyerapan air dan lain-lain sebab yang dilakukan oleh manusia. Walaupun telah menggunakan pelbagai sumber dan sintetik tetap tidak mengubah keadaan tanah agar menjadi lebih subur dan produktif.
Dahulu, Nilai zat dalam sesuatu makanan adalah tinggi, kerana kurangnya pencemaran dan penggunaan racun serangga. Dulu air sungai jernih, mengalir bersih je. Sekaraaaannngg,..macam air milo je..kalau musim hujan macam teh tarik je warna sungai tu. Itu belum kes sungai penuh dengan sampah sarap.
The American Medical Association & US Department of Agriculture telah membuat kajian ke atas beberapa tanaman & mendapati keputusan yang agak mengejutkan.
Misalnya carrot yang sepatutnya mempunyai nilai provitamin A dari 10,000-20,000IU per 100g (mengikut jenis carrot) kini bernilai cuma 70-18,500 IU! 70 over 10,0000IU adalah satu julat perbezaan yang sangat besar!
Oh, itu sayuran di US... Di negara kita mungkin masih tinggi -_^
credit:lyna noh
Oleh itu, marilah kita beralih ke sayuran dan buah-buahan organik kerana dari saat pemilihan biji benih, keadaan ph tanah, penuaian semuanya di jaga rapi. Tapi, amat terhad pilihan makanan yang ditanam secara organik dan untuk memperolehi makanan, sayuran dan buah-buahan juga adalah terhad. Jadi anda pilihan lain iaitu supplement sebagai makanan tambahan anda agar anda dan keluarga beroleh tahap kesihatan yang optimum.
Chewable Vita-C Plus (100% semulajadi, halal, selamat dan berkesan) dikhaskan untuk golongan kanak-kanak atau orang dewasa yang ada masalah menelan tablet. Rasa sensasi oren aslinya (tanpa pengawet dan perasa tiruan) dapat memikat selera kanak-kanak dan golongan yang ada masalah menelan tablet ni. Chewable Vita-C Plus mengandungi 100mg vitamin c (iaitu ascorbic asid) bagi setiap biji tabletnya yang bersamaan 1 1/2 biji oren .
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
Chewable Vita-C Plus membekalkan 'bioflavinoid' dalam jumlah seimbang iaitu 120mg. Bioflavinoid adalah aksesori nutrisi yang membentuk asid askorbik atau vitamin C complex. Bioflavinoid hanya boleh didapati dalam buah-buahan asli dan tidak diperolehi dalam vitamin C sintetik. Aksesori nutrisi ini membantu mengurangkan kanser, penyakit kardiovaskular, osteoporosis, dan memberi faedah-faedah kesihatan lain seperti antibakteria, antivirus, anti-radang, antioksidan dan kadang-kadang digunakan sebagai anti alergenik.
Vitamin C Mudah Rosak disebabkan:
- Mudah musnah oleh pencemaran udara dan air. Perokok yang merokok sekotak rokok sehari membakar 500mg vitamin C dalam tubuh.
- Mudah musnah disebabkan stress (tekanan) - fizikal dan mental
- Mudah termusnah oleh oksigen. Pendedahan buah-buahan dan sayuran yang telah dipotong dan dibiar terdedah terlalu lama pada udara sebelum digunakan akan mengurangkan kandungan vitamin C. Selain itu, memasak terlalu lama @ suhu tinggi juga merosakkan vitamin C dalam makanan
Keperluan Vitamin C dalam Badan:
- Membantu meningkatkan antibodi dalam tubuh supaya sistem imun tubuh lebih tinggi
- Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam
- Menguatkan struktur gigi dan gusi
- Perokok @ mereka yang bergaul dengan perokok memerlukan vitamin C
- Membina kolagen (sebagai bahan pengikat/pelekat) dalam membinan dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan
- Pengambilan vitamin C yang mencukupi dalam diet seharian dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
- Membantu proses penghadaman & penyerapan zat besi
- Individu yang sering stress (tertekan), penat, letih, lesu serta sibuk dengan urusan harian memerlukan vitamin C. Pengambilan vitamin C yang mencukupi dapat membantu mengembalikan hormon stress (hormon yang melawan stress)
- Bertindak sebagai anti kimia yang menjadi racun dalam tubuh seperti nitrates dan nitrites
- Memberi perlindungan terhadap penyakit jantung dan mengehadkan 'oxidation' terhadap kolestrol jahat
- Membentuk Sel-sel darah yang baru (setiap 3 bulan darah dalam badan akan bertukar)
- Membantu memulihkan selesema, resdung dan bersin waktu pagi.
- Membantu dalam proses pemulihan kudis
- Pengambilan vitamin C sebanyak 1000-5000mg sehari dapat mengurangkan risiko /melawan penyakit barah seperti kanser oral cavity, kanser kerongkong, kanser saluran penghadaman, kanser serviks, kanser usus besar (rektum), kanser payudara dan kanser paru-paru
- Bertindak sebagai "Protector Gate" - setiap masa mesti berada dalam badan kerana sifat vitamin C adalah larut air.
Tanda-tanda Kekurangan Vitamin C:
- Tanda-tanda lebam (bruises) atau berbekas pada tubh atau luka memar pada badan umpama bekas kena pukul
- Gusi yang mudah berdarah setiap kali memberus gigi atau bila-bila masa sahaja
Kesan Kekurangan Vitamin C:
- Rasa letih
- Gigi Gugur
- Saluran darah kecil, senang pecah,
- Luka lambat pulih
- Penyakit anemia (kurang darah)
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Untuk Info & Order:
Norhafizah Abd Halim
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 881731
Email: purplepipery@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 019 659 1541